Piala Dunia Tinggal 3 Hari, Najib Kata Lesen Judi "Belum Muktamad"
Inilah politik. Hari ini lain, esok lain. Jangan pelik kalau tinggal lagi sehari, tiba-tiba lesen judi diluluskan. Hari ini PM 1Malaysia berpolitik orang "gabra", berpolitik cari undi. Esok atau lusa mungkin gementarnya hilang lalu meluluskan lesen judi sambil mencongak imbuhan yang diperoleh Vinsen Tan dan ehem...ehem..ehem.
Mungkin juga kenyataan ini hanya wayang. Di Malaysia banyak sangat wayang: wayang judi, wayang liwat, dll. Saya petik:
Belum Muktamad
[UM] – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.
“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tian Chua dalam soalannya meminta Najib menyatakan apakah asas keputusan Kabinet menarik balik lesen judi pada 2004 dan kenapa keputusan itu berubah pada tahun ini.
Beliau juga ingin tahu kenapa kerajaan memberi semula lesen judi kepada Ascot Sports tanpa melalui tender terbuka.
Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan pemberian lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula pada 11 Jun ini.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.
Keputusan kerajaan itu bagaimanapun telah mencetuskan isu hangat dan dibantah pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan Islam. - Nizam Yatim
Berkaitan:
* Najib Bohong. Hishamuddin Kata Lesen Judi Bola Sudah Lama Dikeluarkan
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.