Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya....
P/s: Jadikan ikhtibar!
adoi.. zaman skang macam2 luar biasa terjadi.. tak taw nak cakap ape dah
Comment by penemuan luar biasa @ Rabu, April 20, 2011 12:08:00 PTGOk la tu at least dia admit salah dia...'kawan' saya seorang GURU sekolah rendah, rampas dan nikah dgn kekasih orang then nikah baru sebulan da hamil 3 bulan...
Comment by Zarith @ Rabu, April 20, 2011 12:38:00 PTGyang bikin panas dah la hamil anak luar nikah...dia tak nak mengaku...
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Tak mengaku tu normal la kan...tak ramai nak ngaku berak tepi jalan skung ne...tapi yang ter-paling-sangatla meloya-kan...kawan saya tu boleh pula kutuk2 orang yang tak kahwin and bangga dengan family dia...bukan nya nak muhasabah diri tapi mcm tak sedar diri plak! anyway insyallah biarlah saya lambat kahwin yang penting saya abeskan study dan kahwin mengikut cara islam...bukannya kerana terlanjur...nauzubillah min zalik...
P/s: Boleh ke kalau kita berzina -terlanjur- dianggap ketentuan allah? dan berbangga?
astagfirullah!!