Vatican Salahkan Fundamentalis Kristian Kerana Mewajarkan Pendudukan Israel di Palestin
Israel bukan sahaja dikecam oleh masyarakat antarabangsa, malah turut dikecam oleh pemimpin agama di seluruh dunia. Kekejaman Israel turut menarik perhatian Vatican yang mengecam tindakan pendudukan secara haram Israel di Palestin.
Dalam satu laporan akhbar yang disiarkan dalam Press TV, Vatican menyalahkan fundamentalis Kristian yang menggunakan beberapa kitab suci untuk mewajarkan pendudukan regim tersebut di Wilayah Palestin. Hirarki Kristian turut juga menyalahkan "politik Islam" dan "janji Kristian" sehingga mencetuskan pertumpahan darah di wilayah Palestin
Hal ini didedahkan dalam dokumen Vatican untuk suatu kertas kerja Persidangan Bishop Timur Tengah di Rom pada bulan Oktober lalu dan kenyataan Pope Benedict XVI ketika melawat Cyprus baru-baru ini.
Berita lanjut sila baca di sini.
tu dia. kristian pun dah sedar. x lama lagi hancurla yahudi....itu janji Allah SWT.
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Jun 09, 2010 7:01:00 PTG