Skandal Peterporn: Tawaran Filem Lucah, Peras Ugut, Cut Nafi, 32 Video, 7 Selebriti
Gara-gara penyebaran video seks mirip Ariel-Luna Maya, pelakon lucah kelahiran Norway, Vicky Vette mempelawa Ariel Peterpen @ Peterporn dan Luna Maya merakamkan filem lucah bersama-sama dengannya. Gila.
Menurut laporan Jakarta Globe, pelakon lucah terkenal itu seolah-olah mencari publisiti selepas tersebarnya skandal seks Peterporn di internet.
Katanya, “Jika Ariel Peterporn & Luna Maya berkunjung ke Amerika Syarikat, saya mahu merakamkan sebuah lagi video seks bersama-sama dengan mereka berdua. Mungkin video itu akan menjadi hit di Indonesia juga.”
Sementara itu, dalam Jakarta Post, diberitakan bahawa Cut Tari yang turut dikaitkan dengan skandal ini telah menafikan penglibatannya secara rasmi. Biarpun sekurang-kurangnya seorang pakar IT menyatakan sebaliknya, namun Cut yang mendapat sokongan moral daripada keluarganya, menyatakan sebaliknya.
Jakarta Post turut melaporkan khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat 32 video yang akan disebarkan kepada umum. Sebelum ini, akhbar melaporkan sekurang-kurangnya ada 29 video yang memaparkan aksi seks lelaki seiras dengan vokalis Peterpen itu. Khabarnya, video-video tersebut memaparkan aksi "Ariel" bersama-sama dengan beberapa orang wanita. Tujuh daripada wanita-wanita dalam video-video tersebut dikatakan mirip selebriti Indonesia.
Semuanya berlaku selepas Ariel dikatakan telah diperas ugut berikutan komputer ribanya dilaporkan hilang. Sehingga kini, tiada wartawan yang dapat mengesahkan hal itu daripada Ariel. Pihak polis kini sedang giat menyiasat dalang yang menyebarkan video-video tersebut.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.