Pemilik Jari Dikenal Pasti
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Misteri penemuan 10 jari tangan dalam beg plastik putih di kawasan berhampiran Stesen Komuter Kuang, terjawab selepas pemilik jari itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, semalam.
Difahamkan, pemilik jari itu baru tiga bulan dibebaskan dari sebuah penjara di sini selepas terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar Gombak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan jari mangsa ditetak berpunca daripada pembabitan kumpulan samseng.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan sedang mengesan sama ada terdapat suspek lain yang mungkin terbabit dalam kejadian itu.
“Bagaimanapun, mangsa ketika disoal siasat polis enggan memberi kerjasama termasuk menceritakan kejadian sebenar yang menimpa dirinya,” katanya ketika dihubungi semalam.
P/s: Ngeri!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.