Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Dr Asri. Papar semua catatan

, ,

Ahad, 3 Januari 2016

Hidang Arak, Pramugari Menangis Depan Mufti




Seorang pramugari Malaysia Airlines datang dan menangis di hadapan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung semasa bertugas.


Perkara itu diakui Asri dalam Facebook beliau, yang menyatakan rasa tersentuhnya.

“Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya.

“Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya,” tulis Asri.

Menurut Dr Asri atau lebih dikenali dengan Dr Maza dalam laman Facebook, beliau simpati dengan nasib yang menimpa pramugari tersebut.

Namun, apa yang lebih menyedihkan Asri adalah sikap rakyat di negara ini berhubung tindakan MAS itu.

“Sesetengah orang Melayu jika diberitahu ada syarikat tertentu halang wanita Muslimah memakai tudung ataupun memaksa mereka menghidangkan arak, tentu akan mengamuk sakan.

“Segala dalil dan semangat akan dihamburkan.

“Malangnya kita lupa bahawa syarikat penerbangan negara yang merupakan imej dan identiti Malaysia itu sendiri tidak membenarkan pramugarinya memakai tudung dan terpaksa menghidangkan arak,” sinis Asri.

Tambah Asri, retorik-retorik politik berbaur agama yang sering didengar di media dan bicara “ahli-ahli siasat itu” tidak setakat mana jika dilihat apa yang berlaku kepada pekerja Islam MAS.

Justeru, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyeru rakyat di negara ini memohon kerajaan agar pramugari MAS dibenarkan berpakaian memenuhi sifat pakaian wanita Muslimah serta tidak menghidangkan arak.

“Terimalah itu sebagai hak mengamalkan agama mereka iaitu Islam. Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arak. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arak, mengapa perlu kita menghidangkannya?

“Marilah kita menyokong permohonan ini kepada sebuah kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam pelbagai slogannya. Mohon mencadangkan,” kata Asri. -Malaysia Kini/3/1/16


, ,

Isnin, 16 November 2015

Mufti: PAS Patut Lebih Serius Cuba Gabung dengan Umno



PAS patut cuba bergabung dengan Umno secara lebih serius, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, PAS telah pun cuba bergabung dengan pembangkang berulang kali tetapi ternyata gagal disebabkan idealisme.

“PAS patut mencuba dengan Umno secara lebih serius.

“Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara,” katanya.


Isu kerajaan perpaduan kedua-dua parti itu muncul kembali selepas bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan presidennya Datuk Seri Hadi Awang pernah mengakui usaha itu.

Hadi menafikan dakwaan itu manakala PAS pula akan memanggil Husam memberi penjelasan susulan serangannya pada pemimpin tertinggi parti Islam itu.

Menulis di Facebook, Asri berkata alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi Umno dengan “mewujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra”.

Katanya, idea kerajaan perpaduan oleh Hadi mungkin boleh direalisasikan memandangkan kedua-dua pihak saudara seakidah yang tidak jauh berbeza daripada segi watak dan idealisme.

“PAS hari ini hampir menyamai Umno dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja,” katanya.

Katanya, Jika PAS dan Umno dapat menjadi “sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran”, mungkin banyak manfaatnya. -Malaysia Kini/16/11/15


, , ,

Isnin, 12 Oktober 2015

Mufti Perlis Sifatkan Zeti Lakukan Jihad Besar



Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.

Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.

"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.

"Itu adalah jihad yang besar," katanya di laman Facebooknya malam tadi.

Tindakan BNM membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) mendapat pujian pelbagai pihak termasuk pembangkang dan rakyat.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu minggu lalu meminta 1MDB membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan perancangannya berkaitan perkara itu kepada BNM.

Di bawah siasatannya, BNM berkata, ia merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendakinya semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

Sebagai hasil daripada siasatan, BNM mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana kesalahan di bawah ECA.

"Perlu diketahui, di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara menolak saranan BNM berhubung pendakwaan 1MDB, menyebabkan tindakan tersebut dikritik banyak pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – The Malaysian Insider/12 Oktober, 2015.

, ,

Khamis, 1 Oktober 2015

[Berita Lama - Video] Isu Pembesar Suara di Masjid: Komen daripada Dr. MAZA


BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:


“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:


“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak. - Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin/15/1/11



, ,

Sabtu, 25 Julai 2015

Usah Persenda Talak - Dr Asri



Kangar: Sikap segelintir pengamal politik yang sanggup menggunakan hukum-hakam bagi mencapai kepentingan peribadi dan politik mereka sehingga menggadaikan agama dengan alasan bahawa agama serta politik adalah selari perlu ditegah sebelum melarat kepada perkara lebih buruk.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengamal politik terbabit dilihat tidak memahami konsep pertalian agama dan politik menyebabkan ia dilihat semakin meruncing sejak terbongkarnya isu perjanjian dalaman di dalam parti politik tertentu yang memanipulasi agama bagi mencapai kejayaan dalam politik mereka.

Menurutnya, tindakan ahli politik diminta mengungkapkan lafaz perjanjian bahawa isteri mereka akan tercerai dengan sendirinya jika keluar daripada parti berkenaan dan perbuatan seumpamanya ditegah dalam Islam kerana secara tidak langsung mempersendakan hukum talak yang juga satu daripada sistem dalam syariat kekeluargaan Islam.

Katanya, walaupun talak dibenarkan dalam Islam untuk pasangan suami isteri berpisah atas sebab tertentu, namun menggunakan talak sebagai satu daripada polisi politik bagi mengelak ahli parti beralih arah daripada perjuangan mereka disifatkan sebagai tindakan yang menyeleweng. -Harian Metro/25/7/15

Lanjut di HM.


, , ,

Sabtu, 4 Julai 2015

Mufti: Jutaan Hilang Tetapi Masih Terlepas


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengeluh berhubung penguatkuasaan undang-undang dalam negara yang menyaksikan pesalah berat terlepas begitu sahaja.

Sebaliknya, kata Asri, pihak yang terlibat dalam jenayah kecil pula ditahan polis dan diheret ke penjara.

“Kusimpati pada wajah seorang warga yang ditahan polis kerana tidak membayar saman motosikalnya.

“Kusedih seorang yang diheret ke penjara kerana mencuri setin susu untuk anaknya.

“Tapi kuhairan mereka yang dikaitkan dengan kehilangan laksa dan juta harta kita masih tersenyum bergaya dan tiada siapa yang menahan dan mengheretnya untuk dibicara,” katanya.

Beliau tidak mengatakan secara langsung siapa yang dimaksudkannya tetapi ia secara kebetulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilanda kontroversi baru.

Wall Street Journal (WSJ), sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013. - Malaysia Kini/6/7/15


, ,

Khamis, 25 Jun 2015

Orang Dakwa ‘Mimpi Nabi’ Bersifat Riak - Mufti Perlis


Mereka yang suka mendakwa bermimpi jumpa dengan Nabi Muhammad tertipu dengan perangkap syaitan sehingga mendatangkan sifat riak, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, mereka yang membuat dakwaan sebegini sering memiliki tujuan tertentu seperti menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak atau aliran tertentu serta tujuan politik kepartian.

"Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi," tulisnya dalam laman Facebook hari ini.

Komen itu dipercayai sebagai respons terhadap kiriman Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Perak.

Asri berkata, syaitan tidak boleh meniru ataupun menyerupai Nabi, namun syaitan boleh menyerupai yang lain untuk disangka Nabi datang dalam mimpi mereka.

"Lalu ada kalangan mereka yang tertipu itu mendakwa di depan orang ramai untuk satu kemasyhuran diri ataupun riak mereka bermimpi Nabi.

"Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit daripada suntikan syaitan dan mereka jatuh ke dalam perangkap syaitan," katanya.

Mokhtar, yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Agong, menulis pengalamannya, dan berkata antara hiburan Allah kepada mereka semasa dalam tahanan ialah mimpi indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah. Sepanjang 3 tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi didatangi Saidina Umar Alkhattab," tulis ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadam posting tersebut selepas ia mengundang sindiran pengguna media sosial lain. – The Malaysian Insider/25 Jun, 2015.

, , , ,

Isnin, 11 Mei 2015

Mufti: Majlis Fatwa TIDAK Bincang TH Beli Tanah


Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji (TH), kata Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin.

Asri berkata demikian sebagai respons kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Abdul Shukor Husin, yang memberitahu satu sidang akhbar bahawa urusan jual beli kontroversi itu adalah sah dan mematuhi syariah.


"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini," tulis Asri di laman Facebook.

Pada hari Sabtu, Shukor memberitahu pemberita bahawa dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu.

Sidang akhbar itu diadakan oleh TH untuk menjelaskan pembelian tanah darI 1MDB yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pada hari Rabu, sebuah blog membocor dokumen yang mendakwa TH membeli tanah 1MDB dalam usaha untuk membantu 1MDB yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion.

TH didakwa membeli tanah itu pada harga RM2,773 setiap kaki persegi (psf), manakala 1MDB dilaporkan membeli tanah daripada kerajaan hanya pada harga RM64psf.

TH kemudiannya mengesahkan bahawa ia membayar RM188.5 juta untuk membeli 1.56 ekar daripada 70 ekar tanah milik 1MDB.

1MDB telah membeli keseluruhan 70 ekar itu daripada kerajaan pada harga RM194.1 juta.

TH telah dilaporkan berkata bahawa ia akan mematuhi arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjual tanah tersebut. -Malaysia Kini/11/5/15


, , ,

Ahad, 10 Mei 2015

Tabung Haji: Mufti Perlis desak Mereka yang Terlibat Dibawa ke Mahkamah


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa supaya pihak yang terbabit dalam urusan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dibawa ke mahkamah pengadilan.

Dalam tulisan di laman Facebook peribadinya, Dr Mohd Asri berkata satu perbicaraan yang mengembalikan hak rakyat jelata hendaklah dilaksanakan.

Katanya, golongan agama tidak boleh mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini kerana apa yang berlaku boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini.

"Di sinilah tanggungjawab amar makruf dan nahy munkar mesti ditunaikan.

"TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," tulis beliau.

Dr Mohd Asri berharap semoga satu siasatan telus yang dapat membawa pihak yang mengkhianati amanah rakyat ke muka pengadilan.



Tulisan Dr Maza di laman Facebook peribadinya yang mendesak mereka yang terlibat dalam urusniaga pembelian tanah bernilai RM188.5 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh TH dibawa ke mahkamah pengadilan.

Sebelum ini, ketika awal isu pembelian tanah oleh TH dari 1MDB ini menjadi perhatian, Dr Mohd Asri menggesa pemimpin utama negara dapat memberi satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat dalam isu tersebut.



Semalam, pengerusi TH dalam sidang medianya menegaskan institusi tersebut telah memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Ekoran pengumuman yang dibuat oleh Abdul Azeez itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan semalam mendakwa penjelasan yang dibuat oleh pengerusi TH itu hanya hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.


DAP pula berpendapat penjelasan yang dibuat oleh TH semalam tidak memadamkan hakikat perjanjian itu dianggap langkah penyelamatan (bailout).

Manakala PAS pula mendesak supaya supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu pembelian tanah bernilai RM188.5 juta itu.


-AstroAwani/10/5/15


,

Selasa, 24 Mac 2015

Umat Islam Boleh Persoal Hudud yang Mahu Dilaksanakan oleh PAS - Mufti Perlis



Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan.

Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau "ijtihad" lain.

"Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.

"Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas," kata Asri dalam satu kenyataan di laman blognya semalam.

Beliau berkata, umat Islam perlu mengetahui perincian undang-undang syariah itu kebanyakannya tidak wujud dalam Al-Quran mahupun Sunnah.

Tambahnya perincian mengenai hudud mungkin terdapat dalam beberapa nas (dalil) tetapi dari segi perbincangan hukum fekah, ia boleh diandaikan pelbagai tafsiran.

"Ini yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian).

"Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar," katanya.

Oleh kerana terdapat pelbagai tafsiran dalam nas tersebut, terdapat perbezaan dalam perincian hukum seperti kadar curian, ‎suasana undang-undang itu dilaksanakan dan sama ada taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, kata Asri.

‎Pada masa sama, beliau menegaskan pendiriannya menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud tetapi mahu kerajaan PAS itu memberi ruang agar enakmen syariah itu dikaji semula pakar perundangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya, tindakan mengkaji semula enakmen tersebut adalah wajar agar kerajaan Kelantan tidak mengulangi kegagalan pelaksanaan hudud yang pernah berlaku di negara lain seperti di Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan.

‎"Yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang dibuat oleh mereka, katanya.

Asri berkata, Kelantan di bawah pentadbiran PAS harus mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan kekejaman undang-undang seperti berlaku di bawah pentadbiran Taliban dan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

"Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.

Selepas DUN Kelantan meluluskan pindaan hudud, seorang penyampai radio BFM, Aishah Tajuddin diugut bunuh dan rogol di media sosial kerana dituduh mempersendakan hukum Islam dalam sebuah klip video YouTube.

Aishah bagaimanapun berkata beliau tidak berniat mengkritik hudud, dan hanya mempersoalkan keutamaan kerajaan Kelantan ketika masalah pasca banjir di negeri itu masih belum selesai. – The Malaysian Insider/24 Mac, 2015.

P/s: Ada perbezaan antara pendapat, persoal dengan tindakan mengkeji, menghina, dan merendahkan hudud.


, , ,

Selasa, 21 Oktober 2014

Ulama Putar Belit, Ampu Seperti Anjing Jelirkan lidah - Dr Asri


[The Malaysian Insider] Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu. 

Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. 

“Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat. 

“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com. 

Asri berkata anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya, seperti juga ilmuan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia. 

Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain. 

“Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. 

“Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. 

“Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain,” katanya. 

Semalam, bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata program "I Want To Touch A Dog" anjuran umat Islam di Selangor satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama. 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali. 

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian. 

Katanya jika ulama berpegang atas prinsip ilmu, mereka akan mendapat kemuliaan, namun jika gopoh dengan silauan tawaran dunia, samalah golongan itu seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. 

“Ya, ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. 

“Namun walau apa pun keadaannya, mereka tidak boleh menyeleweng fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah. 

“Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia,” katanya. 

Asri berkata beliau bukanlah menyokong kempen menyentuh anjing seperti yang digambarkan media tertentu, namun hanya bercakap dari dimensi teks Islam berkaitan anjing dan bukannya mengenai kempen berkenaan. 

Katanya apa yang cuba dibangkitkan hanyalah untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. 

“Saya tidak menyatakan sokongan atau pun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. 

“Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China. 

“Jika saya ingin menyokong atau pun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini,” katanya. -21/10/14


P/s: Kadang-kadang pelik apabila orang ramai mempolemikkan perkara seperti ini. Isu manusia bukan muhrim bersentuhan baik dalam perhubungan mahupun dalam filem tidak dipolemik sedemikian rupa. 

Baru-baru ini dilaporkan seorang artis memeluk dua orang wanita dalam sebuah filem - seorang wanita yang belum berkahwin dan seorang lagi sudah bergelar isteri orang. Mengapa hal ini tidak dipolemikkan walhal dosa dan mudaratnya sungguh besar baik dalam agama mahupun dalam institusi masyarakat? Tiad mufti atau agamawan/ahli politik yang berani menegur tindak-tanduk mereka.


Berkaitan:

Asri: Jangan Lupa 'Ulama' Perangai Macam Anjing

[Malaysia Kini] Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu.

Merujuk sepotong ayat al-Quran, tokoh agama itu menjelaskan ayat tersebut telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah demi kepentingan dunia sepertimana anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya," katanya dalam laman Facebooknya.

"Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain," tegasnya lagi.

Ulama pengampu

Dr Mohd Asri membidas tindakan ulama yang “mengampu mempertahankan kesalahan pihak yang diampu” dan mencari kesalahan pihak musuh dengan pelbagai dalil.

"Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama.

"Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain," katanya.

Memetik sepotong ayat al-Quran lain yang mengingatkan ancaman azab Allah terhadap ulama yang menyembunyikan kebenaran, Dr Mohd Asri yang mengakui bahawa ulama bukan malaikat atau nabi yang maksum.

Bagaimanapun, felo Universiti Oxford itu berkata ulama tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah walau apa jua keadaannya.

"Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

"Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

"Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," katanya.

Seperti panda, tak jelas...

Sementara itu, mengulas kontroversi acara menyentuh anjing kelmarin, Dr Mohd Asri berkata tulisannya sebelum ini tidak bermaksud menyokong kempen itu, walaupun media didakwa menggambarkan demikian.

"Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan? Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.

"Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini," katanya. -21/10/14



,

Khamis, 24 Julai 2014

[Video] Cuba Dengar Ceramah Kazim Elias tentang Nabi Jamu Roti Jala, Apa Kata Dr Asri?


Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

[Mstar] PETALING JAYA: Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.


Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. - Feride Hikmet/23/7/14


P/s: Cuba dengar ceramahnya. Adakah dia sekadar menyebut hal itu sebagai contoh atau sebaliknya?


Apa kata Dr Asri?




, , , ,

Jumaat, 4 Julai 2014

Ku Nan Mahu Bersihkan KL daripada Pengemis, Bekas Mufti Perlis Tuntut KL Bersihkan Pusat Hiburan

Sekadar hiasan.
[The Malaysian Insider] Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.

Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.

"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.

Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.

"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.

"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.

Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya. – Mohd Farhan Darwis/ 4 Julai, 2014.


, , , ,

Selasa, 10 Jun 2014

Dr Maza Jawab Ustaz Kazim Elias Mengenai Isu DNA Babi



[FB] SAYA terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.

Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Berkaitan:

Ustaz Kazim Sangkal Fatwa Al-Qaradawi DNA Babi Ditransformasi Halal Digunakan

[AA] KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menolak fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal digunakan jika ia ditransformasikan menjadi bahan lain.

Dalam satu laporan oleh Sinar Harian pada Ahad, Kazim berkata umat Islam perlu berpegang teguh kepada ketetapan agama yang digariskan oleh mazhab dimana selama ini ia menjadi ikutan kepada umat Islam di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," katanya.

Menurut beliau, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan satu isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

Pada Sabtu lalu, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong pandangan Dr Yusuf Al-Qaradawi bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan. -Arfa Yunus/9/6/14




, ,

Isnin, 5 Mei 2014

[BIADAP] Ulama Muda UMNO Samakan Muslimah Bantah GST Seperti PELACUR, Dr Asri BANTAH!


[TMI] Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.


Gambar diambil dari laman Facebook Abu Amru Radzi Othman, 5 Mei, 2014.Pada laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.

"Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.


"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap," katanya seperti yang dipetik dalam ‎laman Facebook itu.

Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak memahami bahasa Melayu.

"Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab," kata Mohd Asri.

Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.

"Budaya maki hamun ini sangat merbahaya," katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.

"Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.

Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Dalam statusnya Abu menulis, "siapa yang terasa adalah jahil budaya" yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.

Katanya lagi, ‎mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.

"Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka," katanya.

Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.

"Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati lantas marah," katanya.

Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk Shahnon Ahmad.

Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.

"Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri," katanya.

1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. – 5 Mei, 2014.


,

Selasa, 15 April 2014

[Wajib Baca] Bolehkah Bacaan KUAT Selain AZAN di Majid atau Surau? - Prof Madya Dr Mohd Asri



BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN

[DrMaza.com] Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri: 

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. 

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya: 

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: 

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak. - 15/4/14/ Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin


, , , , , ,

Selasa, 11 Mac 2014

[Video] Aksi "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Menilik Lokasi MH370





Berkaitan:

Bekas Mufti Tegur Guna Bomoh Cari MH370

[MK] Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "satu kerja bodoh", Asri berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.

“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.

“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya. - 11/3/14


Respons Menteri Agama:


, ,

Selasa, 25 Februari 2014

Dr. Asri: Mana RM1 Bilion Duit zakat?


[MK] Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau. -25/2/14


, , ,

Ahad, 1 Disember 2013

Dr Asri: Kerajaan Jujur, Bersih Rasuah seperti Selangor Layak Naik Gaji



[Selangorku] SHAH ALAM 30 NOV : Anggota pentadbiran kerajaan yang jujur, bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mengikut perspektif Islam, beliau berkata, langkah itu mampu membendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dari terjebak dalam rasuah.

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.

“Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan selain gaji mereka semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sesebuah kerajaan negeri harus terlebih dahulu mengkaji sama ada kenaikan itu memberi kesan negatif dari sudut ekonomi kepada rakyat.


“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor.

“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah,” katanya.

Dr Asri berkata, langkah menaikkan gaji sama ada pemimpin negeri atau negara untuk mengelakkan rasuah bukan baru, malah ia dipraktik di Singapura dan negara maju lain.

Katanya, tuduhan kenaikan itu tidak wajar kerana ada rakyat masih berada di bawah paras kemiskinan tidak timbul kerana ia memudahkan pemimpin membantu golongan sedemikian.

“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya bagi juga, tidak banyak sedikit.

“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari,” katanya.

Sebaliknya, Profesor Madya Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, berkata kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak adil kepada rakyat jika gejala rasuah berlaku dalam pentadbiran negeri.


“Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati,” katanya.

Dr Asri berkata, wang rizab Selangor yang ketika ini hampir mencecah RM3 bilion pula mampu memberi manfaat besar kepada segenap lapisan rakyat.

“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat,” katanya. -EZY FZL- 30/11/13


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH