Isteri CULIK Suami
Saya petik:
[HM] SEMENYIH: Kehilangan misteri seorang ahli perniagaan dari premis perniagaannya Jumaat lalu hampir terjawab apabila mangsa dipercayai diculik isterinya sendiri yang berpakat bersama empat lelaki lain.
Kejadian itu disaksikan seorang pelanggan ketika isteri mangsa dan empat lelaki bersenjatakan batang besi pergi ke premis itu kira-kira jam 1 tengah hari.
Abang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku ketika adiknya dikenali, Wong, 53, berada di kedai menjual perkakas pembinaan dan baja berhampiran jalan besar Bukit Broga, di sini.
Menurutnya, ketika kejadian, pekerja adiknya itu tiada di premis berikutan keluar makan tengah hari dengan meninggalkan mangsa bersendirian.
“Ada saksi mendakwa melihat isteri mangsa bersama empat lelaki tidak dikenali muncul dengan membawa senjata batang besi. “Apa yang saya tahu, ada seorang pelanggan yang datang untuk membeli baja ketika kejadian, namun ‘dihalau’ isteri mangsa keluar dari kedai itu,” katanya.
Difahamkan, mangsa dibawa masuk ke dalam kenderaan dan gagal dikesan hingga kini.
"Apa yang saya pelik isteri adik saya itu sempat menghubungi salah seorang saudara dan meminta supaya membawa pulang kenderaan Toyota Avanza miliknya yang masih berada berhampiran premis berkenaan.
“Ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa dan mengikut sahaja arahannya kerana menyangka Wong berada bersamanya,” katanya ketika ditemui bersama saudara lain di rumahnya di Semenyih.
Namun menurutnya, mereka adik-beradik mula curiga apabila Wong gagal dihubungi dan hilang sejak Jumaat lalu sebelum bertindak menghubungi isteri Wong bagi mendapatkan penjelasan.
“Agak mengejutkan apabila wanita terbabit memberitahu suaminya gagal dihubungi kerana kononnya dimasukkan ke wad hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bimbang dengan berita itu, kami sekeluarga terus ke HKL tetapi dia tidak dirawat di hospital itu. Kami ke beberapa hospital lain yang turut dikunjungi termasuk Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tetapi gagal menemuinya,” katanya. Menurutnya, dia menghubungi semula isteri Wong namun panggilan itu sengaja tidak dijawab sehingga hari ini (semalam).
“Saya tidak pasti apa yang berlaku, namun ada saksi mendakwa melihat Wong dilarikan beberapa lelaki bersama isterinya sendiri di hadapan kedai berkenaan.
“Saya tidak menolak kemungkinan kes terbabit bermotifkan wang dan membabitkan unsur jenayah. Susulan itu, kami sekeluarga bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Broga, di sini, berhubung kehilangan mangsa semalam,” katanya.
Sementara itu jurucakap polis berkata, pihaknya akan menyiasat kehilangan mangsa dan mengenal pasti motif kejadian berkenaan berdasarkan laporan polis diterima.
P/s: Macam-macam!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.