Pembaca Akhbar Komen PM 1Malaysia sebagai "...well known criminal in Malaysia"!
Berita tentang ucapan PM 1Malaysia di Parlimen berkaitan dengan tindakan Israel baru-baru ini tersebar dan diungkap dalam pelbagai akhbar di serata dunia. Walaupun dunia secara amnya tidak mengetahui betapa "lembabnya" PM 1Malaysia memberikan respons berkaitan dengan serangan Israel itu dan kontroversi kerajaan Malaysia menerima nasihat daripada APCO, namun berita itu seolah-olah menjadikan beliau wira dalam dunia Islam biarpun tidak sehebat Presiden Turki dan Presiden Iran.
Press TV yang berpengkalan di Tehran turut menyiarkan artikel: Najib Raps Israel as World Gangster. Inti pati ucapan PM 1Malaysia ini boleh anda baca dalam media tempatan.
Yang menarik perhatian saya ialah komen-komen pembaca di bawah artikel itu. Mungkin pembaca yang memberikan komen itu orang Malaysia atau rakyat negara jiran serantau dan tidak mustahil pembaca dari negara-negara lain yang mengetahui skandal yang melibatkan pemimpin di negara ini.
Seorang pembaca artikel tersebut menyatakan bahawa:
bennySeorang pembaca lagi menulis komen yang berikut:
Mon, 07 Jun 2010 16:14:54 GMT
Najib and wife are well known criminals in Malaysia.
antiwarPress TV Iran dibaca oleh puluhan atau ratusan ribu masyarakat antarabangsa setiap hari. Apakah agaknya reaksi mereka apabila membaca komen sedemikian? Apa pula kesannya kepada imej Malaysia?
Mon, 07 Jun 2010 11:44:24 GMT
Najib, please make up your mind, you are putting your people at risk by employing zionist PR firm APCO to save your bacon. Are you prepared to listen to your conscience and admit responsibility for the submarine scandal, or are you still relying on APCO to make deals to avoid a similar fate threatening Sarkozy? Islamophobic dissension is exploding at an alarming rate in Malaysia.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.