Kementerian Pelajaran PINDAHKAN Suami CIkgu Mala ke Sekolah Lain. Apa Tindakan untuk Markom?
Hari ini seperti yang diberitakan, Kementerian Pelajaran bertindak menukarkan suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman (Cikgu Mala) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, pertukaran itu kononnya sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd Mutalib, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.
Januari lalu, Maarof seperti yang dihebohkan oleh media pencacai dikatakan menyalahgunakan cuti sakit yang diterimanya akibat masalah kemurungan serius untuk menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Namun tuduhan itu dinafikan oleh doktor yang merawat Maarof. Ulasan lanjut doktor berkenaan boleh anda baca di sini.
Sementara itu, ketika dihubungi akhbar Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.
Jika begitu sikap kementerian kepada suami Cikgu Mala, apa pula tindakan kementerian kepada Markom Giran yang TERBUKTI menggunakan kuasa dan jawatannya untuk mempengaruhi, mengarahkan guru berkempen untuk BN pada PRK Tenang. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan bukti video di bawah ini:
Apa tindakan Kementerian Pelajaran terhadap Markom?
P/s: Munafik!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.