Ada Lagi yang Terpedaya dengan Sindiket Gores dan Menang, Kali Ini di Melaka
Janji kereta dapat tilam
[HM] Melaka: Terpedaya dengan hadiah lumayan termasuk Toyota Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000, seorang pesara kerugian RM12,800 selepas diperdaya sindiket gores dan menang di negeri ini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 66, berkata, dia kerugian RM12,800 selepas memberikan wang berkenaan kepada sindiket itu secara berperingkat dari Disember lalu hingga pertengahan bulan ini.
Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi 25 Disember lalu itu, dia yang baru saja keluar daripada kereta di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Jalan Panglima Awang, didatangi dua lelaki berusia 20-an.
“Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000.
GAMBAR ejen gores dan menang yang dirakam mangsa.
“Namun, untuk mengetahui hadiah lumayan yang bakal dimenangi, mereka meminta saya membuat bayaran pendahuluan RM12,800,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di Wisma Persekutuan, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam. - Yusmawati Mhd Yusof/24/1/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.