Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Ahad, 17 April 2011

Empat Negara Dilanda Gempa Bumi Semalam



Empat negara termasuk Jepun, Taiwan, New Zealand dan Australia dilanda gempa bumi pada kekuatan 5.2 hingga 6 skala Richter awal semalam dan gegarannya turut dirasai di beberapa bandar besar lapor berita Agensi. Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter dikesan di wilayah Kanto, kawasan mengelilingi ibu kota Tokyo pada jam 11.19 pagi waktu tempatan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun. 

Agensi berita Kyodo melaporkan, pusat gempa itu terletak 70 kilometer di kawasan selatan wilayah Tochigi, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.  Loji nuklear Fukushima yang terletak di utara wilayah Ibaraki melaporkan tiada masalah besar setakat ini dan air terus dipam ke reaktornya, kata Tokyo Electric Power Co (TEPCO).

Satu lagi gempa berlaku lebih awal iaitu di Pulau Honshu pada kekuatan 6 skala Richter dan gegarannya turut dirasai di Tokyo.
Di Taipei, Biro Cuaca Tengah Taiwan melaporkan gempa bumi berskala sederhana dengan bacaan 5.7 skala Richter melanda pantai timur laut pulau itu tetapi tiada sebarang kemusnahan dilaporkan. Gempa bumi itu berlaku jam 9.11 pagi di tengah laut kira-kira 250 kilometer pantai timur laut ibu negara, Taipei dengan kedalaman 140 kilometer.

Di Australia, beberapa bandar di timur lautnya termasuk Townsville, Queensland turut merasai gegaran akibat gempa bumi yang dengan 5.2 skala Richter yang terjadi kira-kira 9.6 kilometer di bawah dasar laut, kira-kira 128 kilometer dari bandar pesisir pantai itu.

Selain itu, gempa bumi dengan kekuatan 5.2 skala Richter turut melanda New Zealand bertempat di bandar Christchurch yang menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dihentikan kepada beribu-ribu rumah. Gegaran terbaru, bagaimanapun, jauh lebih lemah berbanding yang terjadi pada 22 Februari lalu yang menyebabkan 169 orang terbunuh. 

P/s: Gempa bumi semakin kerap berlaku sebagai tanda Bumi semakin tua, kiamat semakin dekat. Biarpun alam sudah tidak stabil,  namun hal itu tidak memberikan impak kepada sesetengah manusia yang masih lagi hanyut dengan segala macam maksiat dan salah laku. Yang kemaruk berkuasa sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengekalkan kuasa termasuklah menuduh orang berzina/meliwat dan mengaibkan pihak lawan.

Dari segi lain, pandai-pandailah memilih jenis kediaman rumah yang mahu anda miliki. Kalau terasa mahu membeli rumah jenis kondominium atau pangsapuri, saya cadangkan agar anda berkali-kali memikirkan keputusan itu. Saya tidak kata tinggal di rumah teres atau di rumah setingkat itu selamat, kerana anda bisa sahaja menemukan ajal di mana-mana dan pada bila-bila masa, namun tidak salah jika memilih rumah yang kurang berisiko jika berlaku sebarang musibah.

Berdasarkan kajian, kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi. Hal ini diakui oleh Penyelaras Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Taksiah Abdul Majid. Lanjut sila baca di sini.

Malaysia tidak berada di garisan gempa? Betul, namun jangan terlalu yakin saudara. Gempa bumi lazim berlaku di Indonesia, malah baru-baru ini berlaku di Myanmar dan lebih mengejutkan, namun sengaja tidak diperbesarkan ialah fakta bahawa gempa bumi kerap berlaku di negara ini terutama di kawasan Janda baik, Pahang dan Sabah dalam skala yang terlalu rendah. Oleh itu, jangan anggap Malaysia ini terselamat daripada bencana itu.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH