Persoalan Kurang Manis tentang Kes Gadis DItikam 19 Kali
Hari boleh dikatakan semua akhbar menyiarkan kisah seorang gadis yang ditikam 19 kali dan turut disimbah dengan asid. Saya petik berita Bernama:
Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki, Khamis.Persoalannya, siapa bapa janin yang gagal diselamatkan itu? Berdasarkan berita di atas, gadis itu tidak dinyatakan sudah berkahwin. Aduhai!
Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.
Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi turut membunuh kandungannya yang berusia 24 minggu.
Selepas serangan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram.
"Suspek mendapat tahu bahawa mangsa keluar dengan lelaki lain," kata Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin sambil menyifatkan serangan tersebut bermotifkan cemburu.
Mangsa ketika kejadian sedang bersama adik perempuannya Nurrehan, 13, dan seorang anak saudara perempuan yang berusia dua tahun di dalam biliknya.
Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari Kampung Air Putih, Nam Heng, Kota Tinggi dikatakan tiba-tiba menendang pintu bilik itu.
"Dia kemudiannya masuk lalu menikam mangsa sebanyak 19 kali di bahagian kiri dan kanan punggung, belakang, pada kedua-dua belah tangan dan peha mangsa.
"Tidak puas dengan itu, suspek kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan kembali semula dengan gayung berisi asid serta menyimbahnya ke badan mangsa menyebabkan mangsa melarikan diri ke bilik air," kata Muhammad....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.