[Video] Minum Air Kencing Untuk Kesihatan Diri
Saya pernah baca kisah wanita yang menghidap barah payu dara sembuh daripada penyakit maut itu dengan mengamalkan terapi air kencing. Wanita itu mengamalkan terapi minum air kencing setiap hari, terutama air kencing pertamanya pada sebelah pagi. Saya juga pernah membaca testimoni wanita yang mendakwa sembuh daripada HIV hanya dengan minum air kencingnya sendiri.
Minum air kencing untuk kesihatan? Tidak percaya? Sila baca pautan ini.
Hari ini dilaporkan seorang warga emas mengamalkan terapi minum air kencing untuk kesihatan dirinya. Warga emas yang sudah berusia 96 tahun itu mengaku bahawa dirinya masih mampu melakukan kerja-kerja berat dan jarang-jarang mengalami masalah kesihatan.
Saya petik:
[HM] KUCHING: Biasanya orang sakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor atau bomoh, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang warga lanjut usia Singoi Jaya, 96, yang minum air kencingnya sendiri.
Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat.
“Pengalaman pertama saya minum air kencing sendiri ialah selepas terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, saya nekad meminum air kencing saya sendiri dengan harapan boleh sembuh.
“Mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing saya bercampur darah itu pulih selepas beberapa hari kemudian dan saya boleh bangun dan berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rekap, Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo di sini.
Menurut Singoi, kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.
“Cara ini mungkin sesuai dengan saya, tetapi bagi orang lain saya tidak sarankan mereka melakukannya,” katanya.
Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam.
Video Berkaitan:
P/s: Menurut orang yang mengamalkan terapi ini, air kencing yang "segar" tidaklah berbau atau jijik berbanding dengan air kencing yang sudah dicemari bakteria. Air kencing menjadi busuk selepas terdedah dengan bakteria.
Saya ada ulasan mengenai hal ini. Sila lawat blog saya di bawah tajuk: "Tips Kesihatan: Jom Minum Air Kencing Sendiri"
Comment by JR @ Isnin, Disember 27, 2010 7:32:00 PTG