Aksi Anak Ahli Politik Sedang Mandi Dirakam Secara Curi
Saya petik:
Suspek dilihat hulur telefon bimbit celah tingkap
[BH] ALOR GAJAH: Seorang anak perempuan ahli politik dari Johor mendakwa dirinya menjadi mangsa rakaman video telefon bimbit seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang mandi di bilik air penginapannya di sebuah pusat peranginan di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abddullah berkata, mengikut aduan mangsa berusia lingkungan 20-an itu, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku di sebuah banglo.
“Dalam aduannya, mangsa berkata dia ternampak tangan suspek memegang telefon bimbit dari atas tingkap kecil di bilik air sebelum dia menjerit ketakutan. Sejurus selepas itu, mangsa memanjat dan melihat dari tingkap berkenaan.
“Ketika itulah, dia berkata ternampak kelibat suspek berkenaan sedang melarikan diri ke arah depan banglo disewanya itu dengan berpakaian baju berwarna putih,” katanya ketika ditemui di banglo berkenaan, semalam.
Raja Shahrom berkata, siasatan awal pihaknya mendapati wanita berkenaan bercuti di pusat peranginan itu bersama keluarganya sejak Selasa lalu. Turut serta bersama mereka adalah kira-kira 30 individu lain termasuk ahli keluarga terdekat.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti ibu bapa mangsa yang dikatakan ahli politik itu.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut dilihat bersama Raja Shahrom melawat banglo dikatakan lokasi kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Pengerusi Barisan Nasional Melaka itu meluangkan masa kira-kira 10 minit di situ sebelum bertolak untuk menunaikan solat Jumaat. Tiada sebarang kenyataan dibuat beliau berhubung aduan berkenaan.
Raja Shahrom bersama beberapa pegawainya kelihatan melakukan siasatan lanjut selama hampir sejam termasuk meninjau ke dalam bilik air digunakan mangsa.
Beliau kemudian meminta pengurusan resort meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan kejadian serupa terus berlaku pada masa akan datang.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.