[Kemas Kini] Hukum Baca Utusan Malaysia HARAM?
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.
Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.
“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.
Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.
Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.
Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.
“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.
P/s: Jika membaca Utusan itu haram, bagaimana pula mencari makan di Utusan?
Kemas Kini (28/4):
Kemas Kini (28/4):
[UM]..."Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.P/s: Cuma pelik, UM menyiarkan berita politik tertentu yang berunsur fitnah/mengaibkan orang (berniat jahat), namun Ustaz Haron masih mempertahankannya!!! Adakah kerana beliau salah seorang rakyat Malaysia yang sanggup menghabiskan duit sekitar RM1.50 sehari untuk memastikan kesinambungan nyawa akhbar ini?
"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.
Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.
"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.