Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label bomoh. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 27 April 2015

Kes Cabul: Bomoh Sentuh Kemaluan Pesakit Guna Pisau




ALOR SETAR - Seorang bomoh tergamak mengambil kesempatan mencabul seorang pesakitnya menggunakan pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata, mangsa seorang perempuan Melayu berumur dalam lingkungan 20-an.

Menurutnya, wanita itu yang bekerja sebagai kerani swasta dari Jitra bersama-sama ibu serta ahli keluarganya pergi ke sebuah rumah flat di kawasan Alor Setar pada Ahad lalu kira-kira jam 8.30 malam.

“Tujuannya untuk berubat secara tradisional kerana ahli keluarganya mendakwa mangsa kena sihir.

“Semasa proses perubatan dijalankan, mangsa mendakwa bomoh berkenaan meletak keris berdekatan kemaluan dan buah dadanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, kelmarin.

Mohd Nashir berkata, bomoh itu juga didakwa meraba-raba di merata tubuhnya walaupun tidak disukai mangsa.

“Bomoh itu juga menyentuh kemaluan wanita terbabit dengan menggunakan pisau.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar pada Rabu lalu sekitar jam 9 malam,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pada jam 5.15 petang semalam seorang lelaki Melayu berumur dalam pertengahan 50-an ditangkap polis di rumahnya di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya. -Sinar Harian Online/27/4/15


, ,

Selasa, 21 April 2015

Bakal Pengantin Dirogol Bomoh Konon Mahu Bantu Pulih Dara



PETALING JAYA: Seorang bakal pengantin dirogol oleh seorang bomoh yang ditemui untuk membantu memulihkan daranya.

Wanita berusia 22 tahun itu bertemu dengan bomoh berkenaan kerana bimbang tunangnya mendapat tahu dirinya sudah tidak mempunyai dara lagi.

Sebaliknya, bomoh berusia 53 tahun itu mengambil kesempatan dengan bertindak merogol wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa merupakan seorang setiausaha dan bakal berkahwin pada bulan ini.

Pada 27 Mac lalu, mangsa pergi mendapatkan bantuan seorang bomoh di Semenyih bagi memulihkan daranya.

“Mangsa takut untuk berhadapan dengan malam pertamanya, sekiranya bakal suami enggan bersama apabila mengetahui dia pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara kepada mangsa,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

“Dia (bomoh) memberitahu kepada wanita tersebut boleh menghantar video aksi ghairahnya, menyentuh badannya atau melakukan hubungan seks,” katanya.

Mangsa memilih cara yang pertama.

“Wanita itu mengirimkan tiga video kepada bomoh terbabit. Bagaimanapun, dia memilih cara kedua kerana tidak mahu mengirimkan lagi video berkenaan.

“Mangsa bertemu suspek pada kira-kira pukul 7.20 malam pada 16 April lalu di sebuah pondok dekat Bukit Broga,” kata Abdul Rashid.

Mangsa pada mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu menyentuh badannya.

“Sebaliknya, bomoh itu merogolnya,” katanya, sambil menambah mangsa membuat laporan polis pada malam yang sama kejadian berlaku.

Suspek turut ditahan pada hari yang sama.

“Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis mengenai bomoh itu pada 27 Mac lalu, pada hari mereka bertemu.

“Wanita itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi sambil memegang tangannya yang membuatkan dia bernafsu,” katanya.

Bomoh itu direman sehingga Selasa dan disiasat kerana merogol. – Nicholas Cheng/MStar/21/4/15

,

Jumaat, 17 Oktober 2014

Kunci Nafsu


[Sinar Harian] PASIR PUTEH - Kerana cemburu, sebilangan manusia sanggup bertindak kejam dan di luar batasan agama dengan menggunakan perkhidmatan bomoh bagi mengunci nafsu sehingga mangsa hidup menderita.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hafiz Nor mendedahkan, akhir-akhir ini beliau lebih banyak mengendalikan kes seperti itu yang dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Katanya, bagaimanapun kaedah memasukkan bahan dalam makanan dan minuman tidak lagi popular kerana sihir itu boleh dituju kepada mangsa dari jarak jauh tanpa perlu sentuhan fizikal.

Menurutnya, terdapat kes yang mana isteri muda mengenakan sihir menggunakan bantuan bomoh ke atas suami sendiri kerana didorong perasaan cemburu kepada isteri tua.

"Mangsa yang terkena sihir ini menjadi tidak bernafsu kepada mana-mana wanita dan lebih teruk, ada dalam kalangan mangsa mengalami sakit pada kemaluan serta seluruh badan berkudis.

"Dalam kes lain pula, ada sihir yang membuatkan suami dilihat jijik dan busuk oleh isteri sendiri. Semua ini dilakukan kerana manusia tidak berpegang teguh kepada agama," katanya.

Tambahnya, terdapat juga kes yang mana mertua mengenakan sihir ke atas menantu kerana kurang bersetuju dengan perkahwinan anaknya.

"Menantu akan jadi tawar hati dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Lebih parah apabila menantu (perempuan) tidak diberikan nafkah zahir dan batin," jelasnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah, di sini, semalam.

Mohd Hafiz berkata, rawatan menggunakan ayat al-Quran dilihat berkesan membuka semula nafsu yang dikunci menggunakan sihir, bagaimanapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

Tegasnya, sentiasa mendekati ALLAH SWT merupakan sesuatu yang perlu dilakukan kerana ALLAH SWT berkuasa atas segala-galanya.

"Ada sihir bertujuan 'menipu pandangan' menyebabkan orang disihirkan dilihat hodoh atau menakutkan sehingga ada satu kes yang mana anak kecil menangis kerana tidak mahu didekati ibu sendiri," katanya. -17/10/14


, , ,

Rabu, 12 Mac 2014

Usaha Guna Bomoh Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam - Jakim

Bomoh Ibrahim Mat Zin (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini untuk melakukan upacara ritual kononnya membantu usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.
[Bernama] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.

"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - 12 Mac, 2014



, , , , ,

[Video & Gambar ] Aksi Kedua "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Menilik Lokasi MH370


)



Sudah ramai yang memberikan komen tentang hal ini di media sosial. Ada yang mengaitkan aktiviti bomoh ini dengan perkara khurafat dan ada juga yang mengutuknya kerana mencemarkan imej Malaysia. Bagi mereka, ritual yang dilakukan oleh bomoh ini amat memalukan dan tidak terfikir oleh akal.

Selain orang awam, aksi bomoh, Ibrahim Mat Zin ini turut dipandang serius oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaludin dan Fathul Bari. Mereka mahu JAKIM mengambil tindakan terhadap bomoh ini. Laporan lanjut tentang hal ini boleh anda baca di sini

Yang sadisnya, aksi ritual bomoh ini serta pembantunya turut disindir oleh masyarakat antarabangsa. Misalnya:





Apa kaitan bomoh ini dengan UMNO? Lihat gambar:




P/s: Aksi pertama bomoh ini serta komen Dr Asri boleh ditonton dan dibaca di sini.


Berkaitan:

Bomoh Guna ‘Permaidani Ajaib’, Air Zam-zam, Kelapa Cari Pesawat Hilang


Bomoh Ibrahim Mat Zin menggunakan kelapa ketika mengadakan sesi ritual mencari pesawat MH370 di KLIA, Sepang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.

[TMI] Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi Sabtu lalu.

Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi ritual buat kali kedua itu semalam.

Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.

Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai dan video sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi 25 saat tersebar.

"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada pemberita, dipetik daripada Mstar Online.

Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi.

Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. – 12 Mac, 2014.


, , , , , ,

Selasa, 11 Mac 2014

[Video] Aksi "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Menilik Lokasi MH370





Berkaitan:

Bekas Mufti Tegur Guna Bomoh Cari MH370

[MK] Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "satu kerja bodoh", Asri berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.

“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.

“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya. - 11/3/14


Respons Menteri Agama:


, ,

Selasa, 3 September 2013

Bapa Mentua BERAHI Terlampau

Sekadar hiasan.

Bapa Mentua Serakah

[HM] Kuantan: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.

Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk merawat penyakit.

Mangsa ketika itu baru bernikah dengan anak lelaki suspek awal September tahun lalu.

Sumber berkata, lelaki terbabit menyuruh wanita berkenaan menuruti kaedah rawatan berkenaan dengan memberikan alasan berubat, namun mangsa enggan berbuat demikian.

“Bagaimanapun, seminggu selepas kejadian itu, lelaki terbabit sekali lagi memujuk mangsa, namun kali ini dia memaklumkan perlu melakukan hubungan seks kerana ia sebahagian kaedah rawatan tradisional dipraktikkannya,” katanya.

Menurutnya, mendengar kaedah rawatan yang perlu dilaluinya itu, mangsa terkejut dan enggan mengikut arahan bapa mentuanya.

“Namun, lelaki terbabit terus memujuk mendakwa seorang biras kepada menantunya (mangsa) juga pernah melalui kaedah rawatan sama dan dia (biras) melakukan persetubuhan dengan bapa mentuanya itu.

“Selepas menceritakan perkara itu, lelaki terbabit mengajak menantunya melakukan persetubuhan dan ia berlaku selepas tiga kali warga emas berkenaan melakukan kaedah pelik itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membenarkan bapa mentuanya melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar kepercayaan mahu mengubatinya dan berlarutan sehingga Mei lalu.

Katanya, mangsa menyedari dia dijadikan hamba seks bapa mentua dan enggan lagi melayan permintaan lelaki terbabit melakukan hubungan seks setiap kali tinggal bersendirian.

Tidak tahan perlakuan bapa mentuanya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran ditemani adik-beradiknya, 29 Ogos lalu Difahamkan, suspek melarikan diri selepas mangsa membuat laporan dan sehingga kini belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. - 2/9/13


, ,

Jumaat, 24 Mei 2013

"Ustaz" Dicari untuk Selesai Kes Rogol


[SH] ALOR SETAR – DAP cawangan Bakar Bata akan mengedarkan sebanyak 15,000 keping poster gambar seorang lelaki yang digelar ‘ustaz’ untuk membantu dalam siasatan kes rogol seorang murid perempuan tahun enam, dua tahun lalu.

Penyelarasnya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, tujuan penyebaran gambar tersebut adalah bagi membantu pihak polis segerakan siasatan.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlarutan. Media massa pun sudah menyiarkan gambar lelaki berkenaan menerusi akhbar dan televisyen. Sekarang ini, sudah setahun lebih, tidak nampak satu perkembangan pun berhubung kes itu.

“Kita bukan nak salahkan polis, cuma kita harap mereka lebih serius menyelesaikan kes melibatkan rogol bawah umur,” katanya.

Menurutnya, poster berkenaan juga akan diedarkan ke setiap cawangan dan pusat khidmat PR di seluruh Kedah.

“Kita juga akan edarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh Kedah untuk turut sama membantu mengesan individu berkenaan.

“Dengan menggunakan kaedah seperti ini, kita yakin orang ramai dapat membantu polis untuk mengesan lelaki berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia turut sedia menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada mangsa rogol berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan, bolehlah segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada 23 Disember tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tahun enam hidup dalam trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, di sini, sejak awal tahun 2011.

Difahamkan, lelaki berkenaan cuba mengambil kesempatan itu selepas mendakwa mangsa mempunyai penyakit misteri kerana terdapat batu dalam badan dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan turut mengesahkan bahawa polis memang sedang menyiasat kes berkenaan.



, ,

Selasa, 2 Oktober 2012

Orang Indonesia Dakwa Berjaya Tangkap Toyol, Cuba Lihat Gambarnya


Gambarnya di atas, berita berkaitan di bawah ini.

[DetikNews] Jakarta Percaya atau tidak, terserah Anda. Warga Kelapa Gading mengaku menangkap makhluk halus jenis tuyul. Lelembut yang biasa bertugas mencuri uang itu ditangkap menggunakan ember berisi air dan kepiting.

Penangkapan tuyul itu dikisahkan Jejen, anak pemilik warung nasi yang menemukan tuyul, Dedi Kusmadi, pada Kamis 6 Mei 2010 lalu pada pukul 23.00 WIB.

"Disediain air dalam ember terus di dalamnya dikasih kepiting. Katanya sih buat mancing. Terus habis itu tiba-tiba sudah masuk ada ke dalam botol tuyul itu," ujar Jejen yang ditemui di Kompleks Pergudangan BGR, Jl Kelapa Gading Raya, Jakarta Utara, Rabu (19/5/2010).

Menurut Jejen, Dedi meminta bantuan anak temannya yang berusia 11 tahun yang mempunyai 'ilmu'.

Lantas bagaimana penampakan tuyul itu? "Kecil, seperti aura, cahaya warna kuning... tapi kelihatan ada mata, ada tangan, ada kaki," jelas Jejen yang masih remaja itu.

Keluarga Jejen sendiri mengaku tak pernah kehilangan uang. Informasi yang didapatnya, tuyul itu sebelumnya 'beroperasi' di sebuah pusat belanja di Kepala Gading, yang merupakan kawasan elite di Jakarta Utara.

Penangkapan tuyul itu sempat menyedot perhatian warga sekitar. Warga berdatangan untuk menyaksikan makhluk dalam botol itu.

Lain Jejen, lain pula dengan pengakuan tetangganya, Bu Suroto, yang mengaku sering kehilangan uang sedikit demi sedikit.

"Kalau saya lumayan sering kehilangan uang, tapi dikit-dikit gitu. Misalnya tiba-tiba berkurang Rp 15 ribu," jelasnya.

Bahkan 3 hari lalu, uangnya yang disimpan di dalam dompet yang diletakkan di dalam lemari juga berkurang.

"Duit saya pertama saya hitung ada sejuta terus nggak lama, duitnya tinggal Rp 900 ribu," imbuhnya.

Bu Suroto juga mengisahkan, suaminya yang sering tidur malam di luar sering melihat anak kecil keluyuran malam-malam.




,

Rabu, 19 September 2012

Bomoh Nikah Batin Didakwa





[Kosmo] SEREMBAN - Seorang lelaki yang diberkas berhubung dakwaan memperdayakan wanita untuk tujuan seks dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Bon jaminan itu dikenakan terhadap Mohd. Sombas Abdullah, 48, sementara menunggu keempat-empat pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan dibacakan terhadapnya pada 9 Oktober depan.

Di Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Sombas dikenakan bon jaminan RM12,000 dengan enam penjamin kakitangan awam atas tiga kesalahan mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad mengeluarkan perintah bon jaminan tersebut bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah.

Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor mengenakan bon jaminan RM3,000 terhadap Mohd. Sombas dengan dua penjamin kakitangan awam.

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bomoh itu disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks.

Pendakwa Syarie Kanan, Wan Mohd. Helmi Masran dan Zulzaidi Mahmod dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengendalikan kesemua kes yang dikenakan terhadap tertuduh manakala Mohd. Sombas tidak diwakili peguam.

Mohd. Sombas yang sudah berkeluarga gagal membayar bon jaminan tersebut. Tiada ahli keluarga tertuduh kelihatan di mahkamah. Malam tadi tertuduh ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai sebelum dia kemudian ditahan di penjara.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini kelmarin.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.
 
Laporan lain di sini.
 
 

,

Selasa, 18 September 2012

Susulan Kes Bomoh Perdaya Pesakit untuk Seks

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanita.

Ahmad Husaini menunjukkan kitab yang digunakan bomoh terbabit dalam upacara nikah batin.

[SH] SEREMBAN – Bernikah secara batin dan perlu melakukan hubungan seks selama 100 hari. Itulah syarat ditetapkan seorang bomoh terhadap pesakit wanitanya bagi mengubat penyakit dihadapi.

Bomoh berusia 48 tahun mengenakan caj RM200 terhadap pesakit dan dipercayai melakukan pukau sebelum menjalankan upacara pernikahan.

Dengan memegang sebuah kitab suci al-Quran, bomoh berkenaan akan memegang tangan pesakit dan mengucap akad 'Aku nikahkan dikau dengan aku berserta fidyah’.

Bagaimanapun, tindakan bomoh warga tempatan itu terbongkar apabila dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah pesakitnya di Kampung LB Johnson, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bomoh terbabit ditahan sebaik saja selesai bernikah batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah kesihatan.

Serbuan diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah bersama 15 anggotanya hasil risikan dan maklumat orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, ketika serbuan, bomoh bersama pasangannya itu berada dalam bilik hanya memakai pakaian dalam dipercayai mahu melakukan hubungan seks, selepas upacara nikah batin selesai.

"Upacara nikah batin dilakukan bomoh berkenaan tanpa saksi. Dia hanya menggunakan kitab suci al-Quran dan diikuti bacaan mantera.

"Pesakit dikenakan bayaran untuk setiap upacara nikah batin. Selain membaca akad dan mantera, pesakit perlu melakukan hubungan seks bersama bomoh itu selama 100 hari sebagai syarat untuk menyembuhkan penyakit,” katanya.

Menurutnya, bomoh berkenaan sudah mempunyai isteri dipercayai datang dari Kuala Lumpur dan berasal dari negara jiran, namun mendapat kerakyatan di negara ini.

"Dia datang ke rumah wanita yang tinggal bersendirian itu kononnya mahu mengubati penyakitnya," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, semalam.

Ahmad Husaini berkata, bomoh yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai sudah lama bergiat aktif dalam kegiatan tidak bermoral itu.

“Dia cuba mengaburi mangsa dengan mendakwa mampu menyembuh penyakit dan dipercayai menggunakan ilmu pukau supaya mangsa berada dalam keadaan tidak sedar ketika upacara itu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, bomoh tersebut kini ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

“Dia akan didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 enakmen yang sama kerana menggunakan ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat dan melarikan gadis untuk tujuan seks," katanya.

Menurutnya, JHEAINS percaya terdapat beberapa individu lain yang terlibat dan sedang mengenal pasti mangsa yang pernah dinikahinya sebelum ini, termasuk di negeri-negeri lain.

Laporan awal di sini.



,

Isnin, 17 September 2012

Pengamal Perubatan "Islam" Dicekup Ketika Cuba Ehem-ehem dengan Pesakitnya

Sekadar hiasan

[Bernama] SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.

"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.

"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.

Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.

Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.

Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. 



P/s: Apa ayat tok bomoh ini sampai membuatkan pesakitanya, yang sudah berkahwin cair dan sanggup melakukan seks dengannya? Bingai punya pesakit!!!




, ,

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kononnya Mahu Buang SIAL, Akhirnya Wanita Diperkosa Lelaki Berahi


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.
Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.

“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


P/s:  Bingai!




, ,

Sabtu, 1 Oktober 2011

Bomoh Cabul Pesakitnya yang Menghidap Barah

ISA dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Kangar semalam selepas didakwa atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan yang hendak mendapatkan khidmat rawatan barah payudara daripadanya.
Saya petik:

Seorang pengamal perubatan tradisional berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atas dakwaan mencabul seorang pesakitnya pada Ogos lalu.

Isa Man, 67, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, Isa dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik rumah bernombor 188, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 10.30 malam 21 Ogos lalu terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika menjalankan rawatan di bilik tersebut.

Mangsa yang datang bersama nenek dan ayah saudaranya telah menemui tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara yang dialaminya.

,

Khamis, 18 Ogos 2011

Syarat Bomoh Sial: Wang atau Tubuh, Syarat untuk Apa?


Saya petik:

LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
[HM] KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita.

Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.

Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.

“Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas.

“Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya,” katanya.

P/s: Bomoh tersebut sudah tentu keparatnya. Yang bodohnya, wanita-wanita yang mudah percaya terhadap kemampuan kelentong si bomoh itu. Bingai!

,

Sabtu, 2 Julai 2011

Ingat Pak Ustazz Cabul Budak Bawah Umur di Bilik Mandi? Cerita Susulan di Sini


Saya petik:

[SH] BUKIT BESI - Seorang imam surau berstatus ustaz yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes mencabul kehormatan seorang pelajar sekolah menengah dekat sini minggu lalu, bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret sebaik mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa raya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asistan Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwa raya dan kes setakat ini disiasat mengikut seksyen 377c/354 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis buat sementara waktu setelah arahan tahanan reman ke atasnya berakhir hari ini, dan dia akan dituduh dalam masa terdekat sebaik mendapat arahan pihak pendakwa raya.

Sinar Harian 28 Jun lalu melaporkan, seorang imam yang kemaruk seks sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar perempuan ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan terkena gangguan makhluk halus itu.

Perbuatan terkutuk yang dipercayai berlaku antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari itu dipercayai terbongkar apabila mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya sebelum satu laporan polis dibuat ke atas suspek.

Berikutan laporan itu, penduduk sekitar juga difahamkan turut terkejut dengan perbuatan terkutuk yang dipercayai melibatkan orang dihormati di kampung terbabit. 



,

Selasa, 28 Jun 2011

Pak Ustazz Cabul Budak Bawah Umur di Bilik Mandi


Saya petik:

[SH] DUNGUN – Seorang ustaz sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan pernah mengalami gangguan makhluk halus itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Bukit Besi, dekat sini antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari 25 Jun lalu, ketika pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah di Bukit Besi itu sedang menerima rawatan daripada suspek, yang juga difahamkan seorang bekas guru al-Quran di kampungnya.

Sebelumnya, suspek diundang oleh bapa mangsa untuk melakukan proses pemulihan setelah anak gadisnya itu dikatakan terkena gangguan makhluk halus.

Ustaz terbabit yang kononnya tahu bab-bab agama dan ilmu halus difahamkan telah memulakan rawatan di ruang tamu.

Detik hitam itu bagaimanapun bermula apabila suspek mengarahkan mangsa ke bilik air untuk melakukan proses mandian, kononnya untuk membuang bala.

Bapa mangsa yang turut berada di situ mulai rasa sangsi setelah suspek dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk merawat mangsa di dalam bilik air.

Bagaimanapun ketika berada di bilik air, mangsa yang diarahkan mandi dalam keadaan berkemban itu dikatakan telah dinodai oleh suspek yang berlagak alim itu dengan mencabul kehormatannya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan separuh sedar kerana difahamkan masih belum pulih daripada terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik selesai rawatan, mangsa terus keluar dari bilik air dan menyendiri di bilik tidur, manakala suspek pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Tembelang suspek yang difahamkan sering menjadi imam di salah sebuah surau di kampung berdekatan bandar Bukit Besi itu mulai terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada ibu bapanya.

Mangsa diiringi bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Besi keesokan hari, sebelum suspek ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor (gambar) mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah. 

P/s: Apalah bingainya bapa budak yang menjadi mangsa pak ustazz berahi ini?!! Dia membenarkan si bomoh itu memandikan anak gadisnya yang dalam keadaan berkemban! Bingai!!!


, ,

Khamis, 16 Jun 2011

Lelaki Mati Minum Berbalang Air Diminta Bomoh Wanita

sekadar hiasan.

Saya petik:

[Bernama] KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Marang, di sini malam tadi.

Lelaki berumur 26 tahun itu dihantar ke rumah bomoh berkenaan oleh bapanya untuk berubat pada 7.45 malam, dan bomoh wanita berusia 43 tahun itu, kemudian memaklumkan bahawa pesakit itu terkena buatan orang.

"Semasa rawatan, bomoh itu menyuruh mangsa meminum beberapa balang air sebelum menyumbat mulutnya dengan hos sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Setelah itu, bomoh tersebut memberitahu bahawa dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh bapa mangsa membawa anaknya itu ke hospital," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, sebaik dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 12.30 tengah malam, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.

Ekoran laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 2.15 pagi, polis menyerbu rumah bomoh itu tetapi dia bersama suaminya, yang berusia 33 tahun dan berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah melarikan diri.

Manoharan berkata dalam serbuan itu polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk merawat mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi mana-mana balai polis.
P/s: Bodohnya!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH