Pengasas WikiLeaks Bebas dengan Ikat Jamin
Assange dan barisan peguamnnya. |
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 240,000 pound (AS$374,000) awal pagi ini seperti yang dilaporkan oleh AFP. Wang ikat jamin tersebut dibayar oleh kumpulan penyokongnya. Ketika ditemu bual pemberita, pengasas laman pembocor maklumat itu bertekad mahu membersihkan namanya daripada dakwaan kesalahan seksual yang dihadapinya serta meneruskan operasi laman itu.
“Saya berharap untuk meneruskan kerja saya dan mempertahankan diri saya (daripada tuduhan). Saya akan dedahkan apa yang kami ada dan apa yang belum kami dapat," katanya sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi London.
“Saya berharap untuk meneruskan kerja saya dan mempertahankan diri saya (daripada tuduhan). Saya akan dedahkan apa yang kami ada dan apa yang belum kami dapat," katanya sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi London.
Assange dan peguamnya mengulangi bahawa tindakan untuk mengekstradisi dari Britain ke Swedem terhadapnya berhubung dakwaan seksual terhadap dua wanita itu adalah lebih bermotif politik.
Sementara itu, AP melaporkan bahawa Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menegaskan bahawa polis negara itu sudah mengenal pasti bahawa WikiLeaks tidak menyalahi sebarang peraturan dan undang-undang di negara itu./www.duniacacamarba.blogspot.com
P/s: Mungkin lepas ini WikiLeaks akan mendedahkan dokumen risikan berkaitan dengan kerajaan Mongolia. Siapa tahu? Jeng..jeng...jeng!
P/s: Mungkin lepas ini WikiLeaks akan mendedahkan dokumen risikan berkaitan dengan kerajaan Mongolia. Siapa tahu? Jeng..jeng...jeng!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.