Usaha Bongkar Kisah di balik Dakwaan Khalwat ADUN SELISING: Sandiwara Saidi Husin
Kepala fitnah |
Kereta remuk ini dikatakan disewa dari sebuah bengkel, bukannya kereta milik Saidi seperti yang heboh diperkatakan di blog mesra UMCO. |
Gambar-gambar di atas saya ambil dari Ruang Bicara Pria Malaya dan kupasan lanjut tentang sandiwara Saidi Husin tentang "kemalangan" yang menimpanya dan kisah lanjut tentang fitnah ini boleh dibaca di Kami Sokong PAS yang mengupas isu ini dengan agak terperinci dalam beberapa kiriman.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, ADUN Selising dan PAS Kelantan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap puak-puak yang mereka-reka cerita ini. Bagi saya fitnah ini tidak akan reda tanpa tindakan undang-undang. Kerosakan telah pun berlaku. Persepsi buruk yang dicetuskan oleh puak-puak ini perlu dipulihkan dengan tindakan tersebut.
P/s: Pihak PAS atau PR perlu selalu melayari blog mesra UMCO yang kian galak mereka-reka cerita. Tindakan perlu diambil kerana bilangan pembaca blog mereka ini kian bertambah. Apabila berlaku sesuatu fitnah, jangan pandang hal ini dari sudut sebagai jurublog atau pemimpin, kerana anda tahu hal itu adalah fitnah semata-mata. Tetapi pandang isu ini dari sudut rakyat biasa yang kurang pengetahuan tentang sesuatu isu yang dibangkitkan dan mungkin mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang diprovokasi, tambah-tambah pula jika hal itu (fitnah) tidak mendapat respons pemimpin yang terlibat.
Salah satu, modus operandi mereka ialah mencabar pihak tertentu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Bayangkan jika pemimpin yang difitnah itu tidak mengambil apa-apa tindakan, sudah tentu dari sudut pandangan sesetengah pembaca mereka akan mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak ini.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.