Skandal Peterporn: 2 Ditahan Sebar Video
Polis Indonesia telah menahan dua orang yang dikaitkan dengan penyebaran video seks selebriti di internet. Menurut IGP, Edward Aritonang, kedua-duanya ditahan kerana disyaki sebagai pemuat naik pertama yang melibatkan tiga selebriti yang kini menjadi muat turun terhangat di rantau ini.
Biarpaun ditanya oleh media, beliau enggan memberikan penjelasan lanjut tentang tangkapan tersebut, namun menjelaskan satu media akan diadakan berkaitan dengan hal itu kemudian. Menurut sumber, kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar Bandung.
Menurut Edward, polis mengesan suspek berdasarkan penyiasatan jenayah secara saintifik. Apabila ditanya adakah pihak polis yakin bahawa kedua-dua individu tersebut merupakan dalang yang sebenar, Edwar menjawab, “Perkara itu tidak semestinya begitu. Bayangkan jika mereka memuat naik video-video tersebut daripada telefon bimbit kamu yang telah dicuri oleh mereka?”
Dalam pada itu, kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan untuk peraturan untuk menapis “kandungan negatif” daripada laman sesawang pada tahun ini.
Maklumat lanjut boleh anda peroleh di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.