KANTOI: PEMANDU Akui Tukar E-mel 1Malaysia daripada Inisiatif Kerajaan kepada Swasta
Saya petik:
[MR] PEMANDU akhirnya mengakui bahawa pihaknya telah menukar projek E-mel 1Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta" dalam lamannya, setelah didedahkan satu laman internet, GreyReview. Bagaimanapun, PEMANDU mendakwa bahawa ia adalah kesilapan semata-mata.
Dalam tweeternya etp_roadmap tadi, PEMANDU meninggalkan mesej, "Hi all, we would like to clarify that we made a genuine error in the backgrounder initially. Upon obtaining clarification about the project, we decided to correct it on our website. We apologise for any misunderstanding."
Semalam, satu laman internet GreyReview mendedahkan bahawa PEMANDU secara senyap-senyap menukar projek E-mel 1Malaysia, dari projek "Government Initiative" pada 19 April, kepada projek "Private Sector Initiative" yang diterajui Tricubes Bhd pada 20 April. Malah, GreyReview menunjukkan perubahan ini melalui gambar yang diambil dengan "print screen" dari laman PEMANDU. Malah, lingkungan fungsinya turut diperkecilkan.
E-mel 1Malaysia adalah satu projek bernilai RM50 juta, diperuntukkan kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan, iaitu Tricubes Bhd. Bagaimanapun, projek ini dipertikaikan dalam ruang internet, sehingga Perdana Menteri Najib Razak perlu menjelaskan pada malam 19 April, bahawa ia adalah pelaburan sektor swasta.
Laman pada 19 April 2011Laman pada 20 April 2011
P/s: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.