Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label sumpah muhabalah. Papar semua catatan

, , , ,

Sabtu, 23 November 2013

[Video] Isu Wahabi: Dr. Asri Cabar Mufti Kedah Sumpah Laknat



Bekas Mufti Perlis dan Mufti Kedah “Berperang Mulut”

[TMI] Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencabar Mufti Kedah, Datuk Badarudin Ahmad melakukan sumpah laknat atas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya jika enggan menarik balik tuduhan sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, Badarudin dalam satu rakaman memfitnah dirinya berhubung isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad serta tidak membenarkan umat Islam solat tarawih lebih daripada lapan rakaat.

“Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan dibuat oleh Mufti Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

“Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad termasuk tentang rambutnya jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di YouTube akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan,” katanya dalam tulisan di blognya DrMaza.com.

Beliau berkata, Badarudin juga jelas memfitnahnya apabila mendawa dirinya tidak membenarkan umat Islam di Perlis solat tarawih melebih dari lapan rakaat bahkan menganggap akan masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas.

Katanya, fitnah yang amat besar oleh Mufti Kedah itu apabila mendakwa dirinya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera sambil meminta Badarudin mencari di mana kenyataan seperti itu pernah diucapkan.

“Sejak sekian lama artikel saya tersiar di blog dan media tentang solat tarawih. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi sendiri tidak pernah menetapkan bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat sehingga apabila hendak masuk waktu Subuh kemudian berwitirlah.

“Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu sumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau,” katanya. - 23 November, 2013.

Baca tulisan Dr Asri di sini.



, , , ,

Jumaat, 3 Mei 2013

[PANAS] Video Sumpah Laknat Saiful di Makkah Guna Teknik SKRIN HIJAU?




[HD] KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.



P/s: Saya sudah persoalkan hal ini semalam kerana jelas ada kejanggalan pada video tersebut. Oleh sebab saya bukan forensik visual atau seumpamanya, maka persoalan itu hanyalah persoalan semata-mata. Namun, bermula malam tadi sudah ada beberapa pihak yang membuat analisis termasuk yang disiarkan di atas.

Allah itu Maha Besar!


Kemas Kini:



Pengguna internet mula mempersoal ketulenan video laknat ini.

, , ,

Khamis, 2 Mei 2013

[Video PANAS] Senjata Terbaru BN, Video Sumpah Laknat Saiful KONONNYA Dibuat di Hadapan Kaabah, Makkah Mula Disebarkan



Blog pro-UMNO dan media perdana melaporkan bahawa Saiful Bukhari  dalam satu sidang media mendedahkan sebuah video yang memaparkan dirinya melakukan sumpah laknat mengaku diliwat oleh DSAI di hadapan Kaabah, Makkah.

Video yang saya peroleh dari blog kaki fitnah no satu Malaysia ini kononnya dirakam oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya sendiri pada 9 April 2012.

Tontonlah videonya di bawah ini. Cuba tonton video ini dengan teliti, adakah anda perasan sesuatu yang tidak kena? Sesiapa yang pandai melakukan forensik visual mungkin boleh memberikan penjelasan lanjut. Seolah-olah kaki fitnah ini tidak berada di lokasi berkenaan.



Video ini disebarkan kepada umum sejurus bapa Saiful membuat "u turn" dan mendakwa kejadian liwat terhadap anaknya benar-benar berlaku. Lebih mendedahkan agenda sebenar puak ini apabila video yang kononnya dirakamkan pada 9 April 2012 ini disiarkan dan disebarkan 3-4 hari sebelum PRU13.

Cukup-cukuplah cuba memperbodohkan rakyat dengan taktik jahat ini, rakyat sudah cerdik dan dapat menilai agenda jahat kamu semua! -DCM


P/s: Ada skrin hijau di belakang Saiful?

Siapa yang suka bersumpah?



Kemas Kini:

Sudah ada blogger yang membuat analisis tentang kepalsuan video ini. Baca di sini.

, ,

Khamis, 5 Januari 2012

[Salut] Anwar Ibrahim: “Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah.”


Saya petik:

[SH] PETALING JAYA - “Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.

Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.

Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.

Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.

“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.

“Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online.

Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.

“Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.

“Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku “Qazab” untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.

“Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat.

"Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun,” katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan.


P/s: Salut dengan pendirian tegas DSAI. 


,

Sabtu, 7 Mei 2011

Cerita Sumpah Muhabalah/Laknat. Perlu atau Tidak Anwar Bersumpah?


Cerita 1:
'Sumpah mubahalah bukan bagi kes jenayah syariah'

[MK] Timbalan Presiden Persatuan Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang berkata sumpah mubahalah hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan akidah.

Tegasnya, sumpah tersebut tidak terdapat dalam kes dalam jenayah syariah yang antaranya berkaitan dengan kes liwat atau zina.

"Tidak ada sumpah dalam kes jenayah syariah kecuali sumpah 'qasamah' dalam jenayah membunuh.

"Maksudnya, dalam satu kes pembunuhan, tidak ada orang yang melihat (insiden itu) sedangkan keluarga yang dibunuh berkata si 'A' yang membunuh.

"Maka keluarga ini boleh sumpah 'qasamah' kata si A ini yang bunuh. Itu sahaja (sumpah) yang saya jumpa dalam kitab-kitab dan buku-buku... sumpah lain tak ada. Sumpah mubahalah lagi lah tak ada," katanya.

Menurutnya, sumpah mubahalah yang dimaksudkan itu berlaku ketika Nabi Muhammad SAW yang berdialog dengan orang Yahudi dan Nasrani mengenai keesaan Allah SWT.

Katanya, kedua-dua kumpulan itu tidak mempercayainya maka Nabi Muhammad mencabar mereka untuk bersumpah laknat (mubahalah) walaupun akhirnya mereka tidak menyahut cabaran baginda.

Musa berkata demikian pada diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.

Turut dijemput sebagai panel diskusi itu tiga tokoh agama dan ahli akademik iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, pensyarah Prof Dr Ashraf Md Hashim dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria.

Siapa beri idea?
Mengulas lanjut, Musa yang juga seorang pengamal undang-undang berkata beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab "memberi idea" untuk melakukan sumpah mubahalah dalam beberapa peristiwa sebelum ini.

"Siapa yang beri idea buat (sumpah mubahalah) ini... Saya tengok (ia bermula) dalam kes (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dahulu.

"(Dalam) kes liwat atau zina, tidak ada sumpah (mubahalah). (Sumpah) yang lain adalah (yang) berkaitan dengan kes mal (harta).

"Ada banyak jenis sumpah, tetapi semuanya dalam kes mal (harta), (tetapi) bukan kes jenayah (syariah)," katanya sambil membaca jenis-jenis sumpah yang disyariatkan dalam Islam.

Mengulas mengenai isu qazaf (melempar tuduhan zina), Musa berkata orang yang dituduh berzina mestilah seorang muhsan iaitu orang yang baik dan bukannya seorang pelacur.

Kata lagi, pihak yang membuat tuduhan itu terhadap seseorang dikatakan mempunyai niat jahat sekiranya penuduh itu tidak mengemukakan empat orang saksi.

"Maka kita boleh kata dia membuat tuduhan dengan niat jahat," katanya.

Menurutnya lagi, mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan memperuntukkan orang menuduh seseorang yang melakukan zina perlu membawa membawa empat orang saksi.

Cerita 2:
Ulama, akademik kata Anwar tak perlu sumpah

[MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar tidak melayan tuntutan sumpah balas berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Menurut ahli akademik Prof Dr Ashraf Md Hashim (tengah) gesaannya itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya umat Islam berhubung isu bersumpah laknat yang berulang-kali berlaku di kalangan masyarakat

"(Pertama) kalau ikut syara' tidak perlu (bersumpah) dan ia tidak dituntut oleh syara' kerana dalam (jenayah) hudud, tidak ada sumpah.

"Tapi kalau nak sumpah juga, itu bukan syariat yang tuntut. Bagi saya, masyarakat kena didik juga, kalau bersumpah jugak nanti lepas ini orang macam tu (bersumpah) jugak.

"Sumpah, sumpah tak habis-habis. Masyarakat perlu dididik apa sebenarnya yang dituntut oleh syariat. Tapi kalau tidak dituntut oleh syariat, tak payah," katanya.

Tegas Dr Ashraf lagi gesaan itu juga ditujukan kepada parti politik tertentu supaya "keadaan yang memalukan" itu tidak mengaibkan masyarakat Islam.

"Kalau nak main politik, main cara lain lah. Kalau ini hal politik (terutama kepada) kedua-dua pihak," katanya yang juga mantan exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Pada 29 April lalu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat.

Dengan memegang senaskhah Al-Quran beliau melafazkan kata-kata berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahman irrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Memulihkan moral

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim bertanggungjawab menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan sebelum ini.

Pita video itu memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas ada cadangan supaya Anwar yang juga ketua pembangkang bersumpah mubahalah bagi "menjernihkan suasana" Ashraf berkata:

"Wallahua'lam. Mungkin jernihkan suasana sekali itu, lepas itu, si A (bersumpah), kemudian si B pulak"... tak habis-habis kita (bersumpah)".

Dr Ashraf yang juga penyelidik kanan di sebuah akademi kewangan mengulas pandangan seorang hadirin dalam diskusi 'Hukum Qazaf dan Sumpah Menurut Syari'ah' di Dewan Pembangunan Belia Islam Taman Cemerlang Gombak, petang semalam.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dihadiri kira-kira 70 orang.

Turut dijemput sebagai panel diskusi itu adalah tiga tokoh agama termasuk pengamal undang-undang iaitu Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Dr Abdul Halim El-Muhammady, wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Fauzi Zakaria dan timbalan presiden Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia (PPSM) Musa Awang.

Mengulas perkara yang sama, Musa (bersongkok) juga turut bersependapat dengan Ashraf bahawa Anwar yang juga ketua pembangkang tidak perlu bersumpah laknat seperti mana yang dituntut oleh pelbagai pihak.

"Kadang-kadang saya berfikir Datuk Seri Anwar perlu bersumpah untuk memulihkan moral, sebab moralnya sudah tercalar, orang sudah tuduh dia (berzina)

"Tetapi melihat dari segi konsep bersumpah, ia tidak perlu dilayan. Sumpah tidak perlu dibuat.

"Ini kerana, sumpah pada asalnya sudah tidak betul. Kenapa perlu menjawab sumpah yang tidak betul. (Dengan) cara dan tempat (bersumpah) tidak betul," katanya.
P/s: Orang Islam bermazhab UMCO sahaja gemar menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri.

,

Khamis, 5 Mei 2011

Eskay Sumpah Laknat Dakwa Anwar Pelaku, Tiba2 Nafi Anwar Berzina


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya,  beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. 

Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

P/s: Adakah Eskay cuba "mengalihkan" laknat yang dimintanya daripada Allah? Cuba anda baca transkrip sumpahnya: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahman irrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Semalam si konspirator video fitnah ini cuba mengubah kenyataan dengan mendakwa tidak pernah menuduh DSAI berzina, walhal sejak mula lagi Eskay dan geng berkata sebaliknya. Dasar lidah biawak!


,

Jumaat, 29 April 2011

[Kemas Kini] Akhirnya Eskay Lafaz Sumpah Laknat


Berita terkini

BH melaporkan trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI.

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Lafaz sumpahnya: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahman irrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Cuba anda baca lafaz sumpah malaon ini. Dia kata DSAI ada dalam video itu dan DSAI adalah pelaku dalam video. Pelaku apa? Mengapa Eskay tidak lafazkan secara jelas  apa yang berlaku dalam video itu?

P/s: Gila!

,

Gebang Maut: Eskay TIDAK KELIHATAN di Masjid Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul

Klik untuk besarkan imej.

Kalau anda baca blog pro-UMCO, kegagalan majlis angkat sumpah yang kononnya telah dirancang berpunca daripada kekecohan yang dibuat oleh AMK dan penyokong DSAI. Tulis mereka, penyokong DSAI berjaya menghalang majlis lafaz sumpah laknat/muhabalah Eskay.

Namun apabila kita baca berita di BH, jelas tertulis bahawa kelibat Eskay tidak kelihatan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul walaupun semalam dia bertegas mahu melafazkan sumpah laknat mazhabnya di masjid itu. Eskay diuar-uarkan akan mewakili Rahim dan Shuib untuk bersumpah di masjid itu. (Cerdik Rahim dengan Shuaib, Eskay dijadikan balaci oleh mereka. Adakah sememangnya Eskay ini budak suruhan Rahim dan Shuaib?)

Berdasarkan maklumat di blog pencacai, Eskay akan tetap melakukan sumpah itu, tetapi tiada maklumat lanjut tentang hal itu.

P/s: Adakah Eskay takut dipanah petir? Kah kah kah!

Berkaitan dengan kekecohan yang berlaku tadi, TM tidak bersetujulah dengan tindakan kurang bijak AMK berserta ketua mereka menyerbu Masjid Amru Al-As sehingga menimbulkan kekecohan. Biarlah Si Eskay itu mahu bersumpah di situ. Tindakan mereka bukan sahaja memberikan poin kepada pencacai UMCO untuk mengatakan bahawa DSAI bersalah, malah sudah tentu mewujudkan persepsi yang kurang baik di mata masyarakat. Kekecohan ini juga akan memberikan poin yang baik kepada media pencacai membuat laporan berunsur fitnah di TV dan di media cetak.



,

Khamis, 28 April 2011

[AWAS] Peringatan untuk Jemaah Solat Jumaat Masjid Amru Al-As, Sentul!!!

 
Saya selak MK sebentar tadi. Di portal berita popular itu tersiar cerita  Shazryl Eskay Abdullah mengajak DSAI melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid. Inti pati sumpah adalah DSAI merupakan pelakon video seks yang didedahkannya tempoh hari. Eskay merancang untuk melafazkan sumpah laknat itu di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

Asgfirullahhalazim!!! Sampai begitu sekali!

Ada jurublog mengajak pembaca blog mereka menyerbu masjid yang menjadi lokasi pilihan Eskay mahu melafazkan sumpah. Sebaliknya, saya menasihati anda dan jemaah Masjid Amru Al-As, Sentul agar cepat-cepat meninggalkan kawasan masjid sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Hal ini demikian kerana anda mungkin berisiko tinggi terkena serpihan panahan kilat esok (ketentuan Allah siapa yang tahu?). 


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH