Laman Sesawang Porno Akan Disekat Tetapi...
di BRITAIN. Bukan di Malaysia. Di negara ini, laman sesawang porno masih boleh diakses walaupun sebahagiannya agak sukar dilayari.
Saya petik:
[Kosmo] LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.
Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.
Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.
Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.
Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.