Ingat Cerita Makhluk Asing di Rusia? Rupa-rupanya...
Namun, kebenarannya terbongkar apabila Hilall Timur, 18, dan Kirill Vlasov, 19, yang merakamkan video penemuan bangkai makhluk asing di Irkutsk, Siberia itu mengaku bahawa bangkai tersebut bukanlah makhluk asing yang sebenar.
Menurut DM, bangkai makhluk asing itu, seperti yang diakui oleh Hilal dan Kirill, diperbuat daripada roti basi (stale bread) dan kulit ayam yang kelihatan seolah-olah seperti tubuh makhluk asing. Mereka mengakui hal ini apabila disoal siasat oleh pihak polis yang memandang kes penemuan makhluk asing itu sebagai isu yang besar.
Biarpun palsu, namun pengkaji UFO tempatan, Alex Komanov, dari Rusia UFO Research Centre berkata, "Tubuh mahkluk asing itu menarik kerana teksturnya mirip dengan entiti biologikal makhluk asing yang sebenar."
Menurut jurucakap pihak berkuasa Rusia, setakat ini kedua-dua pelajar itu belum dikenakan sebarang tindakan. Pihak berkuasa sedang mengkaji sama ada kedua-duanya melakukan pelanggaran undang-undang atau tidak.
Cover-up tuh. Itu memang mayat alien.
Comment by logorithm @ Jumaat, April 29, 2011 4:48:00 PTG