Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Karpal Singh. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 22 April 2014

Karpal Pertahan Perlembagaan, Dr Mahathir yang Hina Hudud - Mat Sabu




[TMI] Dalam mempertahankan rakan seperjuangannya sejak sekian lama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya oleh sesetengah pemimpin Islam tidak pernah menghina hukum hudud seperti dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam.

“Saya hairan mengapa orang Islam bersikap begitu sedangkan ada orang Islam sendiri hina hudud seperti bekas perdana menteri yang mengatakan kalau laksana hudud di Kelantan, ramai orang Islam hilang tangan,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Islam akan hilang tangan apabila hudud dilaksanakan merupakan satu penghinaan kepada hudud. Karpal tidak pernah menghina. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Mohamad dan Karpal bersama-sama meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada 1987.

Mat Sabu berkata, beliau pelik melihat pemimpin Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak mengatakan apa-apa apabila Dr Mahathir menghina hukum Islam itu.

“Mengapa apabila orang Islam seperti ini menghina hudud, saya tidak dengar pun pemimpin Umno memberikan komen tajam, termasuk mufti.

“Orang seperti (ahli Parlimen Langkawi) yang berakhlak bodoh sombong tetap ada dalam sejarah.

“Komen awal beliau itu mencerminkan pemikiran beliau walaupun sudah meminta maaf selepas itu,” katanya, merujuk kepada penghinaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad terhadap mayat Karpal yang terbunuh dalam kemalangan ngeri Khamis lalu.

Mengulas mengenai tindakan PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun ini, Dr Mahathir berkata, ia perlu dikaji secara mendalam dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan supaya undang-undang Islam itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal menghukum.

“Dalam hendak potong tangan pun, kita kena fikirkan negara kita ini mempunyai penduduk beragama Islam dan bukan Islam.

“Kalau kita potong tangan orang Islam, tapi kalau orang bukan Islam mencuri dia cuma dapat dua bulan penjara. Lama-lama orang Islam tidak ada tangan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur minggu lalu.

Selepas berita kematian Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebar luas, Nawawi daripada Barisan Nasional (BN) memuatkan gambar mayat mendiang di akaun Facebooknya dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud.

"Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk 'Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh'.

Bagaimanapun, Nawawi yang juga pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf beberapa hari selepas itu.

"Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa sedih dan menyesal di atas keterlanjuran catatan saya. Dan pemohonan maaf saya datang daripada saya sendiri tanpa didesak mana-mana pihak ataupun parti," katanya pada sidang media di KL Sentral, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Selain Nawawi, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di akaun Twitter @zulkiflinoordin.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.

"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”

Zulkifli yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kerusi Parlimen Shah Alam yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap kematian Karpal sebagai perginya seorang peguam veteran yang hebat.

Karpal selamat disemadikan pada Ahad dengan penghormatan negeri di Pulau Pinang diiringi oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dan ribuan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama yang mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi. – Amin Iskandar/22 April, 2014.


,

Ahad, 20 April 2014

[Video] Puaka Gua Tempurung Sebabkan Kematian Karpal - Raja Bomoh



[AA] KUALA LUMPUR: Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' kini kembali beraksi untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Karpal Singh pula.

Ini ekoran gambar Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal meninggal, sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk, disebarkan dengan meluasnya di laman sosial media.


Walaupun belum dipastikan tujuan beliau berada di kawasan itu, laman web Suara TV melaporkan bahawa Ibrahim mendakwa kematian mendiang Karpal berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung dan beliau telah pergi ke lokasi itu, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’.

Laporan itu turut berkata bahawa laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

"Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi," beliau dilaporkan berkata sejurus melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat itu.

Sementara itu, pengguna Twitter kebanyakkannya menyindir perbuatan Raja Bomoh itu.

Ada yang berkata perbuatannya memalukan masyarakat Melayu di negara ini dan ada yang meminta pihak berkuasa untuk menahan beliau.

Sebelum ini, Raja Bomoh telah mencuri tumpuan kejadian MH370, apabila beliau antara lain, melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya serta melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing untuk mencari lokasi pesawat itu.

Tindakannya yang mendapat liputan antarabangsa telah disindir oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. -TK Lectumy Tamboo/20/4/14


P/s: JAKIM dan Jabatan Agama Islam mahu tunggu sampai bila?



, ,

Sabtu, 19 April 2014

Karpal Singh: Khairy vs Zulkifli Nordin


[TMI] Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah.

"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?

"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini.

Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.

"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.

Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.

Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk menyerangnya.

"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan," katanya. – 18 April, 2014.


, ,

Khamis, 17 April 2014

Zulkifli Noordin PERKASA Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh


[MD] TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sinonim yang boleh digambarkan atas tindakan kurang beretika yang telah dicetuskan oleh Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin di laman mikro,Twitter milik beliau.

Natijahnya, ekoran tidak menghormati pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Zulkifli dilihat turut dicemuh oleh ramai pembaca dan pengikutMalaysian Digest di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram. 

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut berkata di laman Twitternya kepada salah seorang pengikut (follower) beliau, "Saya dengan tegasnya tidak bersetuju dengan pencalonan beliau dalam Barisan Nasional (BN). Kami tidak memerlukan orang sepertinya".



 Komen daripada pembaca MD di laman sosial:







Berkaitan:

[MD] KUALA LUMPUR: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”


Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau.

Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu. -17/4/14


Komen Dr Maza:

Hormati jenazah, tunjukkan akhlak Islam - Dr Maza

DALAM hadis disebut:

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا 
Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya. 

Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu. 

Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan. 

Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam. 

Itupun memerlukan ‘iqamah al-Hujjah’ yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya. 

Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam. 

Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka. 

Islam ini kebaikannya untuk semua. -17/4/14


P/s: Zul Nordin tidak ada beza daripada macai mesra Umno yang lain. Inikah akhlak pejuang Islam?


, ,

Sampel Air Kencing Pemandu Lori Terlibat Kemalangan Karpal, POSITIF Ganja


Pemandu mendiang Karpal Singh, C Selvam (tengah) menangis dan ditenangkan beberapa orang lain di luar rumah mayat di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.

[TMI] Kesan ganja ditemui dalam sampel air kencing pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan Toyota Alphard milik mendiang Karpal Singh.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kepada The Malaysian Insider keputusan saringan awal ujian air kencing pemandu berusia 45 tahun itu mendapati air kencingnya positif ganja.

"Kami menghantar sampel urin ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk pengesahan," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan semakan mendapati pemandu Karpal mempunyai 15 saman trafik memandu melebihi had laju.

Semakan terhadap kenderaan Toyota Alphard juga mendedahkan kereta itu mempunyai 29 saman trafik dengan 15 daripadanya belum dibayar.

Acryl berkata, ia merupakan semakan awal mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1.10 pagi itu dikatakan berpunca apabila kenderaan pelbaga guna yang dinaiki Karpal berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter seberat lima tan.

Kemalangan itu berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan. Lima penumpang berada di dalam MPV itu termasuk pemandu dan ada tiga individu di dalam lori.

Mereka yang berada di dalam MPV termasuk anak lelaki Karpal, Ramkarpal; pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius; pembantu rumah warga Indonesia dan pemandu, C Selvam.

Selain pemandu lori, penumpang di dalam lori termasuk Nur Azlina Ahmad, 23, dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah.

Karpal dan Michael dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian, dan pembantu rumah itu mengalami beberapa kecederaan. – LEE SHI-IAN/ 17 April, 2014.


, , ,

[Wajib Baca] Hudud: Beza UMNO dengan Karpal Singh


Karpal Ahli Politik Hebat – TG Nik Aziz

[HD] KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan.

“Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

“Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993.

“Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut melahirkan rasa sedih di atas kemalangan tragis menimpa pemimpin kanan DAP itu.

“Saya berharap anggota keluarganya bersabar. Mati sesuatu yang wajib bagi setiap manusia. Yang menghidupkan juga Allah,” ujarnya.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut merakam ucapan takziah di atas kepada keluarga mendiang.

Katanya, kematian tokoh tersebut suatu kehilangan besar kepada negara kerana kepakaran dalam bidang perundangan. - Rizal Tahir/17/4/14


Berkaitan:

Karpal Singh: Perginya Tokoh Politik yang Berprinsip


Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Bertarikh: 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

, ,

Karpal Singh Meninggal Dunia



[TMI] Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.

Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.

Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.


Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu. – 17 April, 2014.



Berkaitan:

Tangisan, Kesedihan di Hospital Ipoh Ratapi Kematian Karpal Singh


Seorang ahli keluarga menenangkan isteri mendiang Karpal Singh (kiri) di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pagi ini, sementara menanti jenazah Karpal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.

[TMI] Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tiba di Hospital Ipoh jam 7.25 pagi ini dari Hospital Kampar.

Karpal terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ahli keluarganya – isteri, Gurmit Kaur; anak lelakinya, Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo serta anak perempuannya, Sangeet dan disertai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin lain kelihatan berada di hospital menanti jenazahnya.


Semua kelihatan menangis ketika jenazah Karpal dipindahkan dari van dan dibawa ke rumah mayat, yang baru dibuka semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata ia adalah berita yang amat mengejutkan.

Beliau menggambarkan Karpal seseorang yang berpegang kepada prinsip.

“Dia akan berusaha sehabis mungkin untuk membetulkan apa yang salah. Kehilangan besar kepada negara dan masyarakat Sikh.

“Saya mengenalinya selama 20 tahun. Saya berjumpa dengannya di Parlimen dan beberapa acara DAP,” katanya ketika ditemui di hospital.

Karpal dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah ketika kejadian itu berlaku.

Kereta Toyota Alphard yang dinaikinya bertembung dengan lori treler. Pembantu Karpal, Michael Conandez yang sudah lama berkhidmat dengannya turut maut dalam kejadian itu.

Sementara anaknya, Ramkarpal yang turut berada dalam kenderaan itu selamat dengan beberapa kecederaan kecil. – 17 April, 2014.


P/s: Takziah daripada DCM.




, ,

Selasa, 11 Mac 2014

Karpal Kekal MP Selagi Tidak Disabitkan Bersalah oleh Mahkamah Persekutuan


SPR: Karpal Kekal Jawatan MP Jika Patuhi Syarat

[SH] KAJANG – Pengerusi DAP, Karpal Singh masih boleh menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen selagi Mahkamah Persekutuan belum memutuskan beliau bersalah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas status Karpal sebaik disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009 dan dihukum denda sebanyak RM4,000

Menurut Abdul Aziz, jika mengikut undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Perlembagaan Malaysia, mana-mana individu yang didapati bersalah serta dihukum denda melebihi RM2,000 serta setahun penjara, maka akan terlucut kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

"Dalam kes Karpal, kalau ikutkan undang-undang tersebut, beliau sudah hilang jawatannya.

"Namun, keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Beliau (Karpal) masih boleh buat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

"Selagi mana beliau belum disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, beliau masih boleh menjalankan tugas beliau sebagai ahli Parlimen seperti biasa," katanya. - MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI/11/3/14


, ,

Karpal Didenda RM4 000, Hilang Kerusi Bukit Gelugor?



[TMI] Pengerusi DAP Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 dan bakal kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.

Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat.

Karpal akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh kehilangan kerusinya jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Ketika proses rayuan pagi tadi, peguam beliau, Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen.

Peguam Gobind Singh berkata, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda melebih RM2,000, Karpal akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen.

Sehubungan itu beliau mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah RM2,000.

Namun begitu timbalan pendakwaraya Noorin Badaruddin berkata, hukuman yang menjadi pengajaran termasuk penjara perlu dikenakan.

Katanya, tindakan Karpal telah membuka jalan kepada pihak lain untuk tidak menghormati institusi raja dan Raja-Raja Melayu.

Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak ketika krisis perlembagaan 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan pada 11 Mac agar pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal yang juga pengerusi DAP berhadapan dengan hukuman sehingga maksimun RM5,000 denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi beliau, walaupun Karpal berpengalaman lebih 45 tahun sebagai peguam, ia bukan isu.

Sebagai ahli Parlimen, beliau perlu menunjukkan contoh yang baik.

Pemimpin PR memenuhi ruang mahkamah hari ini sambil menunggu keputusan hukuman dijatuhkan mahkamah.

Antaranya penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir memberikan sokongan moral kepada Karpal. – V Anbalagan/ 11 Mac, 2014.



, ,

Jumaat, 8 November 2013

Bubar PAS: Kenyataan Media Karpal Singh


Saya Tidak Menyeru PAS Dibatal Pendaftaran – Karpal

[HD] KUALA LUMPUR: “Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu,” tegas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadapnya oleh beberapa pemerhati politik, ahli akademik dan para pengulas politik tertentu. 

“Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.

Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.

Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya.

Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu.

Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.

Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.

Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.

Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.

Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.

Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebelum pilihan raya umum 2004?

Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?

Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata:

"Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS (DHPP) untuk yang bukan beragama Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam."

Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?

Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo 'PAS For All'."

Beliau juga menekankan, "Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam."

Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya.

Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.

PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini. -8/11/13


,

Isnin, 28 Januari 2013

Aksi Nik Aziz dan Karpal Singh Bikin UMNO Terkedu


[SH] SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.

Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.

Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.

Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni. 

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.



P/s: Terbaik. Yang pasti UMNO terkedu!




, , ,

Rabu, 8 Jun 2011

Untuk Ahli UMCO: Siapa yang Halang Hudud (Hukum yang Diperintahkan oleh Tuhan Anda)?




Suratnya:

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994


P/s: Siapa PM waktu itu, Karpal Singh atau Tun M?

,

[PANAS] Aduhai, Karpal Singh Nasihati Tun M Agar BERTAUBAT!!!


Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya,  lapor MK.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.

“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatakan lebih rapat dengan DAP. Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang menang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Penyokong tegar UMCO yang mungkin sudah lupa bahawa Tun M pernah mengutus surat kepada TG Nik Aziz berkaitan dengan penentangannya terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Sila baca di sini.


P/s: Saya setuju 100%  dengan saranan Karpal! Taubatlah Tun M!!!


,

Sabtu, 19 Mac 2011

Aduhai, Zaid Lapor Polis Kerana "Terancam" dengan Ugutan Karpal Singh!


Saya baca berita Bernama yang melaporkan bahawa Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim pada Sabtu membuat laporan polis mendakwa diugut Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat.

Zaid, yang diiringi beberapa penyokongnya, membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa laporan tersebut dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star.

"Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.

"Perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Saya meminta polis membuat siasatan ke atasnya dan meminta polis melindungi keselamatan saya," katanya.

Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah.

"Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya.

P/s: Alahai, Zaid! Sebelum ini, Zulkifli Nordin berbuih-buih mulut menyeru bekas anak guamnya memberikan sampel DNA. Walhal sewaktu dia mewakili DSAI, apa respon dia terhadap desakan tersebut? Bukankah mereka tahu tujuan sampel DNA itu diminta? 

Yang boleh bikin orang gelak apabila Zaid, peguam ternama "rasa terancam dengan ugutan" bekas rakan yang berkerusi roda. (Opps, maaf tuan Karpal)!


,

Ahad, 21 November 2010

Karpal: Saya telah Beri Amaran kepada Anwar Berkaitan dengan Zaid


Saya jenguk laman portal berita The Star. Ada berita fasal Karpal yang mendakwa bahawa beliau telah memberi amaran kepada Anwar berkaitan dengan tindakannya menerima Zaid sebagai ahli parti PKR. Katanya:

"Saya sudah memberitahu Anwar tentang orang itu (Zaid) tidak boleh dipercayai kerana dia dipecat oleh UMNO dalam keadaan yang diragui, namun Anwar menerimanya sebagai suatu peluang yang besar. Bagaimana seseorang mahu mengambil alih kepimpinan sebuah parti dalam tempoh waktu semalam (singkat)? Apabila langkahnya itu dinafikan, dia menyerang orang yang telah memberinya hayat baru dalam politik. Anwar cuba memberi tunjuk ajar kepadanya secara beradab, namun orang ini tiada adab dalam dirinya. Saya mahu menasihati Zaid agar bertaubat kerana perbuatannya yang menyerang Anwar."

Terjemahan ekpress, untuk laporan penuh sila baca di sini.

, ,

Isnin, 27 September 2010

Saya SOKONG 300% Gesaan Karpal Singh!

Sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam penerbitan jurnal undang-undang dalam bahasa kebangsaan beberapa tahun lalu, saya menyokong penuh gesaan Karpal Singh agar hakim menulis penghakiman dalam bahasa kebangsaan. Hal ini penting bagi memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan dalam sistem kehakiman negara dan memastikan penghakiman dalam bahasa kebangsaan menjadi sumber rujukan oleh pengamal undang-undang di Malaysia.

Biarpun ada hakim yang menulis penghakiman dalam bahasa kebangsaan, namun bilangannya masih kurang berbanding dengan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada usaha pihak tertentu menerbitkan penghakiman yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, namun usaha itu dilihat sia-sia kerana penghakiman tersebut tiada autoriti berbanding dengan penghakiman yang ditulis dalam bahasa asal.

Ringkasnya, gesaan Karpal Singh agar semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia perlulah disokong oleh semua pihak. Hal ini bertepatan dengan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan yang menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan.

Saya petik:

[MK] Peguam kanan Karpal Singh membangkitkan isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini dengan menegaskan bahawa semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata, para hakim harus memenuhi syarat-syarat Akta Bahasa Kebangsaan, dan bahawa "semua penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris hendaklah diisytiharkan batal dan tidak sah".

NONEKarpal menegaskan demikian dalam bantahan awalnya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah yang difailkannya pada 2006 terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Karpal meminta mahkamah tertinggi itu mengarahkan Mahkamah Rayuan menulis penghakimannya dalam Bahasa Malaysia, dan selepas itu, permohonan rayuan boleh diteruskan.

Sambil berhujah bahawa penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris mungkin tidak mengikut perlembagaan, Karpal kemudian memberitahu wartawan bahawa permohonan berhubung bantahan awalnya itu mungkin mempunyai kesan yang serius.

"Sebahagian besar penghakiman bertulis dalam kes jenayah dan sivil adalah dalam Bahasa Inggeris di semua peringkat mahkamah."Oleh kerana itu, ini menimbulkan persoalan terhadap kesahihannya dalam bidangkuasa semua penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya.

Menurut Karpal, Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan.

Peruntukan itu juga, katanya, tertakluk ke atas para hakim, kerana ia tidak menyediakan mereka pengecualian untuk menulis penghakiman dalam bahasa Inggeris.

Seksyen 8 juga menyebut bahawa pihak mahkamah, boleh sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding - dan setelah menimbang kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan - memerintahkan prosiding (selain saksi memberi keterangan), boleh sebahagiannya dibuat dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam Bahasa Inggeris.

Dalam menolak rayuan Anwar sebelum ini, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak berkata semua dokumen mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan kerana supremasi Bahasa Malaysia terkandung dalam perlembagaan persekutuan.

Ironinya, Malik yang menulis penghakimannya dalam Bahasa Inggeris, berkata Perkara 152 perlembagaan, dibaca bersama dengan Akta Bahasa Kebangsaan, menyebut bahawa semua prosiding mahkamah selain memberi keterangan, hendaklah dalam harus dalam bahasa kebangsaan. - Hafiz Yatim

* ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah telah meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah SWT.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH