Tampaknya, Selamatlah Menteri Yang Merogol Robengah!
Mari main teka-teki. Siapa perogol amah? |
Apabila menyentuh soal sumpah, kes ini sudah menjadi lebih hebat daripada sumpah dalam legenda Mahsuri. Malah lebih epik daripada sumpah Mahsuri kerana sumpah Mahsuri itu belum terbukti betul atau tidak, tetapi sumpah menteri ini sudah dinyatakan di bawah ini. Lagipun ada perbezaan besar antara legenda/mitos dengan kisah benar seperti yang diakui oleh wakil Migrant Care dalam laporan HD di bawah ini.
Hebat pak menteri ini, sudahlah dirogol amahnya pada 19 Februari kemudiannya dihantarnya amah malang itu pulang pada 20 Februari 2007. Dimintanya pula si amah itu bersumpah untuk tidak membocorkan rahsia itu. Keparat betul!
Seperti yang saya nyatakan sejak beberapa hari ini, bangkai busuk tidak dapat disembunyikan lama-lama kerana baunya akan menusuk hidung orang ramai. Walaupun menteri ini mungkin tidak akan didakwa (namun, kita mendoakan agar amah itu mendapat kekuatan dan mengubah fikiran untuk melaporkan perilaku buruk menteri itu kepada pihak polis), namun hal itu tidak menghalang orang ramai berteka-teki untuk mengetahui gerangan menteri itu.
Yang menariknya, dalam sibuk-sibuk orang bermain teka-teki, sudah banyak blog baik yang mesra BN mahupun mesra Pakatan Rakyat berkias-kias tentang gerangan menteri itu. Ada yang siarkan klu, ada yang sudah berani siarkan gambar walaupun tidak mengaitkannya secara langsung. Bagi orang yang berjaya menangkap maksud di balik kiasan-kiasan di internet, ada yang tidak percaya, ada yang geleng kepala.
Siapa sangka? Namun harus ingat, jangan menuding jari selagi tidak disahkan betul-betul.
Saya petik:
[HD] Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.
Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.
Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.
Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.
Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.
Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.
Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.
Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.
Satu blog popular, Tukartiub juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.
Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.
"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.
Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.
"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.
Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.
"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily. - Zulkifli Sulong
P/s: Kenyataan media Migrant Care turut menyatakan tentang menteri yang berasal dari Kedah turut didakwa merogol amahnya sekitar tahun 2005. Siapa menteri itu?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.