[Video] Sadis& Tragis: Askar Britain Belasah "Pemberi Maklumat" di Iraq
Sebuah klip video tersebar menunjukkan tentera Britain memukul seorang warga awam Iraq ketika membuat siasatan berkaitan dengan pembunuhan askar Britain. Kejadian yang tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk pada muka dan rahangnya. Klip video itu dirakam melalui kamera yang diletakkan pada topi keselamatan salah seorang askar terbabit.
Berdasarkan laporan media, siasatan dalaman sedang dijalankan berkaitan dengan rakaman ini. Video ini diberikan kepada The Mail pada hari Ahad oleh sumber tentera darat, yang mendakwa video itu dirakam oleh salah seorang anggota daripada bahagian risikan yang ditugaskan menyiasat pembunuhan enam anggota yang dikenal sebagai Red Caps oleh warga Iraq pada tahun 2003, iaitu sejurus selepas berakhirnya pencerobohan di negara itu.
Menurut pemberi maklumat, video itu hanyalah sebahagian daripada berjam-jam sesi soal siasat kejam yang dijalankan oleh anggota tentera bahagian risikan yang ditugaskan dalam skuad SAS di Iraq selatan pada bulan September 2003 untuk mencari pembunuh anggota Red Caps.
Rakaman yang tampaknya telah diedit memaparkan lelaki berpakaian seragam tempur tentera darat dilihat memukul dan menendang muka mangsa. Tendangan yang kuat telah menyebabkan rahang mangsa patah dan cedera teruk. Yang menyedihkan, mangsa yang jelas ketakutan merayu agar tidak dipukul dengan sedemikian sambil sesekali wajahnya merenung tepat ke arah kamera memohon simpati.
Menurut sumber tentera, rakaman video itu dirakam berhampiran dengan Laluan 6, iaitu jalan utama yang melalui Majar Al Kabir. Di lokasi itulah anggota Red Caps dibunuh pada 24 Jun 2003. Mangsa yang tidak dikenali itu didakwa salah seorang pemberi maklumat yang diupah agensi risikan tentera untuk mengenal pasti pembunuh anggota Red Caps. Dia dikatakan telah memberikan maklumat yang salah sehingga menyebabkan misi SAS di sana gagal. Tindakan ganas 3 daripada 6 anggota risikan itu dikatakan sebagai usaha membalas dendam kerana kegagalan misi mereka.
Sebahagian daripada video klip tersebut:
Video
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.