Lelaki ini Mahu Membunuh Osama bin Laden!
Lelaki inilah yang ditangkap oleh pihak berkuasa Pakistan di kawasan pergunungan negara tersebut ketika sedang dalam misi untuk memburu Osama bin Ladin seperti yang dilaporkan oleh AP. Namanya ialah Gary Brooks Faulkner, seorang pekerja binaan, berasal dari Amerika Syarikat. Ketika ditangkap, pihak berkuasa menemukan pedang, pistol, dan gajet untuk melihat pada waktu malam bersama-sama dengannya.
Menurut anggota keselamatan Pakistan di daerah Chitral, Muntaz Ahmad Khan, “Kami hanya tergelak apabila dia memberitahu niatnya yang mahu membunuh Osama bin Ladin.” Namun, apabila pemeriksaan lanjut dilakukan dan mereka menemukan pelbagai senjata, mereka mula mempercayai kata-kata Faulkner.
Ketika disoal siasat, Faulkner menyatakan bahawa dia cukup marah selepas serangan September 11. Katanya ”Saya yakin Osama bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah di seluruh dunia dan saya mahu membunuhnya”.
Apabila ditanya tentang harapan untuk menjejaki Osama, Faulkner menjawab “Tuhan bersama-sama dengan saya, saya yakin dapat membunuhnya.” Namun, menurut laporan media, Gary Faulkner yang kuat dengan pegangan agamanya merupakan bekas banduan yang terlibat dalam jenayah dan sering keluar masuk penjara antara tahun 1981-1993.
Untuk menjayakan misinya, Faulkner dilaporkan telah menjual segala alat pertukangannya dan menurut abangnya, Faulkner dikatakan bersedia untuk mati di Pakistan.
Menurut laporan media, Faulkner yang berusia 50 tahun telah berkunjung ke Pakistan sebanyak 6 kali dan belajar serba sedikit bahasa penduduk tempatan. Dia juga sengaja membiarkan misai dan jambangnya panjang.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.