Judi, Judi, Judi: Rupa-rupanya "Sudah Dimuktamadkan"!
Menurut laporan TV Selangor:
Lesen Judi Sukan: Kami Ada Kelulusan Najib, Kata Berjaya
Dalam kenyataannya yang paling tegas setakat ini, syarikat Berjaya Corporation mengesahkan ia mempunyai surat rasmi Kementerian Kewangan meluluskan lesen judi sukan, sekali gus menafikan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak kononnya lesen itu belum diluluskan.
Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, awal minggu lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pemberian lesen judi terbaru itu.
Berjaya sebelum ini mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen berkenaan untuk Ascot Sports Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Vincent Tan, pemegang saham terbesar Berjaya Corporation.
Pengesahan itu mencetuskan bantahan di seluruh negara dengan masyarakat Islam dan bukan Islam menolak pengeluaran lesen perjudian yang membawa pelbagai implikasi jenayah dan masalah sosial.
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah selain Kelantan turut mengharamkan Berjaya daripada mengendalikan operasi judi sukan di kawasan masing-masing.
Susulan kebangkitan rakyat itu, Perdana Menteri membuat kenyataan di Parlimen bahawa kerajaan kononnya tidak pernah meluluskan pemberian lesen judi sukan itu dan hanya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.
Namun dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Berjaya Corporation menegaskan ia mempunyai pengesahan rasmi dari Kementerian Kewangan meluluskan lesen perjudian itu kepada ASCOT.
Susulan itu, Vincent Tan bertindak untuk menjual syarikat itu kepada Berjaya Corporation pada harga RM525 juta.
“Kami ingin menegaskan bahawa…Menteri Kewangan (Najib) telah memberi kelulusan untuk memulihkan semua pemberian lessen perjudian sukan kepada Ascot tertakluk kepada syarat tertentu,” tambah kenyataan itu.
“Jelas Ascot mempunyai kelulusan daripada Menteri Kewangan,” tambah kenyataan itu.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom secara mengejut membatalkan sidang akhbar yang bertujuan menjelaskan kemelut mengenai pemberian lessen judi itu.
Pembatalan itu mencetuskan spekulasi bahawa Najib telah mengarahkan semua anggota Jemaah Menterinya untuk berdiam diri bersabit kontrovesi berkenaan.
Untuk versi bahasa Inggeris, sila bacanya di The Malaysian Insider: Ascot Sports has approval for sports betting, no licence yet.
Wajarkah PM 1Malaysia digelar sebagai seorang penipu kerana 3 hari sebelum Piala Dunia dia menyatakan bahawa lesen judi untuk Piala Dunia masih belum dimuktamadkan? Anda tentukan!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.