Khusrin JAIS Jadi Calon Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?
Saya petik:
[TMI] Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi disebut-sebut turut disenaraikan, khususnya oleh kerajaan pusat, sebagai calon bagi mengisi jawatan setiausaha kerajaan negeri mulai awal tahun depan.
The Malaysian Insider difahamkan nama Mohammed Khusrin dibawa untuk pertimbangan dan mendapatkan perkenan Istana Negeri bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bersara baru-baru ini. Kontrak perkhidmatan beliau berakhir awal bulan ini.
Sumber memberitahu bahawa nama Mohammed Khusrin menjadi pilihan kerajaan pusat dan disyorkan sebagai tambahan kepada tiga nama yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Jais pimpinan Mohammed Khusrin menjadi tumpuan dalam siri kontroversi sejak dua tahun lalu, termasuk tindakan perundangan ke atas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berada dalam sebuah surau di Kajang.
“Kerajaan negeri ada mengemukakan tiga nama selepas jawatankuasa pemilihan menemu bual beberapa calon, dan difahamkan nama pengarah Jais juga dibawa ke perhatian Istana untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber memberitahu meskipun lazimnya nama calon bagi jawatan itu disyorkan oleh kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat juga akan ada “kata putus mereka”.
“Ini menjadi amalan masa-masa lalu,” kata sumber itu yang turut menekankan bahawa seolah-olah wujud “konflik” dalam isu apabila kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga membawa nama untuk pengisian jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan negeri.
Apa yang menarik ialah ini kali pertama kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terlibat dalam soal mengesyorkan nama calon bagi jawatan itu.
Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.
“Berdasarkan pada masa lalu nama dibawa kerajaan negeri lazimnya seiring dengan pandangan pusat, tetapi ini kali pertama kerajaan negeri membawa tiga nama dan pada masa yang sama persekutuan dikatakan akan membawa nama pengarah Jais,” kata sumber itu.
Semalam, Mohammed Khusrin menolak laporan sebuah portal bahawa beliau akan menamatkan khidmatnya di Jais bulan depan.
Laporan itu yang turut memtik sumber berkata, Mohammed Khusrin akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan tetapi ia dilihat sebagai satu “kenaikan pangkat”.
P/s: Pengarah JAIS ini memang banyak kontroversi dengan pemimpin pembangkang. 1Malaysia tahu. 1Malaysia juga tahu kecondongan dan sikap berpihaknya yang menguntungkan Kerajaan Pusat. Contohnya, dalam isu pemimpin bukan Islam menghadiri majlis di surau atau di masjid yang melibatkan pemimpin DAP dengan pemimpin BN Kamalnathan.
Selain membalas jasa Khusrin, apa motif Kerajaan Pusat mahu melantik Khusrin sebagai SUK? Adakah kerana keberkesanan peranan SUK di Perak sewaktu rampasan kuasa dahulu?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.