Duit Petronas: Anwar guna RM3billion, Najib guna RM70 billion, Pak Lah...
[FMT] SEREMBAN: Tokoh muda PKR, Rafizi Ramli mendakwa dedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991 hingga 1998 hanya menggunakan RM3 bilion duit Petronas setiap tahun untuk perbelanjaan kerajaan.
“Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sebelum dia kena dipecat pada tahun 1998, tiap-tiap tahun Anwar hanya ambil duit Petronas RM3 blion sahaja untuk perbelanjaan kerajaan.
“Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (dalam tempoh menjadi Perdana Menteri) menggunakan RM237 billion dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan).
“Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak 2009, tiap-tiap tahun kerajaan Barisan Nasional ambil RM70 billion setahun dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan),” jelas Rafizi yang juga ahli parliman Pandan.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata jika kerajaan kata tidak ada wang itu tidak betul kerana pendapatan negara lebih dari mencukupi.
“Minyak itu hasil rakyat, milik rakyat. Kamu boleh ambil untuk kamu bermewah dengan macam-macam projek kamu buat. Tapi untuk bagi 20sen, 30 sen satu liter (minyak) kepada rakyat, kamu berkira besar.
“Sebab itu kalau dia (kerajaan) kata tak ada wang, itu tidak betul, kerana jumlah wang yang dikutip daripada cukai rakyat cukup tinggi, jumlah wang yang diperah dari Petronas cukup tinggi.
“Soal kewangan pendapatan (negara) tidak cukup itu tidak betul,” katanya di hadapan lebih 500 orang diceramah penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan kerajaan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.
Bajet 4B
Dalam ceramah yang bertajuk ‘GST mencekik rakyat’ itu, Bekas Pengurus Bank Negara dan Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakop pula menyifatkan bajet kerajaan umumnya adalah Bajet 4B.
“Saya panggil bajet kerajaan sebagai Bajet 4B sebab boros, bazir, bocor dan berhutang.
“Perbelanjaan lebih kurang RM264 bilion tetapi pendapatan negara sekitar RM224 bilion. Maka defisit setiap tahun ialah RM40 bilion.
“Dah 16 tahun negara alami defisit. Dah 16 tahun belanja lebih dari hasil. Dia (kerajaan) beritahu kita hutang negara ketika ini RM500 bilion.
Itu pun dah besar.
“Yang sebenarnya hutang negara dianggarkan dah mencecah RM600 bilion.
“Yang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pinjam, yang kerajaan tanggung jaminan dia, tak terkira dalam hutang negara.
“Saya jangka pada tahun 2020, hutang negara mungkin akan mencecah RM1 trilion,” kata Dr Rosli.
Dua jabatan digaji tapi fungsi sama
Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (DAP) pula mempertikaikan bagaimana kerajaan boros dengan menggajikan dua jabatan kerajaan untuk membuat kerja yang sama.
“Malam ini kita ada kawan-kawan dari cawangan khas (Polis DiRaja Malaysia). Kalau ada ceramah memang ada cawangan khas. Cawangan khas ini biasalah, kawan baik kita. Tetapi ada satu lagi jabatan yang membuat kerja yang sama iaitu Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas).
“Kenapa kerajaan membayar gaji kepada dua jabatan sedangkan dua pasukan ini membuat kerja yang sama, iaitu menyalurkan infomasi tentang aktiviti Pakatan Rakyat kepada kerajaan.
“Di Negeri Sembilan contohnya ada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan ada 36 pegawai Jasa. Saya lebih rela menaikkan gaji kawan-kawan cawangan dan polis daripada menggunakan dua jabatan yang membuat kerja yang sama,” ujar Teo.
Turut hadir dan berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. - Zefry Dahalan/25/1/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.