Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Zaid Ibrahim. Papar semua catatan

,

Rabu, 7 Mac 2012

Zaid Tidak Jadi Bubar KITA, Umum Bertanding di Kota Bharu dalam PRU13



[MK] Dalam satu lagi keputusan yang mengejutkan hari ini, presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan dan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu di bawah tiket KITA pada pilihan raya umum akan datang.

"Calon-calon Pakatan Rakyat dan BN tidak mempunyai banyak pengalaman, dan saya sebagai veteran di sana, jadi saya fikir saya lebih baik berbanding mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya.

Beliau juga berkata KITA akan mengumumkan senarai calonnya bagi pilihan raya umum akan datang lewat bulan ini.

Katanya, KITA tidak akan dibubarkan setelah krisis dalaman parti itu di Kedah dan Pulau Pinang diselesaikan.

"Adalah satu kesilapan untuk menerima mereka, tetapi kerana kita sudah pecat mereka, tidak ada masalah lagi sekarang," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang merujuk kepada bekas pengerusi KITA Kedah Zamil Ibrahim dan bekas pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng.


P/s: U-Turn lagi. Berapa banyak U-Turn selepas ini?

 

,

Isnin, 6 Februari 2012

Zaid Tetap Mahu Bubar KITA


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, cadangan beliau mahu membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajuinya masih kekal dan usul berkenaan akan dibawa ke mesyuarat majlis eksekutif hujung bulan ini.

Zaid mengumumkan cadangan untuk membubarkan parti berusia setahun itu, Khamis lalu.

"Ia (cadangan untuk membubarkan Kita) kekal. Saya akan membawa usul itu ke mesyuarat majlis eksekutif pada hujung bulan ini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online lewat malam ini.
Presiden Kita itu menjelaskan, apa yang dilaporkan oleh media awal hari ini "tidak betul."

"Tidak betul," katanya.

Terdahulu Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Zaid telah menarik balik keputusan untuk membubarkan Kita, tiga hari selepas beliau mengejutkan banyak pihak termasuk ahli dan pengikutnya akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi tujuan itu.

Sinar Harian Online difahamkan Zaid menerusi pegawai kanannya telah memaklumkan beberapa pengerusi negeri pagi ini.

Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Malah beliau turut memaklumkan perkara itu kepada pemberita di Batu Pahat lewat petang tadi.

"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, Pegawai Perhubungan Pusat parti Kita, Aziz Kadir ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata beliau.

Justeru kata Mohd Zaid, jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab Kita harus dibubarkan.

Kata Mohd Zaid, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid kerana bersedia untuk mendengar pandangan pengerusi-pengerusi negeri yang merasakan tidak perlu diadakan EGM untuk membubarkan Kita. - G Manimaran






,

Ahad, 5 Februari 2012

Zaid BATAL Hasrat Bubar KITA


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim telah menarik balik keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), tiga hari selepas beliau mengejutkan banyak pihak termasuk ahli dan pengikutnya akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi tujuan itu.
Sinar Harian Online difahamkan Zaid menerusi pegawai kanannya telah memaklumkan beberapa pengerusi negeri pagi ini.
Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata beliau.

Justeru kata Mohd Zaid, jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab Kita harus dibubarkan.
Kata Mohd Zaid, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid kerana bersedia untuk mendengar pandangan pengerusi-pengerusi negeri yang merasakan tidak perlu diadakan EGM untuk membubarkan Kita.
"Ini perkembangan baru. Apa yang penting sekarang ialah kepimpinan parti perlu mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan segala isu yang timbul dan menyusun strategi hala tuju menghadapi cabaran pilihan raya.
"Kita sebenarnya sudah mula mendapat sambutan. Sekarang ini pun saya sedang menghadiri majlis menerima ahli-ahli baru di Senggarang," katanya ketika dihubungi petang ini.
Kelmarin, Mohd Zaid bersama pengerusi beberapa negeri melahirkan pendirian tidak setuju dengan langkah Zaid mahu membubarkan Kita.
Dalam pada itu, Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim yang dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut.
"Cuma saya ada dengar begitu. Tetapi, saya berpendirian bahawa kemungkinan Datuk Zaid mengambil pendirian baru ini ekoran bantahan daripada banyak pihak dalam Kita," katanya.
Tegas Zamil, pendirian beliau masih sama sebagaimana dilahirkan kelmarin iaitu Zaid harus berundur daripada memimpin Kita dan memberi laluan kepada orang lain yang mampu dan berkemampuan untuk menerajui parti berusia setahun ini.
"Beliau boleh menyertai sama ada BN atau Pas memandangkan ada pihak sudah mempelawa beliau, seperti yang disiarkan oleh akhbar hari ini... beliau sudah tidak layak untuk menerajui Kita," katanya lagi.
Khamis lalu, Zaid berkata, akan membubarkan parti itu untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.
Menurut Zaid, Kita akan dibubarkan menerusi EGM yang akan diadakan tidak lama lagi tetapi tidak memaklumkan tarikhnya.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan Zaid masih belum berhasil. - G Manimaran



P/s: Zaid U-turn habis lagi, kadok naik junjung pula semakin menunjukkan belang!


,

Khamis, 2 Februari 2012

[Panas] KITA Akan DIBUBARKAN!


Saya petik:

[MK] Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

NONEDalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada  pembangkang.

"(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.
"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.

NONEParti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.
Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.



P/s: U turn habis!






, , ,

Ahad, 8 Januari 2012

Zaid MINTA MAAF daripada Anwar


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.



,

Jumaat, 9 Disember 2011

Zaid Ibrahim SAMAN MSO dan Buletin Rakyat RM30 Juta


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 9 Dis — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap seorang penulis, pengarang dan penerbit akhbar Buletin Rakyat berhubung penerbitan satu artikel.

Zaid, yang kini Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), memfailkan saman itu menerusi Tetuan Bashir & Co pada 21 November lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan penulis artikel Mohd Sayuti Omar, pengarang akhbar Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn Bhd, sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zaid mendakwa penerbitan artikel bertajuk “Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoannya” telah memfitnah dan membawa maksud bahawa beliau memiliki moral politik yang rendah, seorang yang ego, bersikap autokratik, menggunakan kekayaan untuk memaksa orang tunduk kepadanya dan tidak memiliki ketinggian budi pekerti.

Zaid menuntut satu perintah menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah berkenaan di dalam akhbar dan internet, satu perintah supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadamkan kata-kata fitnah itu dan defendan perlu menerbitkan atau menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu secara berterusan selama dua bulan atau tempoh yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Laporan Bernama Online menyebut, beliau turut menuntut ganti rugi am RM10 juta daripada setiap defendan, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Selain itu, pada tarikh yang sama Zaid turut memfailkan satu injunksi untuk menghalang ketiga-tiga defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah tersebut dan memohon perintah interim supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadam kata-kata berkenaan yang terdapat di akhbar dan internet dengan serta merta.

Sementara itu hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof yang mendengar kes itu di dalam kamar menetapkan 14 Disember untuk pengurusan kes.



,

Sabtu, 19 Mac 2011

Aduhai, Zaid Lapor Polis Kerana "Terancam" dengan Ugutan Karpal Singh!


Saya baca berita Bernama yang melaporkan bahawa Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim pada Sabtu membuat laporan polis mendakwa diugut Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat.

Zaid, yang diiringi beberapa penyokongnya, membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa laporan tersebut dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star.

"Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.

"Perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Saya meminta polis membuat siasatan ke atasnya dan meminta polis melindungi keselamatan saya," katanya.

Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah.

"Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya.

P/s: Alahai, Zaid! Sebelum ini, Zulkifli Nordin berbuih-buih mulut menyeru bekas anak guamnya memberikan sampel DNA. Walhal sewaktu dia mewakili DSAI, apa respon dia terhadap desakan tersebut? Bukankah mereka tahu tujuan sampel DNA itu diminta? 

Yang boleh bikin orang gelak apabila Zaid, peguam ternama "rasa terancam dengan ugutan" bekas rakan yang berkerusi roda. (Opps, maaf tuan Karpal)!


, , ,

Rabu, 16 Mac 2011

KITA Akan Bertanding Semua Kerusi DUN dan Parlimen Selangor. Mudahkan Agenda BN Rampas Selangor?


Apa agenda Zaid Ibrahim dan KITA di Selangor? Menurut laporan FMT, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di bawah pimpinan Zaib Ibrahim akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihanraya umum akan datang. KITA juga akan bertanding disemua 22  kerusi Parlimen Selangor. Hal ini disahkan oleh Penyelarasnya,S Kottapan.

Menurut Kottapan, KITA akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang di peringkat DUN.

“Saya sedang mencari calon yang berwibawa, yang mempunyai peluang menang untuk bertanding atas tiket KITA di Selangor.

“Mereka yang berminat termasuk bekas pemimpin PKR boleh berhubung dengan saya.

“Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden KITA,  Datuk Zaid Ibrahim untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi calon kerusi DUN.

“Bagi kerusi Parlimen calon akan dipilih sendiri oleh Zaid,” kata Kottapan.

KITA bukanlah parti yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk memenangi pilihan raya, namun usaha mereka meletakkan calon di setiap kerusi DUN dan Parlimen di Selangor jelas menunjukkan bahawa mereka mahu memecah undi PR dan seterusnya memberikan kelebihan kepada BN-UMCO untuk merampas semula negeri terkaya di Malaysia. Dengan program SSDE yang dianjurkan oleh UMCO Selangor sehingga kini, maka jelaslah perancangan UMCO mahu merampas Selangor daripada PR pada PRU-13.

P/s: Bagi penyokong Zaid sewaktu dia dalam PKR, sila buka mata luas-luas.




,

Rabu, 19 Januari 2011

[Kemas Kini] Parti KITA Dirasmikan. Adakah Kehadiran Pemimpin BN dan Mesra BN Jawab Hala Tuju KITA?


Saya petik:
[MK] Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

Antara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.-Regina Lee

P/s: Parti KITA sudah mempunyai 300 ahli. Yang menariknya, sewaktu pelancaran pagi tadi, tidak dinyatakan kehadiran pemimpin Pakatan. Yang dinyatakan ialah kehadiran pemimpin BN, tokoh yang mesra BN, serta bekas ahli parti PKR.

Jadi, mungkin berdasarkan kehadiran mereka, kita sudah boleh mengagak hala tuju parti ini!

.


, , ,

Khamis, 16 Disember 2010

Siapa 5 MP PKR yang Mahu Sertai Parti Zaid?

Saya petik:
[Mstar] Adalah dijangkakan sekurang-kurangnya lima ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang baru diterajui oleh Datuk Mohd Zaid Ibrahim.


Khabarnya mereka dijangka berbuat demikian menjelang 19 Januari ini iaitu tarikh penjenamaan semula parti berkenaan.

Malah terdapat desas-desus yang mengatakan terdapat ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga turut berminat untuk menyertai Kita.

Kita yang dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) difahamkan turut bersedia membentuk pakatan atau kerjasama dengan satu parti baru yang akan ditubuhkan di Sabah tidak lama lagi.

Walaupun Zaid mengumumkan parti Kita tidak akan menyertai Pakatan Rakyat, ia dikatakan bersedia untuk menyertai pakatan dengan parti-parti yang menawarkan pilihan alternatif kepada rakyat.

"Kami bukan pengacau. Kami akan memfokus kepada isu-isu dan polisi. Inilah sebabnya kami berhasrat untuk mengikut model Britain, di mana pembuat undang-undang dan para pentadbir parti dipisahkan secara eksklusif," kata Naib Presiden Kita, Muhammad Firdaus Christopher.

Firdaus juga menjelaskan, Zakaria Salleh ialah presiden AKIM yang sebenar, dan bukan Hanafi Mamat sebagaimana yang dilaporkan oleh Agensi Berita Nasional, BERNAMA sebelum ini.

Zakaria tidak bertanding untuk dipilih semula sebagai presiden dalam Muktamar Agung Tahunan parti itu yang berlangsung Rabu. Ini bagi membuka laluan kepada Zaid mengambil alih jawatan tersebut.

Hanafi mendakwa dia ialah presiden parti yang sebenar dan berkata muktamar agung yang diadakan di Tropicana Golf Club sebagai tidak sah.

"Kami mempunyai surat daripada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 20 Oktober yang mengesahkan kedudukan Zakaria sebagai presiden pada muktamar agung tahun lalu," kata Firdaus....-

,

Rabu, 15 Disember 2010

Zaid Jadi "Kepala", AKIM-KITA Kini Parti Liberal


Baca di sini. 

Datuk Zaid Ibrahim akhirnya menyertai AKIM kini KITA seperti yang diramalkan sebelum ini. Parti orang lama, konservatif, serpihan PAS yang ditubuhkan sekitar tahun 1995. Hari ini Zaid Ibrahim diangkat menjadi Presiden ke-6 selepas Zakaria Salleh, Hanafi Mamat, Mohammad Yusoff, Mohd Din Nizam Din, dan Musa Salleh menerajui parti itu.  KITA dahulunya AKIM kini sudah "moden" dalam sekelip mata.

Muktamar parti itu hari ini dengan pengaruh Zaid telah membuat "make over" dan menjenamakan semula parti itu. Jawatan Presiden kini sudah digelar Ketua Parti begitu juga struktur parti yang lain yang banyak berubah. Parti itu kini akan dijadikan parti nasional, bukan lagi parti yang hanya dianggotai oleh bekas PAS, Semangat 46, Hamim, dan segelintir orang Melayu. Hala tuju asal parti itu, iaitu untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara sudah tentu akan berubah demi memenuhi agenda nasional Ketua Parti baharu. Lambang parti juga akan ditukar.

WOW!

Baru sehari diangkat menjadi Ketua Parti, Zaid sudah dilihat begitu mendominasi parti. Antara balasan dan janji Zaid kepada parti ialah jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat. Sudah tentu parti yang dahulunya mempunyai dana kewangan yang kecil akan mempunyai dana yang kukuh selepas ini. Hal ini selaras dengan pengakuan Zaid "AKIM pilih saya, saya pilih AKIM..." dalam kenyataan akhbarnya. Persoalannya, bagi anggota AKIM yang berfikiran konservatif, bersikap sentimental, serta berpegang teguh pada prinsip perjuangan asal parti, mahukah mereka menerima perubahan drastik yang dibawa oleh Zaid?

Dalam laporan TMI, Zaid menegaskan bahawa KITA tidak akan menyertai Pakatan Rakyat, namun akan menyokong PR jika ada sesuatu agenda yang dipersetujui parti itu. Tegasnya nada Zaid.

Sementara itu, Hanafi Mamat yang masih mendakwa dirinya Presiden AKIM tidak mengiktiraf perubahan yang dibuat pada AKIM seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Malah sebelum ini, Bernama  melaporkan bahawa Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat, mengesahkan Hanafi kekal menjadi Presiden AKIM berikutan kemelut perebutan jawatan parti sehingga menjejaskan parti berkenaan.

 Alahai Zaid, KITA! Belum lagi memulakan langkah sudah ada kemelut di depan mata.


P/s: KITA tidak akan mampu berdiri kukuh dalam politik negara tanpa menyertai atau bersikap mesra dengan BN atau Pakatan Rakyat. Persoalannya, pihak manakah yang bakal disokong oleh KITA? KITA juga tidak akan ke mana-mana tanpa menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu. Walau apa pun, tahniah Zaid, cita-cita mahu menjadi orang besar parti sudah tercapai.


, ,

Jumaat, 10 Disember 2010

Zaid Ibrahim "Ambil Alih" AKIM?

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Dis — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh sedia memberi laluan kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

The Malaysian Insider difahamkan Akim merupakan antara beberapa parti yang Zaid telah mengadakan perbincangan sejak sebulan lalu.

Sehubungan itu, Zakaria yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.

“Datuk Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Akim, kita juga mengalu-alukan kedatangan beliau ke parti ini.

“Kita juga telah berbincang hala tuju parti dengan barisan kepimpinan dan bersetuju untuk menerima Zaid sekiranya beliau mahu menyertai kita, selain itu kita lihat beliau seorang individu yang tidak berkepentingan peribadi dan ia adalah tunjang kekuatan beliau,” katanya.

Sumber-sumber yang rapat dengan Zaid memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan membuat pengumuman rasmi awal bulan depan.

“Memang ada banyak pemimpin parti (dorman) yang menemui Datuk Zaid termasuk Akim. Datuk Zaid akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat, kemungkinan awal bulan depan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

“Menubuhkan parti baru kemungkinan mengambil masa yang lama, satu hingga dua tahun... jadi, kemungkinan besar Datuk Zaid akan menggunakan parti yang sedia ada... parti dorman sebagai platform,” kata sumber itu.

“Jadi kita harap Zaid akan menyertai kita dalam memperkuatkan dan memperkukuhkan kita dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, beliau tidak perlu tubuhkan parti baru,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Akim amat memerlukan individu seperti Zaid yang dilihat boleh membawa perubahan besar terhadap parti itu bukan hanya di Kelantan, tetapi juga di seluruh Malaysia.

“Akim sudah berusia 15 tahun, tapi kami hanya mampu berada di Kelantan sahaja, jadi dengan penyertaan Zaid kita harap beliau boleh membawa perubahan yang besar dalam politik negara kita.

“Kita juga harap beliau boleh membawa Akim maju ke hadapan,” katanya.

Tambah Zakaria, Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur minggu depan bagi memilih barisan kepimpinan yang baru.

Zakaria berkata sekiranya Zaid menyertai Akim dan bertanding bagi jawatan presiden parti beliau akan memberikan laluan kepada bekas menteri di jabatan perdana menteri itu untuk menerajui parti.

“Kalau Zaid sertai Akim dan mahu bertanding atas tiket presiden parti, saya selaku presiden Akim akan memberikan laluan kepada beliau.

“Kenapa saya mahu serahkan jawatan presiden kepada Zaid? Ini kerana saya lihat beliau adalah seorang tokoh pemimpin yang serba boleh dan boleh membawa Akim maju ke depan lagi,” katanya....- G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra

Sabtu, 27 November 2010

Apa Motif Zaid Mahu Tubuh Parti Baharu?

Semasa pemilihan parti PKR lalu, saya condong menyokong Zaid berbanding dengan Azmin (atas alasan Azmin cuba menyemai budaya UMCO dalam PKR dan dengan andaian Zaid ikhlas mahu bertanding tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi), semasa Zaid menimbulkan ketidapuasan hatinya berkaitan dengan penyelewengan pemilihan parti, saya juga condong untuk menyokongnya kerana terbukti sehingga kini masih banyak lagi kontroversi yang bakal didedahkan oleh ahli parti itu. Namun, apabila beliau mengumumkan mahu keluar parti, kenyataannya telah mencetuskan pelbagai persepsi buruk kepada PR.  Saya mulai ragu-ragu tentang tujuannya sebenar beliau bersama PR selama ini, walaupun orang lain terang-terang menggelarkannya 'kuda trojan". 

Pada sidang media, Zaid berkata bahawa beliau mahu menubuhkan parti baharu yang lebih kuat dan besar pada Januari tahun depan. Pilihan raya pula dijangka akan diadakan pada bulan April tahun hadapan (Musykil!). Saya "kagum" kerana cita-citanya begitu tinggi dan hebat. Walaupun nadanya bersifat dendam, namun beliau tampak "yakin". Beliau mungkin berpendapat auranya sama seperti Anwar Ibrahim yang mencetuskan fenomena Reformasi pada tahun 1998. Anwar difitnah teruk sehingga segala macam media menghukumnya dengan cara yang mengaibkan, manakala mahkamah pula melengkapkan agenda pihak tertentu. Kali ini Zaid yang kecewa dengan bekas partinya mahu menubuhkan parti baharu. Adakah alasan tersebut memadai untuk Zaid memperoleh sokongan rakyat sehingga mampu menubuhkan parti yang kuat dan besar?

Apabila Zaid mahu menubuhkan parti baharu, orang akan tertanya-tanya: Adakah parti PAS dan DAP tidak serasi dengan ideologi politiknya? Apa kekurangan DAP mahupun PAS sehingga membuatkan Zaid mahu menubuhkan parti baharu? Agak membingungkan apabila orang ramai cuba mencari sebab Zaid enggan menerima parti-parti tersebut, walhal parti-parti itu sekapal dengan bekas partinya? Adakah kerana peluangnya untuk menjadi Presiden parti-parti tersebut malap atau Zaid sememangnya mempunyai agenda lain?

Jadi, tumpuan kini ialah hala tuju parti yang bakal dipimpin oleh Zaid sama ada condong ke arah BN atau masih lagi setia dengan perjuangan PR. Jika beliau masih memilih untuk sekapal dengan PKR, PAS, dan DAP, yang jelas tindakannya sebelum ini sudah memberikan kerosakan sampingan kepada PR. Namun tidak mustahil Zaid mengambil pendirian neutral dan jangan terkejut jika ahli MP katak yang menganggotai Konsensus Bebas bakal menyertai parti ini. 

Menurut Zaid sebelum ini, beliau mahu bertanding dalam PRU 13, jika begitu, ahli partinya juga nanti akan turut berbuat demikian. Bolehkah PR menerima keadaan ini? Yang dibimbangkan oleh PR ialah Zaid dan ahli partinya bakal menjadi "pengacau" dalam PRU 13 akan datang dan hal itu sudah tentu akan menguntungkan BN yang sehingga kini masih belum yakin untuk menang besar dalam pilihan raya.

Jika begitulah agendanya, maka benarlah Zaid ialah "kuda trojan" yang dihantar untuk menjahanamkan PR dalam PRU 13 nanti. Jika sebaliknya, mampukah Zaid mengembalikan persepsi positif rakyat kepada PR yang kini dicemari dengan pelbagai dakwaan penyelewengan semasa pemilihan PKR baru-baru ini mahupun persepsi buruk yang disebarkan dari semasa ke semasa oleh media berkaitan dengan pelbagai isu terhadap Kerajaan PR di Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang?

,

Ahad, 21 November 2010

Karpal: Saya telah Beri Amaran kepada Anwar Berkaitan dengan Zaid


Saya jenguk laman portal berita The Star. Ada berita fasal Karpal yang mendakwa bahawa beliau telah memberi amaran kepada Anwar berkaitan dengan tindakannya menerima Zaid sebagai ahli parti PKR. Katanya:

"Saya sudah memberitahu Anwar tentang orang itu (Zaid) tidak boleh dipercayai kerana dia dipecat oleh UMNO dalam keadaan yang diragui, namun Anwar menerimanya sebagai suatu peluang yang besar. Bagaimana seseorang mahu mengambil alih kepimpinan sebuah parti dalam tempoh waktu semalam (singkat)? Apabila langkahnya itu dinafikan, dia menyerang orang yang telah memberinya hayat baru dalam politik. Anwar cuba memberi tunjuk ajar kepadanya secara beradab, namun orang ini tiada adab dalam dirinya. Saya mahu menasihati Zaid agar bertaubat kerana perbuatannya yang menyerang Anwar."

Terjemahan ekpress, untuk laporan penuh sila baca di sini.

,

Jumaat, 19 November 2010

[Kemas Kini] Zaid Sudah Berkerat Rotan, Berpatah Arang dengan PKR

Daripada satu sudut, Zaid bukan merajuk lagi. Kali ini sahlah Zaid sudah "berkerat rotan", sudah "berpatah arang" dengan PKR dan Anwar Ibrahim. Daripada sudur lain, orang mempersoal, mengapa keluar PKR hanya kerana marahkan Anwar dan Azmin? Adakah kerana penyamarannya sebagai "kuda trojan" sudah tidak mampu dilindunginya lagi? Sudut mana yang benar, hanya mereka yang tahu!

Mengapa 16 Disember? Di Facebook ada yang memberi pendapat seolah-olah wujud tawar-menawar antara Zaid dengan PKR. Tidak kurang juga yang menyindir bahawa berhenti PKR juga seperti berhenti kerja, perlu ada notis sebulan. Namun, Zaid dalam kenyataan medianya dengan jelas mahu menyindir kegagalan projek 16 September Anwar!

Walaupun sudah banyak orang menulis bahawa Zaid ialah kuda trojan dan sore loser, namun saya belum berani mengatakan hal itu  secara terang-terang walaupun tindakannya sudah menjurus ke situ. Tunggu dan lihat tindakan seterusnya. Tunggu juga kesudahan kes JPP PKR yang dikatakan tidak serius/lambat/enggan menangani permasalahan yang timbul dalam pemilihan parti itu.

Yang menariknya, sewaktu Zaid dipecat daripada UMCO kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, juga semasa pemilihan parti, pemergiannya seolah-olah tidak memberikan impak terhadap parti itu (adakah ada udang di balik batu dalam kes pemecatannya?). Namun, apabila Zaid memprotes dan mengumum untuk keluar daripada PKR, impaknya agak besar, walaupun hal itu cuba dinafikan oleh PKR. Media UMCO mencanangkan hal itu secara agresif (adakah ada udang di balik batu?)

Mengapa terjadi begitu, walhal Zaid bukanlah ahli politik yang begitu berkarisma sehingga mampu menarik perhatian orang ramai? Beberapa orang sahabat saya memberikan pendapat bahawa aduan dan keluhan Zaid tentang pemilihan PKR, walaupun tidak (kurang) disertakan bukti, namun hal itu turut diakui dan mengecewakan sesetengah pemimpin PKR yang lain menjadi salah satu punca PKR sedikit bergoyang apabila berhadapan dengan isu ini. Kelemahan PKR menangani krisis pemilihan parti dan persepsi bahawa parti itu diselubungi politik naungan menjadi faktor Zaid memperoleh sokongan segelintir ahli parti itu.

Tanpa mengira niat sebenar Zaid, saya kira beliau mungkin memperoleh sokongan yang agak hebat jika dia tidak bertindak keterlaluan "membelasah" Anwar Ibrahim.

Pemergian Zaid mungkin gagal memberikan impak kepada PKR jika Pemilihan PKR yang sedang berlangsung ini dilihat orang telus dan bersih daripada pelbagai salah laku dan penyelewengan. Malah, pemergiannya mungkin tidak mendapat simpati orang jika dakwaan bahawa Anwar menjadi pengurus kempen Azmin itu dinafi dengan sekeras-kerasnya oleh PKR, begitu juga dakwaan bahawa pemilihan parti ini hanyalah syarat untuk mengesahkan jawatan orang tertentu untuk jawatan tertentu dalam parti dijawab dengan meyakinkan oleh pemimpin parti itu, ....bla...bla...bla...dll.

Saya petik:
KENYATAAN MEDIA
19 NOVEMBER 2010

Ini berikutan episod pemilihan parti di mana saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti: Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi. Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti. Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai ‘Trojan Horse’ dan ‘Sore Loser’. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya.
Saya amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepada saya selama ini. Saya mungkin telah melakukan kesilapan semasa saya berada dalam parti tetapi saya tidak sekali-kali melakukannya di atas niat jahat untuk melemahkan parti atau untuk menjatuhkan sesiapa pun. Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam. Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu.
Sewaktu saya meletakkan jawatan sebagai Menteri dahulu, saya mahu menegakkan satu prinsip penting iaitu bahawa mana-mana menteri yang tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan mestilah meletakkan jawatannya, iaitu prinsip ‘Collective Responsibility’. Pada masa itu, saya tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan untuk menggunakan ISA terhadap 3 orang awam. Kali ini pula, saya berhenti kerana adalah amat wajar untuk saya berbuat begitu apabila saya tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggap saya sebagai pengkhianat. Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.
Saya meletakkan kepercayaan saya kepada kebijaksanaan masyarakat untuk memahami bahawa kita mestilah sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dasar yang ikhlas walau dalam situasi apa sekalipun kerana itulah sahaja yang akan menentukan erti perjuangan sebenar. Ramai peminat Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada saya bahawa karier politik saya akan hancur selepas ini. Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini.
ZAID IBRAHIM

,

Isnin, 15 November 2010

[Kemas Kini] Zaid Ibrahim KELUAR PKR

Terdapat percanggahan maklumat tentang kedudukan Datuk Zaid Ibrahim dalam PKR yang disiarkan oleh The Star dan Bernama. Menurut The Star, Zahid telah membuat keputusan untuk keluar PKR, namun Bernama melaporkan bahawa Zaid tidak menolak akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat. Saya komen kemudian. Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR, 15 Nov — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.
“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama, di sini.

Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.

Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 Nov lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsungcuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Pada 9 Nov lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

 Laporan The Star boleh anda baca di sini. 

Kemas Kini:
* Zaid sahkan diri berundur

,

Khamis, 11 November 2010

[PANAS] Zaid Mahu Tubuh "Keadilan Baru" Jika Dipecat

Peribahasa ada menyebut: "Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang" Saya kira PKR akan menjadi begitu jika perkara seumpama ini tidak dibendung dan ditangani dengan bijaksana. Saya petik:
[MK] Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan 'Keadilan Baru' jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali.

Zaid (kanan) berkata beliau tidak akan bersara diri daripada parti politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang.

Katanya, apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya.

Sebelum ini pun, katanya, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.

Bercakap kepada kira-kira 100 orang hadir pusat pusat khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani malam tadi, Zaid berkata, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya "kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang".

,

Selasa, 9 November 2010

Zaid Sudah Keterlaluan!

Sebelum sidang akhbar tadi, mungkin banyak orang yang menyokong atau bersimpati dengan Zaid. Orang mungkin tidak kisah jika Zahid meminta Azmin berundur. Orang mungkin tidak bersetuju dengan cara Azmin berkempen terutamanya menggunakan pengaruh YB-YB untuk menyatakan sokongan secara terbuka kerana budaya itu budaya UMCO. Walhal YB-YB itu sepatutnya tidak bersikap berpihak kerana sokongan itu menjejaskan peluang calon lain. Begitu juga beberapa tindakan lain yang tidak sewajarnya dilakukan dalam parti yang mengutamakan keadilan.

Namun apabila Zaid turut meminta Anwar berbuat demikian, saya kira Zaid dengan sengaja meminta dirinya digelar "trojan horse" oleh majoriti ahli PKR. Zaid dengan sengaja meminta orang ramai mempercayai tuduhan bahawa terdapat pakatan antara dirinya dengan Utusan-UMCO untuk mewujudkan persepsi buruk kepada PKR seterusnya menjatuhkan imej dan aura Anwar di mata rakyat. Tambah-tambah pula, Najib kini sedang mencongak tarikh untuk mengadakan PRU 13.  Persepsi buruk yang dicetuskan oleh Zaid ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada BN yang kini masih belum mempunyai kekuatan untuk menang besar dalam PRU.

Mungkin wujud kecacatan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan parti itu. Mungkin Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung, namun tindakan Zaid mendedahkan kepincangan itu secara keterlaluan dalam media bukanlah suatu tindakan yang bijak bagi seseorang yang mendakwa dirinya sayang akan parti yang baru disertainya setahun jagung. Walhal saluran dalaman sewajarnya digunakan untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya. Setidak-tidaknya carilah cara lain agar BN tidak memperoleh "peluru" percuma untuk menembak PR. Tindakan Zaid kini seolah-olah meminta rakyat tanpa mengira fahaman politik menilai kelemahan dan kesilapan PKR seterusnya menghukum parti itu dalam PRU akan datang.

Memang terdapat percanggahan tentang aduan yang diumumkan oleh Saifuddin yang mendakwa hanya enam aduan yang dikemukakan secara rasmi, walapun ada yang mendakwa sebanyak 162 aduan telah dikemukakan. Begitu juga manipulasi undi, pengubahan nama calon, mempengaruhi pengundi, politik wang, dan pelbagai tuduhan lain yang perlu dipandang serius oleh pemimpin parti itu. Namun adakah mendedahkan secara agresif di media dapat menyelesaikan masalah itu, sedangkan Zaid sudah pun menarik diri daripada pertandingan?

Bagi saya, kepincangan yang wujud boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Kepincangan dan salah laku yang wujud juga tidak harus sesekali ditutup kerana tindakan itu menyalahi tuntutan keadilan dan sebagainya. Cubalah bermuafakat demi kebaikan bersama.

Sebentar tadi, berita di TV memanipulasikan isu ini dengan sebaik-baiknya. Berita tersebut walaupun jelas bersifat seperti menangguk di air keroh, namun sedikit banyak mewujudkan persepsi buruk masyarakat terutamanya golongan muda terhadap PR. Apabila terfikir tentang impaknya terhadap impian PR menjejakkan kaki ke Putrajaya, saya agak bersetuju dengan tulisan MSO di sini. Antaranya beliau menulis:
Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.
Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.
Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh.
Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.
Persoalan yang harus difikirkan oleh Zaid & Co apabila meminta Anwar berundur: Mampukah pembangkang berada pada tahap ini jika tidak wujudnya fenomena Reformasi pada sekitar tahun 1998 dahulu? Hakikatnya, tanpa sokongan rakyat terhadap Anwar, pembangkang sehingga ke hari ini masih lagi berada di takuk lama. Tidak mampu menggugat penguasaan 2/3 BN di Parlimen.  Mampukah pembangkang menarik ribuan rakyat untuk mendengar ceramah yang diadakan di seluruh negara tanpa Anwar? Mampukah pembangkang menjejakkan kaki ke Putrajaya tanpa Anwar? Saya yakin tanpa Anwar, mereka kurang mampu untuk berbuat demikian. Siapa yang ada karisma untuk berbuat demikian? Itu hakikatnya walaupun Anwar itu bukanlah manusia yang maksum.

Realitinya, Anwar Ibrahim adalah pemain penting dalam senario politik sekarang. Tanpa Anwar, pembangkang tidak mampu pergi jauh. Bukan saya sahaja yang berpandangan begitu, tetapi BN juga berpandangan begitu. Cuba tanya diri: Mengapakah pihak lawan cuba sedaya upaya memenjarakan Anwar dengan menggunakan tuduhan yang bukan-bukan jika Anwar bukan pemain penting yang perlu "dihapuskan"? Mereka dikatakan berusaha mengheret Anwar ke penjara sebelum berlangsungnya PRU 13. Jika Anwar bukan ancaman besar kepada BN, saya yakin tidak wujud tuduhan yang sengaja direka-reka.

Zaid yang dilihat sebagai orang yang merajuk dan kecewa, orang yang dianiaya, orang yang ingin dilihat telus dan membawa pembaharuan, kini sudah dilihat sebagai penderhaka dan tali barut UMCO walaupun beliau mungkin tidak begitu. Bagi saya, Zaid kini seolah-olah menyediakan peluru percuma kepada BN untuk meranapkan peluang PR menjejakkan kaki ke Putrajaya dan seterusnya "membakar jambatan" yang menghubungnya dengan barisan pimpinan PKR yang lain. Harapan saya, moga-moga Zaid bukanlah orang yang seperti yang disangka oleh pihak di Kem Azmin.

Berkaitan:
* Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid
* Zaid salahkan Anwar dan Azmin, gesa mereka tinggalkan PKR


P/s: Apabila saya berpandangan seperti di atas, jangan pula kata saya taksub kepada Anwar jauh sekali kepada Azmin Ali. Saya hanya menyatakan realiti sebenar pembangkang, namun dalam masa yang sama berasa mual dengan ketidakadilan yang diamalkan oleh pihak-pihak tertentu dalam pemilihan PKR.

,

[Kemas Kini] Azmin dan Zaid Sama Hebat Main Wang?

Saya petik:
[MSO]...Sesampai di pejabat (di mana pejabat?) saya tidak pun peduli kepada SMS berkenaan. Saya sibuk sikit hari ini dengan urusan pejabat yang belum selesai. Selepas itu beberapa orang telefon bertanyakan berita mengenai Zaid. Rupanya berita itu sudah kecor (heboh) ke seluruh negara. Paling menyayat hati ialah panggilan dari salah seorang Ajk PKR Cabang Wangsa Maju, Baharuddin.

Malam tadi Baha bercakap panjang dengan saya bertanyakan mengenai sesiapa calon timbalan presiden PKR yang elok perangai dan patut dipilih. Saya jelaskan kepada Baha yang ketiga-tiga mereka tidak berapa menarik kepada saya. Zaid seorang yang agah (arrogeant) kata orang Kelantan, dia agah dengan kedudukannya sebagai lawyer dan merasakan dia cerdik dalam serba serba.

Azmin Ali pula... juga agah. Dia merasakan dia anak emas kepada Anwar Ibrahim dan orang yang kuat membantu Anwar menghidupkan parti. Dari segi umur dalam PKR Azmin lebih tua dan lama daripada Zaid yang baru setahun jangung, kata saya.

Manakala Mustapa Kamil Ayub pula, lebih kurang saja. Cuma Mustapa dibezakan oleh janggut sejemputnya. Laga dan fiil beliau juga lebih kurang Zahid dan Azmin. Penampilan Mustapa ini penampilan cendekiwan. Tetapi Mustapa agah, agah tidak berpitis (berwang) kata saya. Mustapa lebih menampakkan dirinya Islamik sikap berbanding dengan lebih-lebih lagi Zaid.

Di sepanjang pemilihan timbalan ketua tidak ada laporan dan bisikan mengatakan Mustapa main wang - rasuah ahli agar mengundinya. Sebaliknya banyak SMS dan bisikan mengatakan Azmi dan Zaid sama hebat main wang. Seorang perwakilan wakil rakyat dari Kelantan memberi tahu ada gambar menunjukkan Zaid menghulurkan wang kepada ahli.

"Jadi siapa yang kena pilih?" tanya Baha sudah mula kebingungan. Mulanya dia orang Zaid kerana dia dari kawasan Wangsa Maju.

"Pilihlah sesiapa di anara ketiga mereka itu. Tetapi kawan (saya) nak royak yang Zaid akan kalah dalam perlawanan ini. Kalau dia kalah dia akan tinggal parti, tak percaya tenguk lah nanti?" jawab dan balas saya. Baha jadi semakin bingung. Firasat saya sudah merasai hakikat lama sebelujm ini. Baca balik posting saya yang memberi ingatan agar kedua mereka jangan jadi petaka kepada PKR.

"Habis lagu mana kalau begini rosak parti," katanya.

"Kawan dah kata dan memberi ingatan kepada Zaid dan Azmin jangan sampai jadi petaka kepada PKR," kata saya kepada Baha. Baha jadi tambah bingung dan berjanji untuk sambung berkecek hari ini.

Nampaknya rancangan untuk berkecek (bertemu) dengan Baha mengenai calon timbalan presiden PKR tidak jadi. Zaid sudah pun tarik diri dan letak semua jawatan. Persaingan kini antara Azmin dengan Mustapa Kamil. Kedudukan kini pula Azmin sudah meningalkan Mustapa Kamil jauh ke belakang. Semacam sudah sah Azmin akan jadi timabalan presiden. Sukatida suka itulah yang ada.

Kesian kepada Mustapa Kamil. Kalau Zaid ambil keputusan awal, dengar nasihat saya supaya jangan bertanding, mungkin dia ada harapan. Undi Zaid akan belot kepada Mustapa Kamil. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, Zaid bukan saja mengecewakan pengikutnya tetapi turut mengecewakan Mustapa Kamil. Tentunya juga melukai hati Anwar Ibrahim.

Apa yang hendak dikatakan dengan tindakan Zaid ini? Bagi saya senang saja. Zaid tidak layak untuk menyertai mana-mana parti politik dalam negara ini. Sebabnya... tidak ada parti yang perfect, sempurna dan syumul yang diimpikan Zaid. Cara Zaid mengkritik orang lain dan partinya itu seolah-olah beliau mengharap akan ada parti yang bersih. Zaid terlalu idealis mengenai hal ini. Tidak usah cari dan nanti tidak ada parti seperti itu. Tidak ada manis dalam jadam.

Zaid memang seorang kritis, tegas dan bersih. Beliau merasakan dirinya sesuci embun pagi. Jadi parti politik di Malaysia ini baik Umno, baik PKR hatta Pas sendiri tidak sebersih embun. Semuanya ada tipu muslihat, apa lagi ketika ada pertadingan.

Umno tidak usah ceritalah. Zaid sendiri turut sama terlibat dengan kekotoran dan cara Umno bertanding. Dia orang Umno. Dia pernah digantung kerana telibat dengan politik wang. PKR juga asalnya orang Umno. Cara Umno, budaya anjing tak makan tahi tetapi hidu tahi tetap ada dalam PKR. Jadi apa nak peliknya? Zaid tidak perlu terkejut kalau berlaku penyelewengan seperti mana dia katakan itu sebab PKR adalah genetik Umno.

Dari awal sejak mula berbual dengan beliau secara rapat, saya sudah nasihatkan beliau supaya jangan cepat menyertai PKR. Beliau kena tunggu dan lihat dulu bagaimana perjalanan, gerak geri dan juga denyut nadi dalam Umno. Jangan mudah terpesona dengan kehebatan dan variasi PKR. Tetapi Zaid tidak sabar dan mempedulikan apa yang saya sebutkan. Dia nampak PKR adalah alternatif kepada Umno. Kemenangan besar PKR dalam pilhan raya umum menjadikan dia lupa bahawa PKR asalnya Umno?

Maka dia mengumumkan masuk PKR di satu majlis di Sungai Ramal, Cheras. Bila dia membuat pengumuman, saya tidak dapat berkata apa-apa lagi mengenai dirinya. Dia sudah membuat pilihan dan itu adalah haknya. Saya hanya tunggu dan mahu melihat sejauh mana kekuatan dan kesabarannya untuk mendaki gunung bernama PKR.

Saya sudah bayangkan ia bukan senang untuk Zaid sampai ke puncaknya. Banyak sebab. PKR bukan sebuah syarikat yang boleh dimanipulasikan Zaid dengan undang-undang, moral dan kredibilitinya untuk memilikinya. Tetapi nampaknya dia sudah membuat keputusan itu.

Apabila kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong, dia ada bertanyakan saya. Dia membayangkan mahu bertanding atas alasan dia kena berada dalam Parlimen untuk membantu Anwar. Katanya wakil PKR yang ada semuanya tidak bertenga dan kuat untuk membantu Anwar. Ewah... sedap bunyinya. Saya kata, lebih baik tidak payah. Alasan saya, dia akan kalah, kedua dia akan dimarahi oleh orang lama dalam PKR, dan ketiga dia akan kehilangan wang dalam pilihan raya itu.

Mulanya dia diam. Mungkin menerima pandangan saya. Lepas itu dua tiga hari panggil saya lagi dan minta pandangan. Saya tetap mengatakan jangan, sebab dia kalah. Dia cuba bahas katanya ada perubahan dalam minda rakyat kini. Rakyat sudah bencikan BN. Saya kata kalah. Bila dia nampak berkeras nak juga, saya tidak ada pilihan lain melainkan menghalaknya. Saya memberi semangat atas dasar dia orang Kelantan.

Mari pula musim bertanding jawatan dalam PKR. Dia sekali lagi menghubungi untuk minum di Bangsar. Percakapan berkisar kepada masa depan Anwar. Dia memberi pandangannya yang Anwar akan di penjara disebabkan kes liwat. Dia cukup yakin. Bila Anwar masuk penjara siapa nak gerakkan PKR, tanyanya. Baginya tidak ada tokoh yang layak yang ada dalam PKR kini. Saya sudah faham dia mahu bertanding jawatan tertinggi dalam parti berkenaan dengan harapan akan jadi presiden PKR.

Saya memberi pandangan sekali lagi secara ikhlas agar jangan bertanding. Bagi saya dia sudah cukup istimewa dalam PKR. Sudah ada jawatan penting tidak payah temoh (tamak) untuk jawatan tinggi. Dia sudah dilatik ajdi Ajk Biro Politik, Penyelaras Pakatan Rakyat, dilantik jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan dilantik (pilih) pula jadi pengerusi PKR Cabang Wangsa Maju. Dia harus tumpukan kepada jawatan dan tugas itu. Saya membayangkan kalau berlaku pertandingan PKR akan mengalami perpecahan.

Belliau bergerak ke Wangsa Maju kerana nak bertanding di sana dalam pilihan raya akan datang. Sebelum ini dia memasang angan-angan untuk kekal di Hulu Selangor. Nak jaga dan suburkan PKR Hulu Selangor. Dalam masa sama juga dia berangan-angan untuk bertanding di Kota Bharu. Saya pening melihat sikap Zaid ini dan makin mengenali perangai dan fiilnya.

Memerhati gelagat ini mengenalkan saya siapa Zaid sebenarnya. Dia seorang yang tidak isriqamah dan gelojoh. Jiwanya tidak tenang. Jauh sekali memiliki jiwa mutmaninah! Dia gelojah tidak tentu fasal. Saya tidak tahu apakah yang sedang bermain di dalam jiwanya. Mungkin tindakan beliau meletak jawatan dan tarik diri bertanding untuk membolehkan dia mengembalikan dirinya kepada ketenangan semulajadi.

Tetapi tindakan itu sudah terlewat. Ia akan ditengok dan disuluh sebagai orang yang kecewa. Tohmahan kepada PKR sebagai parti yang lemah, tidak progresif, tidak adil dan sebagai kebusukan itu adalah balikan daripada apa yang ada kepada dirinya. Selepas ini kalau Zaid ingin menyertai mana-mana parti usahlah layan beliau. Lebih elok Zaid tubuh parti sendiri dan lantik diri sendiri untuk jadi presiden itu lebih afdal dan memudahkan untuk beliau mencapai matlamatnya!

Kemas Kini (2 ptg):
Tulisan di atas ialah ulasan MSO tentang Zaid dan Pemilihan PKR yang disiarkan semalam di blognya. Hari ini (tengah hari tadi), MSO ada mengulas lanjut tentang sidang akhbar yang diadakan oleh Zaid & Co. Dalam ulasannya kali ini, MSO membidas sikap Zaid yang mengkritik partinya secara terbuka kerana perbuatan itu mendatangkan impak yang besar kepada parti. Sesiapa yang berminat, boleh membaca ulasannya di sini.

,

Isnin, 8 November 2010

[Kemas Kini] Luahan Zaid tentang Keputusannya Menarik Diri daripada Pemilihan PKR - Cetak Sahajalah Notis Rasminya

Apa situasi Zaid Ibrahim sekarang?

Saya mahu guna frasa/peribahasa "berkerat rotan", namun tidak sesuai untuk memerihalkan situasinya. Saya mahu guna frasa/peribahasa "berpatah arang" pun kurang sesuai. Hal ini demikian kerana kedua-dua frasa/peribahasa itu membawa maksud memutuskan hubungan, sedangkan mengikut pengakuan Zaid, kekecewaannya itu tidaklah sampai mendorongnya keluar parti.

Buat masa ini, saya kira Zaid merajuk. Butiran sebab beliau merajuk ada diperincikan dalam petikan laporan TMI di bawah ini.

Orang tua kalau merajuk, susah nak pujuk. Tidak seperti anak dara merajuk yang amat mudah dipujuk, cukup sekadar memberikan hadiah atau membuat lawak!

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Nov - Sambil mendakwa sudah tidak lagi diperlukan oleh kepimpinan parti, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghantar notis rasmi memaklumkan yang beliau sudah pun menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

“Mengapa harus saya berbuat demikian? Saya sudah pun membuat pengumuman dalam blog saya. Itu sudah cukup bagus.

“Jika saya tidak menghantar notis (rasmi), apa yang mereka akan lakukan,” tanya Zaid  ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
.........
Saifuddin menjelaskan, Zaid perlu menghantar notis rasmi kepada parti berhubung perkara tersebut.

Katanya, parti tiada rancangan untuk mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid menarik diri daripada bertanding ataupun dakwaannya bahawa wujud manipulasi dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.

Dalam komen susulan tengah hari ini, Zaid berkata, beliau tidak mahu menulis kepada parti mengenai keputusannya memandangkan aduan-aduan sebelum ini mengenai kecacatan proses pemilihan tidak diambil tindakan.

“Apabila saya menulis kepada mereka mengenai kecacatan dalam pemilihan, adakah mereka respons kepada saya?

“Saya sudah pun membuat aduan saya, tetapi mereka tidak bertindak ke atas aduan itu.

“Jadi, mengapa perlu saya membalas kepada mereka sekarang? Mereka boleh bermain mengikut apa jua cara yang mereka suka,” kata beliau yang sejak Julai lalu diberi tanggungjawab mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Zaid menambah, dari awal lagi beliau sudah pun mengemukakan aduan kepada parti menggesa kepimpinan menghentikan kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam proses pemilihan.

“Bermula dari hari pertama, saya mengatakan kita harus menghentikan ini. Jadi, bukannya saya tidak mengatakan apa-apa langsung.

“Walaupun saya mendahului saingan, saya masih mahukan perkara ini dihentikan.

“Saya tidak mahu menang dalam saingan macam ini,” kata Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik, kedua-dua jawatan turut dilepaskannya hari ini.

Zaid mengakui keputusannya itu meletakkan para penyokong beliau dalam kekecewaan termasuk dirinya sendiri kecewa dengan apa yang berlaku.

Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah “merajuk” kerana bukan lagi mendahului saingan.

Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.

“Jika saya kalah kemudian, mereka akan mengatakan sesuatu. Jika saya menang (pun), mereka akan kata sesuatu.

“Kita tidak boleh menghalang orang daripada membuat spekulasi, membentuk pendapat mereka mengenai saya. Apa saya boleh buat?,” katanya.

Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.

“Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi,” kata beliau dalam nada ‘suram’.

“Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang,” kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.

“Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang,” katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Zaid juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.

Kemas Kini:
Yang menariknya, pagi tadi SU Agung PKR meminta Zaid memberikan notis rasmi berkaitan dengan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan Timbalan Presiden PKR. Zaid dalam responsnya kepada TMI mengatakan notis rasmi yang disiarkan di blognya sudah memadai untuk menyatakan keputusannya itu secara rasmi.

Satu Malaysia sudah tahu tentang keputusan Zaid yang mahu menarik diri daripada pemilihan PKR. Umpama menerima bola tanggung, TV dan radio menyiarkan/menyuarakan berita yang sama dengan nada pemberitaan yang menguntungkan pihak sebelah sana.

Saya buka semula TMI, tiba-tiba terbaca berita: Zaid must inform polls panels, says PKR secretariat. Saya cadangkan kepada orang PKR untuk mencetak notis rasmi Zaid di blognya itu. Tamat cerita! Mereka tidak perlu saling menjawab tentang isu "notis rasmi" sedangkan 1Malaysia sudah maklum tentang keputusan Zaid itu!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH