Apalah Malang Nasibmu...(Kah Kah Kah!)
Tidak payahlah hendak komen lebih-lebih. Kebanyakan orang tahu sebab musabab Ketua Pemuda ini "dipinggirkan" dalam pemerintahan PM 1Malaysia. Cuma, apa perasan orang UMNO apabila PM 1Malaysia lebih mengutamakan MP dan senator daripada parti komponen berbanding dengan MP daripada parti sendiri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini? Adakah kerana semangat 1Malaysia atau kerana kelansungan politik BN?
Lagi menyakitkan hati sesetengah orang UMNO apabila anak Presiden MCA yang dianggap mentah dilantik menjadi timbalan menteri. Menurut sumber berita, Najib berkata "...pihaknya telah membuat saringan ke atas senarai mereka yang berpotensi dan mendapati Tee Yong memenuhi kriteria untuk mengisi jawatan berkenaan. "Umur tidak penting. Kita tidak memilihnya hanya kerana ayahnya presiden MCA. Kita melantiknya berdasarkan keupayaannya.” Jadi, jelaslah yang Ketua Pemuda UMNO tidak berupaya, tidak berpotensi, dan tidak bermerit berbanding dengan anak Presiden MCA. Bekas lulusan Havard tiada potensi, bermerit, dan berupaya memegang jawatan Kabinet? Ketua Pemuda ini dilaporkan menyertai Askar Wataniah dan berita tentangnya disiarkan dalam portal-portal berita dan blog. Alahai...hina dan memalukan.
Persoalan yang harus bermain di minda KJ: Bagaimana aku mahu menjadi PM termuda Malaysia sedangkan impian untuk menjawat jawatan timbalan menteri/menteri pun tersangkut? Apa nak buat KJ, kalau orang tidak suka, hang buat macam mana pun dia buat tidak kisah. Tidak tahulah esok lusa "kasihnya" berubah arah. Tuah ayam nampak pada tajinya, tuah orang UMNO hanya PM 1Malaysia yang tahu?
Saya petik berita tentang respons pemimpin Pemuda UMNO tentang peminggiran pemimpin mereka:
[MK] Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.
"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.
Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.
Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini.
“Pemuda Kelantan berharap pada masa akan datang, kepercayaan akan diberikan kepada Pemuda untuk berada di dalam kabinet.
“Bukan bermaksud pada masa sekarang kami tidak mendapat kepercayaan, cuma pada masa akan datang, Pemuda diberi peluang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet kerana perjuangan Pemuda adalah untuk parti.
Tambahnya, rombakan kabinet yang berlaku hanyalah "satu rombakan kecil" dan tidak melibatnya komponen Umno yang besar.
"Rombakan kecil itu antaranya ekoran pilihan raya yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini," katanya....- Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli
Berkaitan:
* Anwar: MP BN tak layak anggotai kabinet Najib
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.