Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 3 Jun 2014

Pegawai JAKIM Sedia Makan Coklat Cadbury Untuk Buktikan Produk Halal




[AA] KUALA LUMPUR: Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

"JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini."

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury. -3/6/14

P/s: Wow, bertuah sungguh Cadbury dan pemegang-pemegang sahamnya!!!



, ,

Kata JAKIM, Cadbury Bebas BABI dalam Ujian Terbaharu, Siapa Pemegang Saham Cadbury?


[TMI] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.

Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.

Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.

Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.

Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.

"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.

Jakim menghantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan kesemuanya disahkan tidak memiliki DNA babi.

"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.

Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.

"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.

Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.

"Orang ramai perlu memahami kita tidak boleh terus mengambil tindakan terhadap Cadbury apabila tidak ada bukti kukuh," kata Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim baru-baru ini. - 2/6/14


P/s: Siapa pemegang saham dalam Cadbury? 

Hal ini menjadi persoalan selepas seorang pemimpin PKR mendakwa Felda sebagai antara pemegang saham terbesar dalam Cadbury. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pihak Felda dengan menyatakan bahawa Felda hanya memegang 9.87% saham Cadbury.

Bagi menyokong kenyataan itu, portal Feldavoice turut melampirkan paparan skrin SSM yang menunjukkan pemegang saham Cadbury Confentionery Malaysia Sdn Bhd. Selain Felda, syarikat itu turut disokong oleh Boustead Holding, Trebor Basset Limited dan Cadbury Schweppes Overseas Ltd.

Walaupun bukan sebagai pemegang saham terbesar Cadbury, jelas dipaparkan di bawah Felda adalah antara pemegang saham minoriti dan jika benar produk Cadbury ada unsur babi maka sudah tentu Felda juga ada "saham" dalam hal ini.



Berkaitan:

Pengguna Masih Ragui Cadbury 

[FMT] Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pagi tadi mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut.

Mohamad Zairi Yaacob, 25, mempersoalkan sama ada sampel yang diambil terus dari kilang oleh Jakim itu merupakan dari stok sama yang sebelum ini dikatakan mengandungi DNA babi.

“Sampel di ambil dari kilang, adakah telah dirancang lawatan tersebut? Kemungkinan pengusaha sudah menukarkan kandungan coklat. Yang penting di pasaran, sebab itu yang dibeli oleh pengguna.

Lagi satu, coklat yang telah ditarik balik hari tu nak tahu juga statusnya. Adakah dilupuskan atau dikitar semula, atau dipasarkan di negara bukan Islam, atau tetap dipasarkan dalam negara tapi degan label nonhalal/tiada sebarang label?,” komen Mohamad Zairi.

Pegawai ekskutif komunikasi korporat Nurul Izwanie Hashim, 26, pula berkata dia masih meragui status halal produk Cadbury tersebut.

Masih meragukan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial itu yang berfikiran berbeza.

Mohd Farwalis Bakri berkata “Tak salah makan babi kalau tak tahu,” manakala Mohd Fadzli Farid pula secara berjenaka berkata “Cadbury sedap, aku tak dapat nafikan,”.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan oleh Jakim.

“Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian,” Jamil Khir dipetik sebagai berkata dalam laman portal The Malaysian Insider.

Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi atau porsin dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015. -2/6/14




, , ,

Rabu, 12 Mac 2014

Usaha Guna Bomoh Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam - Jakim

Bomoh Ibrahim Mat Zin (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini untuk melakukan upacara ritual kononnya membantu usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.
[Bernama] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.

"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - 12 Mac, 2014



,

Rabu, 21 Disember 2011

JAKIM Tidak Siar Nama Premis GAGAL Akur Sijil Halal. Adakah JAKIM Menjaga Kepentingan Peniaga Melebihi Kepentingan Pengguna?


Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak bercadang menghebahkan premis perniagaan yang gagal dalam Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, keputusan dibuat bagi mengelak orang ramai daripada keliru terhadap status halal premis itu.

“NCR dikeluarkan setelah Jakim melakukan pemeriksaan dan mendapati premis berkenaan tidak memenuhi syarat dalam beberapa perkara,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini semalam, ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.

Mashitah berkata, Jakim akan mengadakan perbincangan dengan premis berkenaan dan memberi tempoh supaya tindakan pembetulan boleh dilakukan.

Menurutnya, langkah juga diambil dengan meluluskan pelantikan­ 45 jawatan secara kontrak untuk menambah kepakaran Jakim dalam membuat analisis produk halal dan dalam pelbagai bidang lain seperti farmaseutikal, kosmetik dan juga bioteknologi.


P/s: Saya rasa banyak orang yang tidak bersetuju dengan tindakan JAKIM kerana dalam hal maklumat halal dan haram, pengguna harus diutamakan. Mengapa JAKIM tidak mahu menyiarkan premis yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan untuk memperoleh sijil halal? Adakah JAKIM bertindak begitu kerana mahu melindungi kredibiliti dan kerugian premis perniagaan yang terbabit? 

Apabila JAKIM bertindak sedemikian, samalah juga langkah yang diambil oleh JAKIM dan pihak berkaitan ketika membuat serbuan ke kilang atau ke premis pengeluaran makanan. Walaupun disahkan premis itu tidak ada sijil halal dan makanan yang dikeluarkan mengandungi bahan kimia terlarang, namun nama syarikat dan kilang dirahsiakan daripada masyarakat umum. Mengapa kita perlu melindungi nama premis yang mengkhianati kepercayaan masyarakat? Malangnya, itulah polisi yang diambil sejak dahulu lagi.

Dalam soal halal atau haram, pensijilan halal dan tanda halal perlu juga dikuatkuasakan untuk produk/barangan bukan makanan. Hal ini berdasarkan kes pengunaan bahan berasaskan babi/haiwan yang membabitkan produk seperti kosmetik, kasut, beg tangan, berus cat, dan sebagainya. Bukankah lebih baik jika pihak berkenaan mewajibkan semua produk diletakkan tanda halal. Hal ini penting kerana soal haram bukan sahaja membabitkan makanan, dan bukan sahaja membabitkan babi.



, , , ,

Sabtu, 10 September 2011

Hajjah Sitt Lahanat Terus HINA Allah SWT,Islam, Nabi Muhammad, Agong, JAKIM Tolak Memorandum, Enggan Bertindak

Sekumpulan penggodam mendakwa wanita ini ialah Hajjah Sitt laknatullah!

Pada 7/9/2011, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Jingga 13 telah menghantar memorandum kepada SKMM dan JAKIM. Memorandum itu  mendesak pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan drastik terhadap manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kumpulan NGO ini terdiri daripada sukarelawan, pengguna facebook, dan jurublog.

Menurut laporan blog Milo Suam, memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari. Memorandum itu diterima dengan baik oleh seorang pegawai yang mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, namum memaklumkan kepada NGO itu bahawa perkara tersebut akan dibawa kepada pihak pentadbiran atasan.

Salinan memorandum yang telah dihantar kepada SKMM itu boleh dilihat di sini.

Selepas itu, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi JAKIM di Putrajaya kira-kira jam 2:30 petang. Yang menyedihkan, pihak Jingga 13 diminta menunggu pegawai jabatan itu untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tidak kunjung tiba, sebaliknya polis yang dihantar menemui wakil Jingga 13.

Pihak polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak JAKIM tidak mahu menerima memorandum yang dimaksudkan kerana perbuatan betina murtad laknatullah itu bukan di bawah bidang kuasa agensi itu. Sampai begitu sekali budi bicara JAKIM dalam menjaga kesucian dan kemurnian Islam sebagai agama rasmi di negara ini? Kita tertanya-tanya tentang fungsi JAKIM. Rujuk di sini untuk membacanya.

Kita persoalkan sikap JAKIM kerana agensi agama di negara ini begitu pantas bertindak terhadap musuh politik pemerintah. Isu  agama yang bermotifkan politik sengaja ditimbulkan, adakalanya sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik pemerintah, namun dalam hal yang benar-benar menjatuhkan kesucian dan martabat Islam, pihak yang kononnya mahu menjaga kepentingan Islam enggan bertindak dengan alasan yang sungguh remeh.

Mereka menjerit terlolong apabila Kristian mahu menggunakan nama "ALLAH", namun seolah-olah merelakan perbuatan betina murtad ini menghina dan mencaci Allah, Islam, Nabi Muhammad tanpa berselindung di Twitter, Facebook, dan blog.

Agensi agama di sesetengah negeri pula bertindak atas kepentingan politik apabila menghalang tokoh politik dan agama untuk menyampaikan tazkirah di masjid-masjid. Mereka mengherdik dan membidas ahli politik bukan Islam berkunjung ke surau dan masjid sehingga tindakan itu membuatkan orang bukan Islam menjauhi Islam. Mereka menggunakan kuasa yang ada demi kepentingan tuan mereka, namun BACUL, MENIKUS, SAMBALEWA, apabila berhadapan dengan musuh Islam yang sebenar!

Berdasarkan maklumat di Twitternya, betina lahanat ini sudah mengirimkan lebih 1000 tweet, manakala lebih 700 orang mengikuti akaunnya. Setiap tweet yang dikirimkan di laman itu mengandungi kata-kata cacian dan makian kepada Allah, Nabi Muhammad, Islam, dan terkini YDP Agong.


Makian dan cacian betina lahanat ini semakin menjadi-jadi apabila pihak yang diberi tanggungjawab lambat dan enggan bertindak.


Sampai bila PENGHINAAN yang melampau ini akan dibiarkan oleh pihak berkuasa? - DCM


P/s: Soalan cepu emas: Perlukah laporan orang ramai bagi membolehkan pihak berkuasa seperti  KDN, PDRM, agensi agama, dan SKMM bertindak sedangkan  penghinaan ini sudah menjadi pengetahuan umum pihak berkuasa terbabit?




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH