Keangkuhan Nazri Serlahkan Kebodohannya
Tadi saya pautkan berita di HD yang menyiarkan pandangan Hanipa Maidin berkaitan dengan situasi di Parlimen semalam. Campur tangan mahkamah dalam mengenepikan keputusan Speaker akan menjadi hujah paling kukuh untuk mencabar keputusan Speaker terhadap penggantungan 4 MP PR semalam.
Dalam MK, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret dan menyaman speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan 4 ahli Parlimen pembangkang, termasuk dirinya.
Beliau menjelaskan dalam kes penggantungan 6 bulan tanpa gaji melibatkan anaknya, Gorbind mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan itu tidak sah. Begitu juga kes rampasan kuasa di Perak, sidang Dewan jelas boleh dipersoalkan.
Beliau juga menegaskan bahawa Parlimen bukanlah yang paling tinggi, tetapi hakikatnya Perlembagaanlah yang paling tinggi. Justeru, keputusan yang dibuat Parlimen mestilah berdasarkan Perlembagaan.
Penjelasan ini secara tidak langsung menjawab kenyataan Nazri dalam satu sidang akhbar. Kata Nazri, “Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga.”
"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen."
Dalam sidang media yang sama, Karpal menjawab sindiran Nazri yang menggelarnya sebagai "peguam kelas ketiga. Katanya, “Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas."
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.