Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Khairy Jamaluddin. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mac 2016

[Video] Taja Umrah: Dari Mana Khairy Dapat RM1.4 juta?




Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber dana yang digunakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menaja 191 ketua Pemuda Umno Bahagian untuk melaksanakan umrah di Mekah.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail memberitahu Malaysiakini bahawa dia boleh membuat laporan mengenai perkara itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.

"Saya hanya membaca tentang perjalanan itu diSuara.tv semalam.

"Saya tidak boleh hanya menuduh tetapi apabila saya membaca bahawa exco Pemuda Umno telah mengesahkan perjalanan ditaja oleh YB KJ, saya berasa lebih yakin untuk mengeluarkan kenyataan," kata Syed Rosli.

Portal yang dikaitkan dengan Umno itu Jumaat lalu memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan bahawa Khairy telah menaja perjalanan bagi semua ketua bahagian dan exconya.

Dalam artikel yang berasingan, Suara.tv juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyokong legalisasi ganja.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau untuk mendapatkan respon. -Malaysia Kini/6/3/16

, , ,

Rabu, 28 Mei 2014

[Video] Kalah Piala Thomas Kerana Khairy Bodoh - Raja Bomoh


[Suara TV] Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara,

Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji. Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Piala Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.

, ,

Sabtu, 19 April 2014

Karpal Singh: Khairy vs Zulkifli Nordin


[TMI] Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah.

"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?

"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini.

Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.

"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.

Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.

Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk menyerangnya.

"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan," katanya. – 18 April, 2014.


, , , ,

Khamis, 20 Mac 2014

"Raja Bomoh" Mungkin SAMAN Khairy dan JAIS



[Mstar] KUALA LUMPUR: Bomoh Ibrahim Mat Zin yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mengadakan upacara ritual untuk mencari pesawat MH370 yang hilang mungkin akan memfailkan saman fitnah terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjumlah RM100 juta sekiranya mereka tidak menarik balik kenyataan mereka terhadap beliau.

"Daripada pergi memaklumkan kepada umum, Khairy sepatutnya datang dan berbincang dengan saya. Saya akan memberitahunya cerita di pihak saya dan membersihkan nama saya lagi.

"Saya di sini untuk membantu negara dan bukannya mahu mencemarkan imej negara.

"Saya telah melakukan perkara ini selama bertahun-tahun, bagaimana mereka boleh berkata apa sahaja yang saya lakukan adalah 'haram' (haram) dan 'syirik', ia tidak betul sama sekali!" kata Ibrahim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh.

Ibrahim juga berkata disebabkan Jais, beliau tidak lagi dapat pergi ke lapangan terbang untuk meneruskan upacara ritual.

Beliau sebelum ini diberi amaran akan ditahan oleh Jais sekiranya masih melakukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Untuk mencari pesawat, saya perlu melakukan tujuh upacara ritual tetapi saya hanya melakukan dua kali. Saya diberitahu bahawa pihak berkuasa di sana akan menagan saya.

"Oleh itu , saya telah pergi ke tempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur," katanya.

Ibrahim terus yakin bahawa penumpang masih hidup dan sama ada di dalam dunia ghaib atau telah terhempas mendarat di salah satu daripada tiga pulau.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesan tiga pulau itu.

Ibrahim mendapat liputan meluas antarabangsa berhubung upacara ritualnya yang pelik dilakukan di KLIA pada minggu lepas bagi membantu 'mengesan' pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Upacara ritual beliau itu termasuk penggunaan buah kelapa, teropong buluh, bubu rotan (perangkap ikan) sebagai sebahagian daripada 'peralatan'nya.

Pada minggu yang sama, Ibrahim mencetuskan lagi kontroversi dengan upacara ritualnya di KLIA selepas beliau dan pembantunya duduk di atas karpet yang mana beliau menafikan ia sebagai mengembalikan semula adegan 'tikar terbang'.

"Ya, saya melihat gambar-gambar dan video (parodi mengenai upacara ritualnya). Saya ketawa melihatnya. Orang ramai berhak untuk berbuat demikian dan saya gembira apabila membuatkan mereka gembira," katanya. - 20/3/14



, ,

Jumaat, 14 Mac 2014

[Video] Raja Bomoh Sekali Lagi "Warning" KJ




Berkaitan:

Respons KJ:

[TMI] Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar menyifatkan seluruh rakyat di Malaysia sekarang mahu menampar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin kerana memalukan Malaysia. 

 "Dia seorang hendak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia hendak tampar dia sebab memalukan Malaysia," kata Khairy sambil ketawa. 

 "Perbuatan dia syirik, khurafat. Jadi saya tidak mahu layan," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang, lapor portal berita itu. -15/3/14


, ,

[Video] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh



[Suara TV] Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang. - 14/3/14





, , ,

Khamis, 2 Januari 2014

[Gambar] Khairy, Nurul Izzah Antara yang Teruja Hari Pertama Persekolahan Anak


[AA] KUALA LUMPUR: Hari ini 2 Januari merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, semestinya yang paling teruja adalah ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang baru memasuki Tahun Satu.

Kegembiraan ini terserlah bila ada di antara mereka memuatnaik gambar anak masing-masing di media sosial.

Ini termasuk ahli-ahli politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkongsi gambar hari persekolahan pertama anaknya di laman Twitternya.


Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut berkongsi gambar hari pertama persekolahan anaknya di laman Instagram beliau.


Di Instagram, selebriti- selebriti tempatan seperti Datuk Sheila Majid memuatnaik gambar anak bongsunya yang baru memasuki tahun satu.


Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah yang juga berkongsi gambar anak-anaknya yang sudah bersiap sedia mahu ke sekolah.



Di laman sosial turut trending topik mengenai hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2014 serta gambar-gambar menarik dari ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah. -Azyyati Ahmad -2/1/14


Paparan skrin lain di sini.



, ,

Rabu, 11 September 2013

[PANAS] Presiden PSM Kata Khairy BIADAP!



[HM] Kuala Lumpur: Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.

“Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri),” katanya semalam.

Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.

“RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya. 

Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini. 

“Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu. Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya. -11/9/13


,

Rabu, 25 Julai 2012

[Video] Harga Kereta Import yang Murah Akan "Membunuh" Proton, Antara Alasan Proton Masih di Takuk Lama



Rasanya Rafizi tidak menyatakan bahawa Pakatan akan MENGHAPUSKAN keseluruhan cukai yang dikenakan terhadap kereta import. Jika ada usaha untuk menghapuskan duti eksais, sudah tentu mereka ada cara untuk menampung pendapatan kerajaan yang hilang itu. Cuba baca di sini.

Yang dinyatakan secara jelas oleh Rafizi dalam kenyataan akhbarnya: "Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%. Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar."

Bayangkan betapa tingginya cukai kenderaan di negara ini!

Lupakan bab ekonomi, janji, dan sebagainya seperti yang diungkitkan oleh KJ.

Pada TM, hujah mengaitkan penurunan cukai dan duti import akan memusnahkan Proton, Perodua adalah hujah untuk menakut-nakutkan masyarakat Malaysia dan memainkan sentimen patriotisme untuk tujuan tertentu. Malah hujah ini diguna pakai sejak dahulu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan cukai terhadap kereta  import sehingga menjejaskan peluang rakyat Malaysia membeli produk alternatif pilihan mereka.

Persoalannya di sini bukan isu patriotisme atau ekonomi semata-mata. Persoalan yang penting ialah kemampuan Proton dan Perodua menghasilkan produk yang berkualiti. Sekiranya Proton dan Perodua mampu mengeluarkan kereta yang original, berkualiti, bertaraf dunia, dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, sudah tentu produk syarikat automobil tempatan ini tidak akan terjejas. Importlah kereta dari negara mana pun, jenama apa pun orang ramai akan tetap memilih produk keluaran Proton dan Perodua. Hal ini demikian kerana sudah menjadi tabiat manusia yang waras untuk membeli sesuatu yang berkualiti. Kata orang, alah membeli, menang memakai.

Sudah 27 tahun Proton beroperasi, cuba senaraikan produk syarikat tersebut yang dihasilkan 100% daripada idea, peralatan, dan bahan tempatan. Begitu juga Perodua. Jika dalam industri muzik ada istilah lagu saduran, dalam industri automobil pun ada istilah yang sama. Sampai bila pengeluar kereta tempatan terpaksa menggunakan enjin, peralatan, dan teknologi asing? Antara punca hal ini berlaku termasuklah dasar yang "tidak membolehkan", "tidak menggalakkan" syarikat automobil dan kepakaran anak tempatan benar-benar bersaing dengan syarikat dan kepakaran luar negara. Dasar sedia ada sentiasa menjamin pasaran kereta tempatan walaupun kualitinya sering dipertikaikan baik orang tempatan (di sini), mahupun orang luar (di sini.) 

Apa pula sindiran pelanggan Proton di bawah ini?


 


 

 

Kalau begitu pendirian kerajaan BN, sampai bila-bila pun syarikat automobil tempatan tidak mampu menghasilkan produk yang original, hasil buatan 100% anak tempatan, dan menggunakan peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Apabila KJ menyebut bukan tujuan kerajaan untuk melindungi Proton selama-lamanya, cuba fikirkan usia syarikat kereta tempatan.



, ,

Khamis, 24 Mei 2012

Neelofa Sokong Hujah KJ Tibai Pakatan Rakyat & Kerajaan Negeri Selangor di Twitter



P/s: Hak demokrasi artis ini untuk mengkritik atau menyokong hujah seseorang. Namun, orang boleh menilai tahap pemikiran dia.



, , ,

[Video-Wajib] Orang Turki Jawab Isu Pendidikan Percuma di Turki, Khairy Jamaludin KANTOI!





Antara maklumat yang diberikan kepada pemanggil:

1. Pendidikan sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi = 11 tahun adalah PERCUMA.

2. Dulu pelajar kena bayar untuk buku tetapi sekarang satusen pun tak perlu bayar. Semakin lama semakin banyak kemudahan sediakan untuk rakyat mereka.


3. PERCUMA untuk rakyat turki = warganegara turki of course.


4. Pendidikan universiti jika universiti kerajaan juga adalah PERCUMA. Walaupun ketika baru2 masuk mereka kena bayar sesuatu tetapi ia adalah sangat2 murah selebihnya ia adalah percuma.


5. Hanya universiti swasta di turki jek kena bayar. Memang mahal
.
-Kredit AmenoWorld

Berkaitan:

Dari FB Saifudin Ibrahim: 
YB KJ semalam dalam debat dengan mengatakan ada demonstrasi di Turki kerana membantah kenaikan yuran pengajian dan membuktikan Turki tidak mengamalkan Pendidikan Percuma...

Sebentar tadi, ambo telah semak dengan seorang tokoh pendidik .. beliau menjawab DIA (KJ) MENIPU!



P/s: Samalah apabila KJ mengklasifikasikan Kolej Komuniti sebagai IPTS, samalah dengan hujah Khairy yang menegaskan bahawa graduan akan memperoleh pekerjaan (sudah semestinya mengikut kelulusan) selepas 6 bulan tamat pengajian berkat transformasi Najib, samalah seperti...bla bla...

Betullah kata orang, "Kalau tidak menipu bukan UMNO namanya!"



, , , , ,

Rabu, 1 Februari 2012

[Video Penuh] Debat: KHAIRY lawan RAFIZI, Siapa yang Menang?




Berdasarkan laporan MK, ada pelajar yang menonton debat ini berpendapat "Khairy baik, tetapi Rafizi lebih baik." 

 Seorang pemerhati politik pula berkata: "Rafizi menang bergaya dan hebat. Khairy telah dihapuskan ".
 
Seseorang pelajar lain pula berkata, "Rafizi 1, Khairy 0.

Anda? 

 

Kemas Kini:

Debat terkini tentang PTPTN antara KJ dengan Rafizi di sini.



, ,

Jumaat, 9 Disember 2011

Menguji Kejantanan KJ: Rafizi Mahu KJ Tetap TARIKH, Tidak Kisah Debat di PWTC


Sejak timbul isu NFC, KJ antara pemimpin UMCO yang lantang mempertahankan Shahrizat. Ketua Pemuda UMCO ini sehingga sanggup berdebat tentang isu ini. Yang menariknya, sejak timbul isu debat ini, perang psiko antara kedua belah pihak ini jelas memihak kepada Rafizi. Selepas menghantar surat jemputan, Rafizi meminta pula KJ menetapkan tarikh dan paling kelakar, Rafizi melontar bom psikonya apabila menyatakan kesediaannya berdebat di PWTC demi keselesaan dan ketenangan menantu Pak Lah itu.

Kah kah kah!


Saya petik: 

[HD] KUALA LUMPUR, 8 Dis: Kecewa dengan penolakan Khairy Jamaluddin untuk berdebat pada 12 Disember, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu ketua pergerakan pemuda Umno itu sendiri memilih tarikh.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Rafizi berkata beliau bersedia berdebat berhubung skandal National Fidlot Corporation (NFC) bila-bila masa termasuk jika Khairy mahu debat itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekalipun.

"Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

"Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri," katanya.

Menurutnya, permintaan sama turut dinyatakan kepada Khairy melalui satu surat balas yang dihantar hari ini kepada jawapan Khairy yang menolak untuk berdebat 12 Disember ini.

Sekiranya Khairy masih berdolak dalih walaupun diberi kelonggaran tersebut dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, beliau menyimpulkan Khairy tidak berani untuk berdebat isu NFC itu.

Beliau memberitahu surat penolakan itu diterima dua hari lalu yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program yang lain.

"Saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," katanya mengulas surat jemputan yang telah dihantarnya pada 18 November lalu.

Beliau turut memaklumkan, PKR akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011 dan turut mengalu-alukan penyertaan Khairy. 


P/s: KJ, jangan buat malu UMCO!!!!


, , , ,

Sabtu, 19 November 2011

Debat Isu NFC: Sahutan KJ Disambut Oleh Rafizi

Klik untuk baca
P/s: Jangan sampai masa, KJ mengadu "sakit perut"! Di balik ghairah KJ mempertahankan Shahrizat, kita pelik mengapa Shahrizat sendiri atau orang penting NFC yang menyambut cabaran debat itu. Mengapa Pak Lah dan KJ bersungguh-sungguh mempertahankan skandal ini?

, , ,

Selasa, 18 Oktober 2011

Khairy Mempertahankan FITNAH Raba Tetek, Apa Respons Pemimpin DAP dan Lim Kit Siang?

Saya petik:

[TMI] Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluarganya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy  dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu “hipokrit” apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

“Saudara, apa yang pemimpin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit,” kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, “anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!”

“Puma & Cougar” merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

“Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!” kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, “mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama “whackalibabas” mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa “Tuhan sedang memerhatikan anda.”

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, “usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang.”

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

“Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?


“Adakah Najib/M’ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh ‘cybertrooper’ Umno?


Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib? “Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?” tulis beliau


, ,

Rabu, 8 Jun 2011

Kononnya Mahu Membodek, Namun KJ "Bocor" Rahsia Najib



Kata Khairy: “Lawatan PM ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya."

Rahsia Najib terburai. KJ yang kononnya mahu membodek, akhirnya membuka pekung Najib. 2 dalam 1. Sama macam kes lawatan ke AS, pergi atas urusan rasmi dalam masa yang sama meraikan konvokesyen anak. Kali ini...anda sambung!

 

Rabu, 1 Jun 2011

Selepas Anwar Ibrahim, Khairy Pula Muncul di Segmen Question Time Yahoo


Selepas Segmen Question Time edisi pertama bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Yahoo Malaysia akan menampilkan Ketua Pemuda UMCO, Khairy Jamaluddin dalam segmen itu. Menurut Yahoo, KJ akan muncul dalam segmen itu pada 2 Jun (Khamis) bermula pukul 11 pagi. Seperti sebelumnya, pengguna  diminta mengirimkan soalan dan soalan yang terpilih akan dijawab oleh KJ. Yahoo juga meminta pengguna tidak melontar soalan yang berupa serangan peribadi kepada KJ.

P/s: Sudah bersedia dengan soalan cepu emas untuk KJ?



, ,

Khamis, 7 April 2011

Khairy, Isteri Pemimpin Tertinggi Ada Video Seks?? WOW!

Mungkinkah imej ini dikatakan video membabitkan pemimpin Pemuda UMCO yang pernah heboh suatu ketika dahulu?

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan  kebangkitan rakyat di Timur Tengah,  media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.

Menurutnya, masyarakat dunia  kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik ‘selak kain’ yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru ‘desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.

“Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti  dengan gambar musuh politik  mereka.

“Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah,” katanya yang  mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.

Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.

“Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik,  tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik ‘selak kain’.

“Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah  yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar.

“Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara,” ujar beliau.

Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.

“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” ujar beliau.
 P/s: WOW!!! Bila UMCO mahu tubuhkan suruhanjaya diraja siasat video-video ini?


, ,

Ahad, 29 Ogos 2010

Isu Bukan Islam Masuk ke Masjid/Surau: Siapa yang Naif KJ atau Teo?


Tidak perlu komen panjang-panjang untuk menyerlahkan kenaifan Ketua Pemuda UMCO ini. Nasihat saya, cepat-cepatlah suruh bini kamu itu menutup aurat. Teo itu bukan orang Islam, bini kamu tu cucu cicit ulama, anak kepada "Imam Hadhari". Jangan jadi naif dan lebih penting jangan jadi dayus! Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy  kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata penjelasan Teo hari ini sebagai “sesuatu yang difikirkan kemudian” ekoran serangan pelbagai termasuk yang dibuat oleh Umno dan Perkasa.

“Kami tidak mahu alasan atau justifikasi. Isu ini mengenai sensitiviti agama lain,” katanya lagi.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Teo berhubung kunjungannya ke surau itu.

“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu....- Neville Spykerman

Menarik:
* Nik Aziz pertahan anggota parlimen Teo

[Bernama]...Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya....

Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.

Bagaimanapun Khairy menafikan bahawa Umno menjadikannya sebagai satu isu....

,

Khamis, 3 Jun 2010

Apalah Malang Nasibmu...(Kah Kah Kah!)

Tidak payahlah hendak komen lebih-lebih. Kebanyakan orang tahu sebab musabab Ketua Pemuda ini "dipinggirkan" dalam pemerintahan PM 1Malaysia.  Cuma, apa perasan orang UMNO apabila PM 1Malaysia lebih mengutamakan MP dan senator daripada parti komponen berbanding dengan MP daripada parti sendiri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini? Adakah kerana semangat 1Malaysia atau kerana kelansungan politik BN?

Lagi menyakitkan hati sesetengah orang UMNO apabila anak Presiden MCA yang dianggap mentah dilantik menjadi timbalan menteri. Menurut sumber berita, Najib berkata  "...pihaknya telah membuat saringan ke atas senarai mereka yang berpotensi dan mendapati Tee Yong memenuhi kriteria untuk mengisi jawatan berkenaan. "Umur tidak penting. Kita tidak memilihnya hanya kerana ayahnya presiden MCA. Kita melantiknya berdasarkan keupayaannya.”  Jadi, jelaslah yang Ketua Pemuda UMNO tidak berupaya, tidak berpotensi, dan tidak bermerit berbanding dengan anak Presiden MCA. Bekas lulusan Havard tiada potensi, bermerit, dan berupaya memegang jawatan Kabinet? Ketua Pemuda ini dilaporkan menyertai Askar Wataniah dan berita tentangnya disiarkan dalam portal-portal berita dan blog. Alahai...hina dan memalukan.

Persoalan yang harus bermain di minda KJ: Bagaimana aku mahu menjadi PM termuda Malaysia sedangkan impian untuk menjawat jawatan timbalan menteri/menteri pun tersangkut? Apa nak buat KJ, kalau orang tidak suka, hang buat macam mana pun dia buat tidak kisah. Tidak tahulah esok lusa "kasihnya" berubah arah. Tuah ayam nampak pada tajinya, tuah orang UMNO hanya PM 1Malaysia yang tahu?

Saya petik berita tentang respons pemimpin Pemuda UMNO tentang peminggiran pemimpin mereka:

[MK] Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.


Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini.

“Pemuda Kelantan berharap pada masa akan datang, kepercayaan akan diberikan kepada Pemuda untuk berada di dalam kabinet.

“Bukan bermaksud pada masa sekarang kami tidak mendapat kepercayaan, cuma pada masa akan datang, Pemuda diberi peluang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet kerana perjuangan Pemuda adalah untuk parti.


Tambahnya, rombakan kabinet yang berlaku hanyalah "satu rombakan kecil" dan tidak melibatnya komponen Umno yang besar.


"Rombakan kecil itu antaranya ekoran pilihan raya yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini," katanya....- Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli

Berkaitan:
* Anwar: MP BN tak layak anggotai kabinet Najib

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH