Takziah Rakyat Malaysia yang Tinggal di Melaka!!!
Asyik "saya petik". Saya ubah suai berita MK.
Saya ucap takziah bukan kerana ada pemimpin yang meninggal dunia, tetapi tarif air di negeri "maju" itu dinaikkan sebanyak RM0.05-RM0. 25.
Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.
Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.
Menurutnya, tindakan itu suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.
"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.
"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.
batak gila arr.. harga air kt pulau pinang melambung x plak ko bising.. dasar berat sebelah.. kafir diutamakan..
Comment by Pejuang Revolusi 1957 @ Rabu, April 20, 2011 8:34:00 PTG