Gosip Diplomatik & "Jual" Negara kepada Singapura
Saya cuma mahu menulis dua perenggan.
Pertama, kecoh apabila pendedahan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura tentang jiran serantau di ASEAN, Jepun, China dan India yang didedahkan oleh WikiLeaks dan dilaporkan semula oleh The Sydney Morning Herald diangkat oleh "orang bangang" sebagai bukti untuk menyabitkan sesuatu jenayah. Walhal sudah jelas lagi bersuluh bahawa catatan itu hanyalah "gosip diplomatik". Ada MP Katak yang bertaraf peguam menganggap catatan itu sebagai "bukti teknikal" walhal dalam surat khabar Sydney Herald itu, ada dinyatakan tentang "risikan teknikal" ataupun memintas komunikasi tidak pula disentuh pun fasal "bukti teknikal". Entah di mana MP Katak itu mendapat ilham fasal "bukti teknikal". Entah bagaimana MP Katak itu mendapat ilham bahawa gosip diplomatik ini dianggap sebagai "bukti teknikal"? Mahkamah mana yang mahu menerima "bukti teknikal" itu? Umum mengetahui bahawa kata-kata itu hanyalah pendapat peribadi dan kata-kata itu perlu dibuktikan terlebih dahulu. Jika orang bangang ini menganggap kata-kata itu sebagai bukti, maka mereka perlu juga mengganggap perbualan yang mengaitkan Najib dengan suatu pembunuhan sebagai bukti yang boleh mengheretnya ke mahkamah.
Kedua, kecoh fasal jurublog UMCO yang mengaitkan dan menuduh DAP sebagai wakil PAP Singapura di Malaysia. Mereka menuduh parti politik ini sebagai cauvanis Cina yang anti-Melayu dan sebagainya. Namun mereka sengaja lupa dan pura-pura tidak mengetahui bahawa "majikan" mereka itulah yang menyebabkan Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Malaysia juga kehilangan tanah milik KTMB (400 ekar tukar dengan 4 ekar) atas "kebijaksanaan" Najib berurusan dengan Singapura. Malaysia juga menjadi saudagar bodoh apabila menjual air kepada Singapura dengan kadar yang merugikan negara sejak sekian lama. Pemimpin UMCO juga menggadai tanah Johor seluas 51 170 hektar kepada Singapura dengan bayaran hanya RM350 juta untuk tempoh 60 tahun. Hal ini didedahkan oleh Ibrahim Ali seperti yang dilaporkan oleh HD. Kawasan itu menjadi lokasi Empangan Linggui yang dikatakan milik Johor tetapi diselenggarakan oleh Singapura. Pelik, milik Johor tetapi diselenggarakan oleh Singapura. Fuh! Semua ini bukan kerja DAP, semua ini kerja UMCO!
P/s: UMCO, mana saham RM52 bilion milik Bumiputera? Siapa yang rembat?/www.duniacacamarba,blogspot.com
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.