[AWAS] Peringatan untuk Jemaah Solat Jumaat Masjid Amru Al-As, Sentul!!!
Saya selak MK sebentar tadi. Di portal berita popular itu tersiar cerita Shazryl Eskay Abdullah mengajak DSAI melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid. Inti pati sumpah adalah DSAI merupakan pelakon video seks yang didedahkannya tempoh hari. Eskay merancang untuk melafazkan sumpah laknat itu di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.
Asgfirullahhalazim!!! Sampai begitu sekali!
Ada jurublog mengajak pembaca blog mereka menyerbu masjid yang menjadi lokasi pilihan Eskay mahu melafazkan sumpah. Sebaliknya, saya menasihati anda dan jemaah Masjid Amru Al-As, Sentul agar cepat-cepat meninggalkan kawasan masjid sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Hal ini demikian kerana anda mungkin berisiko tinggi terkena serpihan panahan kilat esok (ketentuan Allah siapa yang tahu?).
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.