Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Tengku Adnan Mansor. Papar semua catatan

, , , ,

Jumaat, 4 Julai 2014

Ku Nan Mahu Bersihkan KL daripada Pengemis, Bekas Mufti Perlis Tuntut KL Bersihkan Pusat Hiburan


Sekadar hiasan.
[The Malaysian Insider] Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.

Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.

"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.

Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.

"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.

"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.

Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya. – Mohd Farhan Darwis/ 4 Julai, 2014.


,

Khamis, 23 Januari 2014

Jenis Kereta Mungkin Menjadi Penentu Sama Ada Boleh Atau Tidak Beli RON95 Selepas Ini....


RON95 Harga Subsidi Akan Dihadkan Kepada Yang Layak Sahaja – Tengku Adnan

[The Star] PETALING JAYA – Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.”

Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.

“Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi,” katanya.

Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

“Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya,” katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.

“Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara,” katanya. -23/1/14


P/s: ...atau anda mungkin perlu membawa resit gaji atau buku bank untuk isi minyak RON95.  Jika tidak, apa mekanisme yang akan digunakan untuk mengenal pasti orang miskin atau kaya? Siapa yang bakal memeriksa hal ini? Adakah Malaysia akan menggubal undang-undang yang boleh menghalang orang membeli minyak tertentu?

Kalau kangkung, kangkung juga!!!


, ,

Sabtu, 20 April 2013

[Video] Husam Hilang Wang Deposit di Putrajaya? Tonton Video Ini Dulu Tengku Adnan!



Beberapa hari lepas, Tengku Adnan Mansor dilaporkan mengadakan solat hajat, tahlil, dan doa selamat bersempena dengan pencalonannya di kerusi Parlimen Putrajaya menentang Datuk Husam Musa dalam PRU13. Beliau sebelum ini didakwa tidak pernah mengadakan solat hajat besar-besaran untuk menentang calon daripada parti lawan.

Selepas menunaikan solat hajat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme". Buku yang dicurigai kesahihan kandungannya itu  kononnya dapat menjadi modal politik untuk mempengaruhi undi penduduk di Putrajaya. 

Selain itu, Tengku Adnan cuba memperlekeh kehadiran Husam dengan mengatakan bahawa Husam orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya.   Namun, berdasarkan beberapa tindakannnya itu,  kehadiran Datuk Husam jelas mampu menggugat kerusi selamat BN di Putrajaya. 



Pada hari  penamaan calon, Tengku Adnan dengan sombong berkata bahawa dia yakin Datuk Husam akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Datuk Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.

Sebelum menilai kata-kata Tengku Adnan, tontonlah video yang merakam suasana hari penamaan calon Datuk Husam di Putrajaya. Puluhan ribu rakyat Putrajaya bersedia menguburkan karier politik Tengku Adnan di sana. Kehadiran rakyat yang luar biasa pagi tadi memberikan harapan yang cerah kepada Datuk Husam untuk membuat kejutan dengan merampas kerusi Parlimen Putrajaya kali ini. In sha Allah! -DCM


TUMBANGKAN BN & UMNO!



Penyokong UMNO di Putrajaya





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH