[Kemas Kini] Liwat II: Sodomi Angin 2?
Blog ini ada menimbulkan persoalan: Tusukan Tiada, Air Mani Ada, Sodomi Angin?. Cerita tentang sodomi angin ini ada juga diolah semula oleh blog lain. Dalam kiriman itu, ada dipautkan berita yang mengatakan bahawa pihak pendakwa akan memanggil doktor yang dapat membuktikan adanya kesan air mani di jubur pelakon utama drama ini. Karpal Singh selaku peguam bela pula menimbulkan pertanyaan, "Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?”
Sejak kiriman itu, saya tertanya-tanya tentang gerangan doktor yang hebat itu. Rupa-rupanya doktor yang dimaksudkan itu ialah Dr. Razali Ibrahim, pakar bedah HKL. Bagi yang berminat hendak baca kiriman tentang Sodomi Angin 1 itu, bolehlah klik pautan di atas.
Drama ini seolah-olah sudah diresapi elemen misteri nusantara. Oleh itu, jangan pelik dan hairan kerana perkara-perkara misteri sememangnya menimbulkan kehairanan orang ramai.
Hari ini, Dr. Razali menerangkan kepada mahkamah:
[TMI] ...ujian sampel menunjukkan adanya air mani walaupun tiada kesan koyakan atau kecederaan pada bahagian dubur.
Ujian itu dijalankan dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.
“Dengan kesemua laporan yang ada di depan saya, saya boleh mengatakan adanya bukti penembusan walaupun tanpa kecederaan klinikal,” kata beliau lagi.
“Dengan kehadiran kesan air mani, ada bukti penembusan (di bahagian) dubur.”
[MK] ...Dr Razali berkata dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.
Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.
"Saya perhatikan terdapat lembapan."
Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.
Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.
"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.
Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmaj jabatan kimia...
Kata doktor hebat ini: “Dengan kehadiran kesan air mani, ada bukti penembusan (di bahagian) dubur.” Bagaimana jika air mani itu sengaja diletakkan tanpa penembusan zakar? Katakanlah perbuatan itu dilakukan dengan menggunakan peralatan perubatan dan sampel semen itu diletakkan di kawasan yang dikatakan oleh doktor tadi. Tanpa zakar semen tetap dapat diletakkan di situ. Oleh itu, kenyataan bahawa adanya air mani maka sudah membuktikan adanya penembusan sudah cukup untuk mempertikaikan kewibawaan saksi ini. Logik akal sudah memadai untuk mempertikaikan kenyataan saksi ini.
Oklah, kalau bukan sodomi angin, sudah tentulah drama ini melibatkan cerita liwat secara rela seperti yang dinyatakan pada fakta pertuduhan. Mustahillah pelakon utama diliwat secara tidak rela kerana doktor hebat tadi mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan klinikal. Jika perlakuan liwat ini dilakukan secara paksa, maka sudah tentulah perlakuan itu dilakukan dengan menggunakan kekerasan, dan pelakunya sudah semestilah meratah mangsa dengan rakus! Jika begitu halnya, mustahilah tiada sebarang kecederaan pada jubur pelakon utama.
Oklah, kalau bukan sodomi angin, sudah tentulah drama ini melibatkan cerita liwat secara rela seperti yang dinyatakan pada fakta pertuduhan. Mustahillah pelakon utama diliwat secara tidak rela kerana doktor hebat tadi mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan klinikal. Jika perlakuan liwat ini dilakukan secara paksa, maka sudah tentulah perlakuan itu dilakukan dengan menggunakan kekerasan, dan pelakunya sudah semestilah meratah mangsa dengan rakus! Jika begitu halnya, mustahilah tiada sebarang kecederaan pada jubur pelakon utama.
Timbul persoalan, jika rela sama rela, mengapa seorang sahaja yang didakwa? Yang peliknya, pelakon utama mengatakan sama ada dalam akhbar atau di dalam mahkamah bahawa dia diliwat secara tidak rela. Jadi, bukankah sudah cacamarba? Yang mana satu betul, sodomi angin, liwat rela, atau liwat secara paksa?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.