Bapa Tangkap Anak Gadis 13 Tahun Baru Selesai "Bermadu Kasih"
Saya petik:
[HM] KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang baru selesai memadu kasih bersama teman lelakinya terkedu apabila ditangkap bapanya sendiri semasa memanjat tingkap bilik tidurnya untuk masuk ke rumahnya semula, dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, Selasa lalu.
Lebih mengejutkan, tangkapan pada jam 4.40 pagi itu membongkar rahsia gadis terbabit dirogol kekasihnya di sebuah rumah tumpangan di Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada hari berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, selepas didesak berkali-kali, mangsa mengaku mengikut kekasihnya ke rumah tumpangan itu sebelum diajak memasuki sebuah bilik dan dirogol suspek di dalam bilik berkenaan.
“Mangsa dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada sebelah petang dan doktor mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.
P/s: Rosak! Nasi sudah jadi bubur. Anak keluar rumah waktu malam. Si bapa hanya berjaya "menangkap" anaknya selepas anaknya itu "dirogol" oleh lelaki lahanat! Bagi yang ada anak dara sunti, tolong perhatikan anak anda.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.