Serangan Israel di Gaza: Kata Fidel Castro – “Keganasan Fasis Nazi”, Apa Kata PM 1Malaysia?
Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro, 83 tahun, mengutuk serangan Israel terhadap konvoi kapal Freedom Flotilla dengan mengatakannya sebagai “Keganasan Fasis Nazi”.
Katanya lagi, komando Israel melepaskan tembakan secara “menggila” ke arah aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal-kapal yang menyertai konvoi tersebut.
Beliau menulis demikian di ruangan kolumnya dalam media di Cuba.
Setelah gagal memberikan respons segera, apakah komen “lewat malam” PM 1Malaysia terhadap keganasan Yahudi? Saya tidak mahu komen panjang-panjang, saya juga tidak mahu menyiarkan di sini. Anda sudah tentu dapat membacanya dalam akhbar-akhbar tempatan.
Cerita lanjut tentang respons Fidel Castro berkaitan dengan hal ini boleh anda baca di sini.
* Saya keberatan untuk menyiarkan/mengulas berita berkaitan dengan respons pemimpin 1Malaysia tentang isu Gaza kerana: Apalah yang mampu dibuat jika penasihat mereka dalam kalangan orang Yahudi yang ada kaitan dengan Zionis?
Maaflah, saya berasakan tindakan menyiarkan berita tentang sesuatu yang dibuat hanya sekadar melepaskan batuk di tangga atau sekadar lakonan untuk mengambil hati rakyat hanyalah sesuatu yang sia-sia. Dalam hal ini, saya lebih suka mendengar kenyataan yang dibuat oleh Presiden Iran, Presiden Turki, ataupun bekas Presiden Cuba, Fidel Castro! Tegas dan meyakinkan!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.