Jenis Kereta Mungkin Menjadi Penentu Sama Ada Boleh Atau Tidak Beli RON95 Selepas Ini....
RON95 Harga Subsidi Akan Dihadkan Kepada Yang Layak Sahaja – Tengku Adnan
[The Star] PETALING JAYA – Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.”
Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
“Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi,” katanya.
Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
“Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya,” katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.
“Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara,” katanya. -23/1/14
P/s: ...atau anda mungkin perlu membawa resit gaji atau buku bank untuk isi minyak RON95. Jika tidak, apa mekanisme yang akan digunakan untuk mengenal pasti orang miskin atau kaya? Siapa yang bakal memeriksa hal ini? Adakah Malaysia akan menggubal undang-undang yang boleh menghalang orang membeli minyak tertentu?
Kalau kangkung, kangkung juga!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.