Nafsu Pelik dan Ganas: Saka atau Terpengaruh Aksi Filem Lucah?
Suami benafsu pelik dan ganas? Perlakuan ini merujuk kepada fantasi seseorang untuk mencapai kepuasan seks. Keinginan pelik dan menyakitkan pasangan ini boleh melibatkan lelaki dan perempuan.
Di mana lelaki ini mendapat idea untuk berbuat demikian? Jangan cakap idea itu datang sendiri. Baca dahulu!
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.Pernah dengar istilah "bondage dan "kinky"? Apa itu bondage? Rujuk sini. Apa itu kinky? Rujuk sini. Saya tidak fikir saka cukup hebat untuk berfantasi semata-mata mahu memuaskan nafsu tuan atau dirinya.
Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.
Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.
Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.
Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.
Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.
“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.
“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.
Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.
“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.
“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.
Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.
Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.
“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.
“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.
“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.
Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.
Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.
“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.
“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.
Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.
Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.
“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.
“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.
“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya. - Samran Sarahan
Sebelum ini kita ada terbaca kisah suami memasukkan "sesuatu" ke dalam vagina/faraj/kemaluan isteri. Ada isteri yang mengadu si suami memasukkan mentimun, terung, dan kayu cotar ke dalam kemaluan mereka. Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa "merogol" atau melakukan persetubuhan secara ganas sehingga mencederakan isterinya.
Mengapa hal ini berlaku? Di mana mereka mendapat idea untuk melakukan perbuatan itu? Saya lebih cenderung mengatakan bahawa semua perlakuan ini dipengaruhi oleh aksi yang ditonton dalam video lucah daripada menganggap mereka mengalami masalah mental. Keinginan pelik dan ganas itu mungkin berpunca daripada keinginan untuk mencuba dan menikmati aksi yang ditonton dalam video lucah tersebut.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.