Skandal Peterporn: Khabarnya Ada 24 Video Seks yang didakwa Libatkan Ariel dengan Selebriti Indonesia
Hong Kong pernah digemparkan dengan skandal seks yang melibatkan selebriti Edison Chen dengan beberapa orang selebriti wanita termasuklah Cecilia Chung. Penyebaran gambar dan klip video pendek yang memaparkan aksi seks mereka di atas ranjang hampir-hampir meranapkan kerjaya mereka dalam bidang hiburan di Hong Kong. Malah perkahwinan antara Cecilia Chung dengan Nicholas Tse hampir berkecai gara-gara skandal tersebut. Setelah berehat panjang, artis yang terlibat dalam skandal itu kini mula membina reputasi dan aktif dalam bidang hiburan di sana.
Sejak beberapa hari ini, Indonesia pula digemparkan oleh skandal seks yang didakwa melibatkan penyanyi Peterpan, Ariel dengan selebriti Luna Maya. Klip video sepanjang hampir 7 minit itu memaparkan aksi ranjang oleh dua individu yang memiliki mirip wajah yang sama dengan kedua-dua selebriti itu. Klip video itu menjadi video muat turun terpanas di Indonesia dan di Malaysia.
Kedua-dua selebriti tersebut bagaimanapun menafikan bahawa individu yang melakukan aksi seks tersebut ialah diri mereka. Biarpun begitu, pihak Unilever yang menjadikan mereka sebagai duta produk mula mengambil tindakan untuk menurunkan iklan yang memaparkan wajah kedua-dua selebriti itu.
Hari ini, Jakarta Globe melaporkan bahawa terdapat spekulasi bahawa ada 24 video yang memaparkan aksi ranjang Ariel dengan beberapa wanita cantik di Indonesia. Walaupun bagaimanapun kewujudan video-video itu masih belum dapat dipastikan.
Dalam pada itu, polis Indonesia merancang memanggil Ariel, Luna Maya, dan Cut Tari (bekas teman wanita Ariel) untuk menyiasat kaitan mereka dengan 3 video seks yang telah tersebar.
Menurut jurucakap polis Jakarta, Snr. Comr. Boy Rafli Amar, “Kami akan memanggil mereka untuk menyiasat sama ada mereka adalah individu-individu sebenar dalam video tersebut.”
Menurutnya lagi, ketiga-tiga selebriti itu boleh dikenakan tuduhan di bawah Undang-undang Antipornografi 2008. Berdasarkan undang-unadang tersebut, ketiga-tiga selebriti itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 16 tahun.
Sementara itu, sebuah DVD yang didakwa memaparkan aksi seks ketiga-tiga selebriti tersebut mula dijual di Glodok, Jakarta Utara dengan harga Rp 40,000 (4 dolar Singapura=hampir RM10).
Sejak tersebarnya video seks tersebut, pengguna Twitter dan Facebook di Indonesia telah menggelarkan Ariel sebagai "Ariel Peterporn".
Lanjut sila rujuk laporan di Jakarta Globe.
Sumber gambar: AsiaOne
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.