Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Ustaz Kazim Elias. Papar semua catatan

,

Khamis, 24 Julai 2014

[Video] Cuba Dengar Ceramah Kazim Elias tentang Nabi Jamu Roti Jala, Apa Kata Dr Asri?



Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

[Mstar] PETALING JAYA: Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.


Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. - Feride Hikmet/23/7/14


P/s: Cuba dengar ceramahnya. Adakah dia sekadar menyebut hal itu sebagai contoh atau sebaliknya?


Apa kata Dr Asri?




, , , ,

Selasa, 10 Jun 2014

Dr Maza Jawab Ustaz Kazim Elias Mengenai Isu DNA Babi



[FB] SAYA terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.

Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Berkaitan:

Ustaz Kazim Sangkal Fatwa Al-Qaradawi DNA Babi Ditransformasi Halal Digunakan

[AA] KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menolak fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal digunakan jika ia ditransformasikan menjadi bahan lain.

Dalam satu laporan oleh Sinar Harian pada Ahad, Kazim berkata umat Islam perlu berpegang teguh kepada ketetapan agama yang digariskan oleh mazhab dimana selama ini ia menjadi ikutan kepada umat Islam di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," katanya.

Menurut beliau, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan satu isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

Pada Sabtu lalu, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong pandangan Dr Yusuf Al-Qaradawi bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan. -Arfa Yunus/9/6/14




,

Rabu, 4 Disember 2013

Baca Alasan Kazim Tolak Jawatan MT UMNO


[SH] SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu di hadapan 2,000 orang yang menghadiri ceramahnya di Taman Ria di sini malam tadi, pendakwah itu berkata beliau juga mahu menumpu pada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat Pendidikan Al-Barakah di Jalan Maxwell, Ipoh.

"Saya tidak mahu dilabel oleh orang ramai mendapat bantuan Umno dengan menerima jawatan MT," kata Mohammad Kazim yang menemui Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin lepas selepas perdana menteri dan presiden Umno mengumumkan pelantikannya itu baru-baru ini.

Mohammad Kazim berterima kasih atas tawaran perdana menteri itu namun tetap dengan keputusannya untuk tidak menerimanya.

"Saya dah bercakap dengan perdana menteri. Saya ini milik rakyat Malaysia dan bukan milik parti politik. Pengikut kuliah saya lebih suka saya bebas walaupun menyokong agenda perdana menteri yang berusaha memartabatkan Islam," katanya dalam ceramah itu.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 November lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. - 4/12/13

P/s: Adakah ini alasan sebenar?

,

Kazim Elias Tolak Pelantikan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO


[AA] KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dilaporkan telah menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Menurut laporan Utusan Online, beliau membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam sebuah program ceramah agama di Taman Ria, Sungai Petani di Kedah, malam tadi.

Ustaz Kazim dijangka akan mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar hari ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT.

Pendakwah bebas terkenal itu bagaimanpun menjelaskan, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Menurutnya, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau turut mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS kelmarin. - 4/12/13


,

Sabtu, 30 November 2013

[Video] Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO

18 Mei 2013

(Umum bersara ceramah mulai 28 November 2013 atas alasan...)


29 November 2013




P/s: Sudah dirancang atau kebetulan? 

Hahahaha Kazim oh Kazim!!!

Patutlah...


Macam mana Ahli PAS boleh jadi MT UMNO? 


Sokong UMNO pula?



Respons Si Yeob ini di FB:


Mudah-mudahan Si Yoeb ini nampak jalan kebenaran.


Sabtu, 18 Mei 2013

Ustaz Mesra UMNO, Kononnya Diugut Bunuh Kerana Ceramah, Tetapi Tunggu 6 Bulan Baru Hendak BERSARA


Kredit: Omakkau
[HM] Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.



P/s: TM tidak menuduh, tetapi perbuatan mengada-mengadakan cerita atau menipu ini berdosa. 

Berdasarkan laporan HM di atas, banyak perkara yang boleh dipertikaikan.

Misalnya, blog Omakkau menyebut:

IKUT HUKUM AKAL LOGIKLAH.. KALAU BENAR-BENAR DIA BERASA TAKUT DENGAN UGUTAN BUNUH MENGAPA PERLU TUNGGU SEHINGGA 6 BULAN BARU NAK BERHENTI MEMBERIKAN CERAMAH..

BELIAU MEMBERITAHU ADA ORANG DATANG SENDIRI KERUMAHNYA DAN PUSAT PENGAJIAN MILIKNYA DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA...TAPI TIADA LANGSUNG DICERITAKAN BELIAU SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS...SUDAH PASTI DIA CAM ORANG YANG DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA.

MASUK AKAL KE?.. SEORANG PENDAKWAH AKAN BERHENTI BERCERAMAH HANYA SEKADAR KENA FITNAH DAN DAN DICERCA?????..PENDAKWAH JENIS APA DIA NI???

JANGAN CARI PUBLISITI MURAHAN... RAKYAT BUKANNYA BODOH... JANGAN NAK HINA RAKYATLAH...CAKAPLAH YANG CERAMAH ANDA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
SEBENARNYA DALAM TEMPOH 6 BULAN INI NAK LIHAT RESPON DAN TINDAK BALAS DARI RAKYAT SAMA ADA CERAMAH ANDA AKAN MENDAPAT SAMBUTAN ATAU SEMAKIN SURAM.. ITU SAJA BEB!!!


Siapa Ustaz mesra UMNO ini? Rajin-rajinlah menyelongkar senarai kiriman blog Manjong Mari. Banyak juga cerita menarik tentang adik kepada bekas ADUN UMNO di Perak ini di blog itu. Mungkin klip ceramahnya di sini dapat memberikan gambaran awal tentang dirinya.

Cuba tonton video ini. Adakah ustaz ini bercakap tentang Islam yang sebenar? Adakah kata-katanya benar & bebas daripada fitnah? Anda nilaikan sendiri.




P/s: Pendakwah di negara lain bukan setakat diugut, dipukul malah dipenjarakan dan dihukum mati oleh pemerintah yang zalim. Adakah kesengsaraan dan penderitaan itu melemahkan semangat mereka? Semangat mereka untuk menegakkan hukum Allah itu tidak pernah luntur, malah semakin berkobar-kobar. Respek saya untuk mereka, begitu juga untuk pendakwah di negara kita yang ditekan dan ditindas oleh pihak tertentu semata-mata untuk menyatakan kebenaran.





,

Selasa, 14 Mei 2013

[Video] Dengarlah Ustaz UMNO Bicara Soal Hudud





P/s: Ustaz ini kata jangan main-main hukum Allah, cuba dengar semula hujah ustaz ini. Dia juga bersekongkol dengan golongan yang menghina dan menolak hudud.

Cuba tonton klip ini pula:




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH