Bekas Adun DAP Malim Nawar Sokong BN. Siapa yang Mahu Percaya Alasannya Jika...
akhbar (TMI) melaporkan bahawa bekas Adun DAP yang melompat menjadi bebas tetapi menyokong BN ini dikatakan berhadapan dengan masalah kewangan dan dikhabarkan bahawa keretanya telah ditarik kerana gagal membayar ansuran bulanan.
Sukar juga untuk kita mempercayai alasan Adun ini jika mengenangkan bahawa dia pernah mendakwa ditawarkan wang sebanyak RM20 juta oleh pihak BN agar melompat untuk menyokong mereka suatu ketika dahulu.
Berdasarkan situasi yang dihadapi, adakah anda mempercayai alasan bahawa dia melompat parti kerana untuk melindungi kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya dan untuk memastikan pembangunan yang berterusan di kawasannya lalu dia mengambil keputusan untuk menyokong Kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.
Sudah tentu, orang-orang yang berkenaan termasuk Adun ini tidak meminta orang seperti saya dan saudara untuk mempercayainya. Masyarakat sasaran mereka ialah mak cik dan pak cik serta segelintir pemuda kampung khususnya di Malim Nawar yang masih bergantung maklumat pada TV3 dan RTM, serta surat khabar arus perdana sebagai sumber maklumat. Walaupun skrip yang dibaca hampir sahaja bunyinya dengan skrip "katak" yang lain, namum mereka peduli apa! Yang penting masyarakat sasaran mempercayainya.
Jika Adun ini dikatakan bernilai RM20 juta, maka jika benar ada MP atau Adun yang melompat dengan nilai yang jauh lebih rendah daripada jumlah ini, maka anda nilailah sendiri pengkhianat bodoh tersebut.
Aduh, PKR, siapa yang kena psy-war? PR atau BN?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.