Ingat Kes Adik-Beradik Tidur Berpelukan dengan Kekasih? Ini Cerita Lanjutannya
Saya petik:
[Mstar] SHAH ALAM: Seorang penganggur yang ditangkap oleh ibu bapa teman wanitanya semasa sedang tidur berpelukan di bilik tidur remaja perempuan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.
Mohd Zainu Man, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan merogol remaja yang berusia 15 tahun tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Tertuduh yang berasal dari Dabong, Kelantan didakwa merogol mangsa pada pukul 2 pagi, akhir Ogos lalu dan didakwa mengulangi perbuatan tersebut pada pukul 2.30 pagi, awal September lalu.
Selain itu, dia juga didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi, hujung September lalu, 2 pagi, awal Oktober lalu manakala pertuduhan terakhir menyatakan tertuduh melakukan kesalahan itu pada 2 pagi, November lalu.
Semua pertuduhan terhadap tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Che Rohana tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, bagaimanapun Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin untuk setiap satu pertuduhan.
Beliau juga menetapkan syarat tambahan untuk tertuduh melaporkan diri ke balai polis yang berhampiran setiap Sabtu pertama setiap bulan.
Kes akan disebut semula pada 24 Januari depan untuk tertuduh melantik peguam.
Pada 25 Disember lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan seorang ibu yang tergerak hati untuk melihat keadaan dua anak gadisnya semasa terjaga dari tidur pada pukul 3.30 pagi, menemui dua remaja terbabit sedang tidur berpelukan dengan pasagan masing-masing...Salwa Shaari
* Bagaimana dengan nasib adik mangsa yang berusia 13 tahun yang turut "ditangkap" berpelukan dengan kekasihnya berusia 17 tahun?
Walau apapun hukuman atau tindakan lanjut diambil, kerosakan telah berlaku. Kata orang nasi sudah menjadi bubur.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.