Kenyataan Media: PKR Tolak Sekeras-kerasnya Laporan Berita Harian Berkaitan Video Seks
Saya petik:
Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21 April 2011.
Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Anwar Ibrahim.
Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.
Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.
Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:
1. Mengenai empat laporan polis yang dibuat Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Mahathir dan Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?
2. Mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.
Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.
*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.