[Terkini- Dikemas Kini] Drama Liwat II: Lelaki Y ialah....
Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemukan di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Menurut TMI, Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ketika ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.
“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Hal ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.
Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi, dan botol air mineral diambil.
Mudah sungguh hujahnya!!! Malang!!!
P/s: Bukan suatu yang mengejutkan kerana banyak orang sudah menjangkakan bahawa pihak pendakwa akan membuat pernyataan sedemikian. Yang mengejutkan orang ramai adalah cara pihak pendakwa dan geng berusaha menyabitkan Anwar dalam kes ini walaupun terpaksa merendahkan tahap profesionalisme dan ketinggian tahap intergriti dan kredibiliti mahkamah. Malang dan bingai!!!
* Lupakan kata-kata pihak pendakwa sebentar: Anda Mahu Kebenaran? Saya Cabar Anda Tonton Video Ini Sampai Tamat!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.